Saturday, 20 July 2013

Seminggu Berpuasa.

Alhamdulillah, setakat ni hanya tiga hari terawal Ramadhan sahaja kami beli juadah berbuka di bazar. Itu pun sebab tak berkesempatan nak beli barang dapur.

Sejak ada Mydin di Era Square (dulu namanya Terminal 2) Seremban ni, makin mudah nak beli barang dapur. Ikan / ayam / udang / daging semuanya segar-segar. Harga pun okay. Kami tak rajin pergi pasar besar. Taktau la kenapa ye.. Hmmmm.

Nah, koleksi menu berbuka puasa setakat ini (yg ada gambar je la ye)...

[ Ni menu wajib setiap kali Ramadhan. Hub's fav. ]

Kali ni buat popia sayur + daging hancur goreng kari. Untuk kulit popia, me guna jenama KG pastri. 50 keping untuk dua hari, sekali makan 25 keping.


[ Sardine roll. ]

Ni sebab me teringin sangat nak makan sardin dalam tin tu. Dah lama sangat tak makan sardin tin. Untuk sardin dalam tin, kami suka jenama Marina.


[ Spaghetti special by hubby. ]

Yang ni husband yg teringin nak masak, bukannya teringin nak makan. Heheheheh. Sesiapa yang kenal dia, mesti tau hobi dia ialah memasak. Dia sangat sangat sangat suka memasak. Dia tak suka masak ikut resepi. Dia campak je semua yang dia nak. Yang penting hasilnya yummylicious.


[ Crepe with minced meat + mushroom puree. ]

Husband me taknak me buat lempeng biasa. So, me decided untuk buat crepe guna resepi Mille Crepe cuma tak masukkan gula je. Untuk inti dia, husband me buat puree guna shitake mushroom. Lepas tu dia goreng daging hancur kari. Sapu puree atas crepe, tambah daging, lipat, tabur coriander. Ngap. Ngap. Nyumms~


[ Lamb chop. ]

Kalau dah menu ala western, guaranty bukan me yang masak! Heheheh. Lamb chop dengan mashed potato, salsa and carrot. Pergh! Memang malatops uolls...


--------------------
*** Terima kasih ya Allah, kurniakan suami yang sangat tidak berkira dalam menguruskan rumah tangga.

No comments:

Post a Comment

•♥•♥•♥•♥•♥• Thank You •♥•♥•♥•♥•♥•