Thursday, 19 February 2015

Online Shopping

Masa bujang dulu takde la kemaruk sangat nak online shopping. Ni penyakit orang ada anak kot.. Huhu. Sejak ada anak, asek tunggu brother pos laju je. Heh! Salahkan anak pulak kan.. Padahal, sambil beli barang anak, terselit sikit barang ibu diorang sekali. Ngeeeee~

Penuh bookmark kat browser ni dengan website-website yang buat mak-mak mcm saya ni leka depan pc dok klik Add to cart. Hahaha. Redha je la ye suami. (",)

Beli apa je? Baju anak-anak, lepas tu ada la terselit baju & tudung ibu dia sket. Dua kali beli set breastpump. Beli kelengkapan baby (receiving blanket, set mandian & etc). Mainan anak-anak. Baby carrier. Lipstick pun beli online je ( sbb kat Sephora tu asyik takde stok je kan). Macam-macam la jugak beli.

Alhamdulillah, setakat ni semuanya okay. Tak pernah kena tipu. Takde masalah penghantaran atau salah barang. Suka beli di Littlewhiz sebab boleh kumpul point, lepas tu boleh guna untuk redeem barang. Harga pun okay, selalu ada promosi.

Selain Littlewhiz, pernah juga beli di FabulousMom, OneBabyWorld, BabyDash. Selalunya saya akan compare harga dan pakej yang ditawarkan. Buat kira-kira, tengok mana yang lebih berbaloi. Lepas tu baru lah proceed dengan order.

Sebenarnya kalau nak lagi puas hati, kena la belek-belek barang tu depan mata kan. Tapi kat Seremban ni pilihan agak terhad. Shopping mall tak sebesar di KL.





Ini cuma sebahagian je tau. Baru bookmark untuk barang-barang baby. Tak termasuk bookmark untuk barang-barang ibu dia lagi tu. Ngeeee. (",)


--------------------
***Beli keperluan je ye.. Jangan diikutkan kehendak hati... Uhukk.

No comments:

Post a Comment

•♥•♥•♥•♥•♥• Thank You •♥•♥•♥•♥•♥•