Friday 23 April 2010

Mengada-ngada secara tiba-tiba

Hahaha.. Bila sekali dah update blog, terus rasa nak update je selalu.. Mengada-ngada sungguh~ Tyme takde, takde teross!

Nak citer pasal benda-benda yg berkaitan wedding la. Sebab me nak kawen. Penyakit nak kawen ni memang dahsyat sikit. Sila terima me seadanya ye.. Ngeeee~ (",)

Kan me ada cakap sebelum ni, 3 orang dlm rumah sewa me ni nak kawen (termasuk la me)... So, diorang ni sebok la fikir macam-macam, ala macam bakal pengantin lain fikir juga la kan. Yang sorang ni dah amalkan p spa sejak awal bulan April ni. Semangat gila. Dia p sorang2 je. Last weekend pulak, lagi sorang housemate me ni p ke spa. Me tanya la diorg, "Weyh, best ke? Ada apa-apa perubahan ke? Diorg buat macam mana? Korang ni amik pakej apa? Apa lagi pakej yg ada?". Hahaha, ala-ala Joyah gitu.. Biasa la, kita ni tak pegi, so kena la tanya pada yang dah pergi spa tu kan. Hohoh. Diorang kata diorang ambil pakej yg biasa je. Pakej RM150.. Ada lulur, body massage, sauna, facial, erm tu je la kot... Maybe dengan scrub sekali. Dah lupa la.



[Ni bukan gambar housemate me tau.. Mcm biasa, dari uncle G...]


Macam best je kan. Tapi me tak rasa pulak nak buat semua benda tu. Mungkin sbb me takde masalah kulit, so biasa-biasa je... Sental badan dgn berus masa mandi sudah...~



[Takpun, beli je benda ni. Boleh buat scrub sendiri kat rumah. Dari uncle G juga..]


Tapi kan, me teringin sangat nak buat manicure & pedicure.. Mengada-ngada kan.. Beli The Body Shop Nail Block sudah.. Buat sendiri kat rumah kan.. Hahaha, Dasar kedekut! Hey, bukan kedekut owkay, JIMAT!!!


--------------------
*** Nanti me nak citer lagi pasal me punye wedding preparation k. Sila jangan meluat pula nanti.

Thursday 22 April 2010

Macam separa sewel.

Wowowowo.. Dunno what to say apabila semua org bertanya tentang persiapan wedding me. Memang mcm ni ke rasa bakal pengantin ye? Yela, bila fikir, rasa semua tak siap lagi. Tapi bila rajin nak settlekan semua, rasa mcm takde apa yg nak dibuat dah. Macam dah settle pulak kan.

Tapi, apa sebenarnya? Dah settle ke belum? SAYA TIDAK TAHU JAWAPANNYA...

Macam semua benda dah settle except submit borang permohonan kawen. Hantaran? Nanti2 la me buat. Macam tak best pulak buat awal sgt (alasan ~). Mid of May baru nak post invitation card kot.. Apalagi nak buat ye? Baju nikah belum siap, tak sabarnya nak tengok & try pakai baju nikah tu. Housemate me kata me dah makin berisi, jangan tak muat pulak baju nikah tu nanti. Kang terpaksa sewa baju lain pulak kang.



[Chantek... I loike... But, this is not mine...~ Thx to uncle Google.]


Bila tengok dari apa yg me tulis ni, mcm semua benda pun tak siap lagi sebenarnya kan.. Hahaha~

Kamu-kamu, sila la tolong beri panduan dan petunjuk agar me ni berada di landasan yang betul la hendaknya.

Bab makanan, khemah, kompang, pa system & yg sewaktu dengannya telah me serahkan kepada parents me. Heheh~ Biasa la kan, ibu abah mesti la nak handle semua benda tu.



--------------------
*** Sesiapa yg dah ada pengalaman, sila la beri panduan to-do-list... Memang byk jumpe checklist kalau surf tenet, tapi tak best. Nampak mcm semua benda da settle. Padahal, hampagas...

Wednesday 21 April 2010

Dah lupa ke?

Hai, dah lupa ke kehadiran blog me ni? Huhu Haha Hoho.. Me sendiri mcm dah lupa kewujudan blog ni.. Boleh plak camtu kan.. ;p

Sekarang ni, kalau me online pun, me cuma check Fesbuk jap. Update game situ sana sikit, pastu dah... Me p baca update pasal bola kat Soccernet.. Pastu update team kat Fantasy Football... Pastu baca online news, kat Berita Harian ke, Metro ke, Kosmo ke, The Star ke, M Star ke, semua berita la me baca.. Pastu, dah... Takde nak ngadap my cute lappy ni lagi... Sudah bosan barangkali.

Me punya wedding card dah settle.. Tgh sebok nak collect address rakan-rakan & cikgu-cikgi je..

Pastu skang ni dah start pening + mual tgk keadaan bilik yg macam tongkang pechah tahap petala langit ke-23.. Dulu masa memula pindah masuk sini, cuma 3 trip je angkat barang.. Ni tyme nak pindah keluar ni mcm nak kena sewa lori je.. Aduh la.. Tercabut pinggang I yg ramping ni jap lagi.


[Gambar ni takde kaitan langsung dgn apa-apa ye. Me br je jumpe kat sini masa search gambar td.. Heheh..]


--------------------
*** Last weekend, me p kenduri Wani. Chanteknya dia... Congrats ye Wani & Es... Sebelum terlupa, pls drop ur address via Fesbuk msg utk dptkan invitation card k.. Muuahhxx (* *)