Wednesday 25 February 2015

WW ♥18 : Ahli Baru


Thursday 19 February 2015

Online Shopping

Masa bujang dulu takde la kemaruk sangat nak online shopping. Ni penyakit orang ada anak kot.. Huhu. Sejak ada anak, asek tunggu brother pos laju je. Heh! Salahkan anak pulak kan.. Padahal, sambil beli barang anak, terselit sikit barang ibu diorang sekali. Ngeeeee~

Penuh bookmark kat browser ni dengan website-website yang buat mak-mak mcm saya ni leka depan pc dok klik Add to cart. Hahaha. Redha je la ye suami. (",)

Beli apa je? Baju anak-anak, lepas tu ada la terselit baju & tudung ibu dia sket. Dua kali beli set breastpump. Beli kelengkapan baby (receiving blanket, set mandian & etc). Mainan anak-anak. Baby carrier. Lipstick pun beli online je ( sbb kat Sephora tu asyik takde stok je kan). Macam-macam la jugak beli.

Alhamdulillah, setakat ni semuanya okay. Tak pernah kena tipu. Takde masalah penghantaran atau salah barang. Suka beli di Littlewhiz sebab boleh kumpul point, lepas tu boleh guna untuk redeem barang. Harga pun okay, selalu ada promosi.

Selain Littlewhiz, pernah juga beli di FabulousMom, OneBabyWorld, BabyDash. Selalunya saya akan compare harga dan pakej yang ditawarkan. Buat kira-kira, tengok mana yang lebih berbaloi. Lepas tu baru lah proceed dengan order.

Sebenarnya kalau nak lagi puas hati, kena la belek-belek barang tu depan mata kan. Tapi kat Seremban ni pilihan agak terhad. Shopping mall tak sebesar di KL.





Ini cuma sebahagian je tau. Baru bookmark untuk barang-barang baby. Tak termasuk bookmark untuk barang-barang ibu dia lagi tu. Ngeeee. (",)


--------------------
***Beli keperluan je ye.. Jangan diikutkan kehendak hati... Uhukk.

Thursday 12 February 2015

♥06 Resepi: Cup Cake Farhah

Farhah ni kalau nak makan kena ikut mood dia. Kadang-kadang nak makan nasi putih SAHAJA. Kadang-kadang nak lauk je. Banyak sangat kadang-kadangnya.

Kalau tengah takde selera tu, jenuh la nak fikir apa nak bagi dia makan. Salah satu resepi yang sangat senang nak buat kalau tetiba dia mintak ialah cup cake ni. Senang sangat. Bahan pun simple je.


Bahan-bahan:
  • 50g butter
  • 40g gula caster (kalau suka manis, boleh tambah sket lagi)
  • 50g tepung kek / tepung naik sendiri (self-rising flour)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila (tak letak pun takpe)

Cara-caranya:
  1. Panaskan oven 180°C.
  2. Pukulkan butter dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan tepung, telur dan esen vanila ke dalam adunan. Pukul hingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas.
  5. Bakar sehingga masak. Bergantung pada saiz cawan kertas tu. Kalau kecil, 8 - 10 minit.Kalau saiz yang kitorg guna ni, 15 - 20 minit.





--------------------
***Boleh tambah chocolate chip/chocolate rice/pape je utk bagi cantik.

Monday 9 February 2015

Cream Cheese

Kalau tiba-tiba datang angin nak makan cheese cake, baik la pegi beli cream cheese. Boleh buat macam-macam cheese cake. Kenyang makan.

[ Peanut butter cheese cake. ]

Peanut butter cheese cake ni husband saya yang bersungguh nak buat. Masih dalam mood nak celebrate birthday isteri dia ni ha. Masa birthday tu dia buatkan chocolate souffle. Hihihi. Jangan terkejut, dia memang suka masak. Lagi-lagi kalau western food. Bagi je dia, insyaAllah takkan kecewa dengan hasilnya. nak resepi peanut butter cheese cake ni? Nanti akan diupdate, ok.

[ Cheese cake bakar / light cheese cake. ]

Sebab masih ada stok cream cheese, saya buat light cheese cake ni pulak. Resepi? Boleh tengok kat entri  Cheese cake bakar / light cheese cake. Kali ni hasilnya lagi cantik la sebab dah berpengalaman gitu. :p
Sedap oi, tak sampai dua hari dah licin. Tu pun dah abis berjimat dah tu masa makan. Hehehe.

[ Crackers cheese cake. ]

Untuk baki cream cheese, saya buat pulak crackers cheese cake ni ha. Paling senang nak buat. Gerenti sedap!!! Resepi? Boleh tengok entri Crackers cheese cake.


--------------------
***Makan cheese cake ni lagi syokk bila dapat minum kopi sekali... Marvelous!!!