Wednesday 23 October 2013

WW ♥17 : Granny Square


Thursday 5 September 2013

Hujung Syawal.

Amboi la. Mentang-mentang la mood Syawal, tak update blog langsung. Padahal 1 & 2 Syawal, beraya bertiga je kat Seremban ni. Walaupun tak balik kampung, rendang tetap ada, ketupat je moden. Guna ketupat mini... So, pagi raya kami masih dapat menikmati juadah raya...


[ Persiapan raya, gunting rambut Farhah. ]


Sejak ada anak, memang persiapan raya lebih pada anak je. Kami memang jenis tak boleh nampak baju cantik untuk anak, memang gatal je tangan nak pi beli. Tak semestinya mahal / berjenama, yang mana cantik, beli aje la kan. Yang penting kualiti kain dan jahitan tu kena ok la. Kalau kena gaya, yang murah pun nampak mahal...

Lagi satu hobi hubby me, suka belikan Farhah mainan. Sebab apa? Sebab dia pun nak tumpang main. Heheheh.


[ Contohnya benda ni. Abah dia yang lebih menyumpitnya. ]


Ni mainan Farhah dan abah dia masa raya. Isi masa lapang katanya. Bukan hubby je, me pun terjebak sekali main sumpit ni. Last-last, Farhah jadi tukang sorak dan kutip peluru je. Heheheh.

Raya ke-3 & 4 kami di Muar (rumah mertua). Raya 5 & 6 kami ikut parents me beraya ke KL dan Selangor. Raya tahun ni masih sempat beraya rumah saudara-mara macam biasa. Alhamdulillah.

Cuti memang dapat empat hari SAHAJA. Tak payah nak berangan cuti lama-lama ye.


[ Farhah dengan telefon bimbit Oni dia, tengah main 'fishing'.. Salam Aidilfitri semua.. ♥ ]


--------------------
*** Alhamdulillah, ramai yang suka gula-gula halia, pala, mint (HPM). Bagi yang nak cuba HPM, boleh whatsapp / sms ye.

Wednesday 31 July 2013

WW ♥16 : Indahnya Ciptaan Allah SWT.


Tuesday 30 July 2013

Halia Pala Mint.

September 2012, Farhah pernah kena tahan wad disebabkan batuk teruk. Lepas buat blood test, doktor kata Farhah dapat jangkitan (kuman) dari batuk orang dewasa. Kena makan antibiotik, ubat demam, ubat batuk, ubat selsema dan 'neb'.

Disember 2012, sekali lagi Farhah kena tahan wad sebab demam dah lebih seminggu beserta batuk. Kali ni kena buat xray. Doktor diagnose Farhah kena pneumonia. Kali ni kena makan antibiotik, ubat demam, ubat batuk, ubat selsema, 'neb' dan buat fisio. Dua kali sedut lendir / kahak. Sedih!!

Bermula la episod Farhah kena makan macam-macam ubat. Doktor suruh makan Singulair setiap malam sebelum tidur. Kalau selsema, kena makan Zyrtec.

Farhah belum DUA tahun pun lagi masa tu, dah kena makan macam-macam ubat.

Sejak Disember 2012, setiap bulan Farhah kena jumpa paed dia untuk follow-up. Setiap kali jumpa, mesti paed dia bekalkan Singulair. Bila me tanya tentang pengambilan Singulair bagi tempoh yang panjang, dia kata ubat tu paling selamat untuk long-term usage. Tiada steroid.

TAPI sebagai ibu, tak sampai hati nak biar anak bergantung pada ubat.

Me terbaca status seorang sahabat di FB, anak dia pun lebih kurang mcm Farhah. Bergantung pada ubat. Tapi sekarang anak dia dah okay. Tak perlu makan ubat. Serius excited nak tahu produk apa dia guna. Sahabat me ni merupakan seorang doktor.

Dia beritahu, dia gantikan ubat-ubat anak dia dengan gula-gula gabungan halia, buah pala dan mint. Dipendekkan cerita, me beli la 4 botol produk Halia, Pala, Mint (HPM) tu dari dia.


[ Ni la rupa HPM tu. ]

Dah hampir dua bulan guna produk ni. Bila ada tanda-tanda nak selsema, me cairkan 3 biji HPM ni dengan air suam, bagi Farhah minum. Alhamdulillah, usaha kali ni diperkenan Allah. Farhah sihat TANPA perlu makan Zyrtec. Tiada lagi nafas berbunyi ketika tidur malam. Farhah pun suka makan HPM ni sampai kena sembunyikan botol ni.

Hujung minggu lepas, kami adik-beradik balik kampung untuk berbuka bersama ibuAbah. Kebetulan anak along selsema, me bagi la anak dia makan sebiji HPM. Lepas tu along tanya, "Mana beli? Mikail dah tak selsema. Kalau beli lagi, belikan untuk along sekali ye."..

Me pun makan HPM juga untuk masalah yang dah berkurun tak berpenghujung ni. Rujuk entri Saya Yang Bermasalah. Alhamdulillah, dah selesai. Terus me terfikir, produk bagus dan selamat untuk anak-anak kecil. Kenapa me tak jual? Ye la, serasi dengan Farhah dan diri sendiri. Ini merupakan produk muslim.

Me pernah cuba makan supplement, tapi tak cukup disiplin. Mungkin sebab tu kurang berkesan. Makan ikut suka. Kalau ingat, baru makan. Mungkin sebab tu juga, gula-gula ni sesuai dgn me. Boleh makan bila suka. Takde pantang larang.

Serius! Semua ni pengalaman sendiri. Tak ada nak tipu-tipu. Bukan semata-mata untuk jual produk.

SRASEE ada 7 produk, boleh refer senarai produk.


--------------------
*** Harga?? Hanya RM9.50/botol (50 biji).

Friday 26 July 2013

Sushi King.

Pertama kali me makan kat Sushi King ialah pada tahun 2007 di Sushi King Tesco Puchong. Dah bekerja, ada duit sendiri, boleh la pergi makan kat macam-macam kedai kan. Kalau tak, makan je nasi dengan telur masak kicap. Heheheh.

Sejak tu, bila teringin salmon je terus laju pergi Sushi King. Padahal dulu-dulu elok je tak makan salmon. POYO!!!

Sakae Sushi dan Sushi Zanmai? Ramai jugak kawan-kawan yang dah cuba tapi me belum lagi.

Kat Uptown Avenue Seremban 2 ada lebih kurang tiga kedai makanan Jepun, tapi tak pernah pergi pun. Balik-balik pergi Sushi King Aeon Seremban 2 je.


[ Sashimi & Tenpura Set + Salmon Carpaccio + Salmon Sushi ]


[ Salmon Carpaccio + Salmon Hanasushi + Salmon Sushi ]


[ Salmon Carpaccio ]


[ Salmon Hanasushi ]


[ Salmon Carpaccio lagi dan lagi... ]



Perasan tak? Semua salmon kan... Marvellous~

Salmon carpaccio dan salmon hanasushi tu kegemaran kami. Tapi baru-baru ni salmon hanasushi dah takde dalam menu. Tinggal la salmon carpaccio seorang diri.

Selain salmon, hubby me suka black pepper udon. Green tea ice cream pun sedap jugak.


--------------------
*** Dah terasa nak makan sushi pulak tengah-tengah malam ni.

Saturday 20 July 2013

Seminggu Berpuasa.

Alhamdulillah, setakat ni hanya tiga hari terawal Ramadhan sahaja kami beli juadah berbuka di bazar. Itu pun sebab tak berkesempatan nak beli barang dapur.

Sejak ada Mydin di Era Square (dulu namanya Terminal 2) Seremban ni, makin mudah nak beli barang dapur. Ikan / ayam / udang / daging semuanya segar-segar. Harga pun okay. Kami tak rajin pergi pasar besar. Taktau la kenapa ye.. Hmmmm.

Nah, koleksi menu berbuka puasa setakat ini (yg ada gambar je la ye)...

[ Ni menu wajib setiap kali Ramadhan. Hub's fav. ]

Kali ni buat popia sayur + daging hancur goreng kari. Untuk kulit popia, me guna jenama KG pastri. 50 keping untuk dua hari, sekali makan 25 keping.


[ Sardine roll. ]

Ni sebab me teringin sangat nak makan sardin dalam tin tu. Dah lama sangat tak makan sardin tin. Untuk sardin dalam tin, kami suka jenama Marina.


[ Spaghetti special by hubby. ]

Yang ni husband yg teringin nak masak, bukannya teringin nak makan. Heheheheh. Sesiapa yang kenal dia, mesti tau hobi dia ialah memasak. Dia sangat sangat sangat suka memasak. Dia tak suka masak ikut resepi. Dia campak je semua yang dia nak. Yang penting hasilnya yummylicious.


[ Crepe with minced meat + mushroom puree. ]

Husband me taknak me buat lempeng biasa. So, me decided untuk buat crepe guna resepi Mille Crepe cuma tak masukkan gula je. Untuk inti dia, husband me buat puree guna shitake mushroom. Lepas tu dia goreng daging hancur kari. Sapu puree atas crepe, tambah daging, lipat, tabur coriander. Ngap. Ngap. Nyumms~


[ Lamb chop. ]

Kalau dah menu ala western, guaranty bukan me yang masak! Heheheh. Lamb chop dengan mashed potato, salsa and carrot. Pergh! Memang malatops uolls...


--------------------
*** Terima kasih ya Allah, kurniakan suami yang sangat tidak berkira dalam menguruskan rumah tangga.

Wednesday 17 July 2013

WW ♥15 : Farhah Punya.


Friday 12 July 2013

Kulit Sensitif.

Me mempunyai suami yang memiliki kulit sensitif. Dari suami menurun ke anak.

Mula-mula me takde la ambil tahu sangat tentang kulit sensitif ni. Me guna je semua sabun, losyen dan syampu yang telah dihadiahkan sempena kelahiran Farhah.

Pureen, Anakku dan Johnson's Baby.

Tapi, makin lama me perasan kulit Farhah jadi kering dan berbintik-bintik. Bukan ruam tau. Kulit jadi kasar. Dia pun mula la nak menggaru je kerjanya. Habis luka-luka. Sedih~

Biasa bagi ibu bapa baru (ke me dan husband je?) , terus bawa jumpa doktor. Dan, iye... Kulit Sensitif. Mild eczema.

Kami ambil keputusan untuk tukar set mandian dan penjagaan kulit Farhah.

Selamat datang produk organik!

Mahal? Biar keluar duit lebih sikit. Janji anak sihat. ☺☺☺
[ Trial Pack. ]


Kami beli set percubaan ni, memang puas hati. Sejak tu, kami guna produk ni je. Farhah pun dah tak menggaru masa tidur.

Untuk jimatkan sabun, me masukkan sabun + sedikit air ke dalam foam dispenser. Budak-budak memang suka main buih...


------------------------
*** Dah semakin banyak produk organik di pasaran. Tinggal nak pilih je. ☺ Gambar dari Google.

Thursday 11 July 2013

Vaksin atau Tidak?!

Me baru lepas baca tentang vaksin.

Bagi ibu bapa yang masih ragu-ragu nak bagi vaksin atau tidak untuk anak-anak, boleh la baca penerangan ringkas oleh Dr Zahilah Filzah di blog Dr Halina tentang  Vaccinations.


[ Semakin ramai ibu bapa yang melihat vaksin sebagai sesuatu yang memudaratkan. Anda? ]


--------------------
*** Dr Zahilah Filzah merupakan seorang paediatrician. Gambar dari Google.

Wednesday 10 July 2013

WW ♥14 : Salam Ramadhan.


Thursday 4 July 2013

Astro-PVR, Activated.

Kami suami isteri selalu berebut nak tgk rancangan kegemaran masing-masing. TAPI, bukan kami berdua je, kami berebut dengan anak berumur dua tahun sekali...

Husband nak tengok rancangan memasak. Anak nak tengok Disney Junior. Mereka berdua ni memang tak reti nak beralah. Tak macam mommy Farhah yang pasrah tak dapat tgk F1, tennis, match Chelsea, movie, drama korea, bla bla bla... Heheheheh.. ☺☺☺


Jalan penyelesaian?



Damage = RM50 (upah pemasangan sahaja)... Tiada bayaran bulanan.

Promosi untuk pengguna yang ada Super Pack; katanya~

Bagi pengguna astro yg takde Super Pack, cas pemasangan RM150 dan RM10 untuk bulanan.

500GB storage provided for over 290 hours of SD and up to 100 hours of HD recording.


Ingatkan dapat decoder macam dlm pamphlet tu...




--------------------
*** Finally, dapat jugak me tengok "what to expect when you're expecting". Tu pun sbb boleh record. Kesian~

Wednesday 3 July 2013

WW ♥13 : First Crochet Project.


Tuesday 2 July 2013

Dadu.

Me ada buat dadu dari kain felt. Tapi me ganti dot dot kat dadu tu dengan bentuk bintang, bulat, segiempat, segitiga dan love.
Dalam dadu tu me isi dengan polyester dan tambahkan plastik. So, bila baby renyukkan dadu tu, ada la bunyi plastik.

Ala-ala, bunyi plastik macam dalam soft toy Lamaze yg ulat tu...

Jahit bentuk-bentuk tu pada kain felt segiempat sama guna jahitan kia. Lepas tu cantum untuk hasilkan bentuk dadu guna jahitan insang pari.


--------------------
*** Kalau nak senang, tak payah buat jahitan kia, buat jelujur halus je...

Monday 1 July 2013

Aksesori Kain Felt.

Sebelum mula crochet, me terlebih dahulu suka buat aksesori menggunakan kain felt.

Bagi yang follow me di Instagram, mungkin perasan tentang hobi me guna kain felt ni kan.

Me cuma buat soft toy, hair clip dan headband je. Macam biasa, semua untuk Farhah je. Lukis, gunting, jahit. Siap! Senang kan.

Tapi hobi me ni terhenti gara-gara gunting tumpul. Nak beli gunting je makan masa 3 - 4 bulan. Heheheheh.




--------------------
*** Sekarang dah ada gunting, bila nak mula balik?

Thursday 27 June 2013

My New Passion.

Crocheting is my new passion.

I started crocheting about 2 months ago, so I'm somewhat of a beginner.

Macam mana boleh terjebak? Takde angin. Takde ribut. Tiba-tiba je nak belajar mengait. Terus search online shop yang ada jual crochet kit. Tengok-tengok pilihan yang ada. Compare harga kedai A dengan kedai B, C, D & etc.. Pilih dan terus buat bayaran.

Esoknya pagi-pagi van pos laju dah ton~ ton~ depan rumah. Yeay!! *senyum sampai telinga~

Memang sangat tiba-tiba...

Apa ada dalam kit mengait tu?


[ Total damage: RM65 + postage RM6.80 ]

  1. Buku asas mengait oleh Lina A.R
  2. Jarum kait - 6 saiz (2.5mm, 3.0mm, 3.5mm, 4.0mm, 4.5mm, 5.0mm)
  3. Gunting mini.
  4. Benang kait.
  5. Beg
Terus belajar buat single crochet, half-double crochet & double crochet.

Projek mengait yang pertama; beanie hat untuk si chomel Farhah. Nanti me update hasil yang pertama.


--------------------
*** Gambar: Pinkyfrog.

Wednesday 26 June 2013

Wordless Wednesday ♥12 : Ku Petik Bintang!


Tuesday 25 June 2013

♥05 Resepi: Mille Crepe

Adik me panggil as lempeng bertingkat.

Me punya husband yang beria sangat nak makan mille crepe ni lepas tengok rancangan masak-masak kat astro. Jadi, hari Sabtu lepas kami pun pergi la beli bahan-bahan. Petang Ahad baru buat.

Me tak kuasa nak buat base. Cuaca panas, badan rasa letih yang amat. So, cakap kat husband 'Kita takyah buat base la ye'. Dia pun okay je la kan. Jimat masa, tak payah buat kek span. Heheheh.


Bahan-bahan:
  • Tepung kek (tepung naik sendiri) - 140 gram
  • Tepung jagung - 20 gram
  • Gula castor - 80 gram (boleh blend gula pasir sampai jadi gula halus)
  • Susu segar - 500 ml
  • Butter - 30 gram
  • Telur - 2 biji
  • Secubit garam
  • Esen vanilla - 1 sudu teh


Cara-caranya:
  1. Cairkan butter. Pastikan tidak hangus dan biarkan sejuk.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam blender.
  3. Tambahkan butter yang telah dicairkan ke dalam blender.
  4. Kisar sehingga adunan sebati. (boleh tapiskan adunan jika adunan berketul)
  5. Simpan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit. (tutup mangkuk adunan)
  6. Gunakan kuali non-stick. Sapu sedikit minyak sebelum tuang adunan.
  7. Goreng crepe satu persatu sehingga adunan habis. (goreng ke? boleh kot guna istilah ni. :D)
*** Jangan tindih crepe ketika masih panas, nnt melekat. Boleh lapik setiap crepe dgn plastik untuk elak dari melekat.

Untuk filling, husband me teringin nak campur durian.

Mula-mula nak buat cream custard + isi durian.. Tapi sebab nak cepat, krim putar je la.. Heheheh. So, me guna krim putar ditambah dengan isi durian je. Me guna dairy whipping cream, whip guna mixer sampai jadi krim. 

Susun selang-seli; crepe - filling - crepe - filling...

Masuk fridge kejap, hidang...


[ Mille crepe chomel ni disusun oleh suami yg hensem. :) ]


--------------------
*** Lain kali me bagi resepi nak buat vanilla cream custard okay.

Monday 24 June 2013

Beku!

Cuti suami saya dibekukan dua bulan.

Ada lagi lebih kurang sebulan lagi, baru boleh cuti. Nak balik kampung tak boleh. Nak pergi bercuti tak boleh. Nak tengok wayang pun tak boleh. Dah la tengah banyak filem best.

Nak shopping pun tak aman. Baru je sampai mall, dah dapat call. Terus kena pergi kerja. Haisshh. Kesian dia.

Dia tak stress. Yang stress lelebih ni isteri dia je. Hahahah.

Saturday 25 May 2013

♥04 Resepi: Cheese Cake (bakar) / light cheese cake

Cheese lagi?!! Saya merupakan kipas susah mati kek keju.

Okay, kali ni me buat cheese cake versi bakar. Ala-ala cheese cake Jusco.. Buat kek ni sebab ibu abah me nak datang rumah. Nak tunjuk sikit la yang anak dia pandai buat kek. Pssssst... Ibu minta resepi lepas rasa kek ni (kira lulus la).

Resepi asal tak ingat dari mana sebab me salin guna aplikasi Notes di telefon bimbit.

Bahan-bahannya agak simple. Nak buat pun senang je. Selamat mencuba.


Bahan-bahan:
  • 200 g cream cheese
  • 400 ml fresh milk
  • 100 g tepung gandum
  • 100 g gula castor (boleh jugak blend gula pasir tu sampai jadi gula halus)
  • 100 g butter
  • 4 biji telur (Gred A)
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-caranya:
  1. Panaskan oven 150°C. Guna api atas bawah.
  2. Masukkan fresh milk, cream cheese dan butter ke dalam periuk. Panaskan dan kacau sehingga sebati. Padamkan api dan biar sejuk.
  3. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga kembang, ringan & berkilat (pastikan tiada ketul-ketul gula). - digelar sebagai meringue ye kawan².
  4. Dalam bekas berasingan, pukul kuning telur sehingga kembang dan masukkan adunan cream cheese tadi. Kacau dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak berketul-ketul.
  5. Tuangkan esen vanilla ke dalam adunan dan masukkan meringue. Kacau guna kaedah kaup balik (jangan kacau laju-laju, nnt hilang tekstur meringue tu).
  6. Masukkan adunan ke dalam acuan kek yg non-stick. Kalau takde, boleh je sapu butter dan tabur tepung utk elak kek melekat pada bekas.
  7. Bakar dengan menggunakan kaedah bain-marie dengan menggunakan air panas (tuang air panas sehingga separuh bekas adunan). - boleh rujuk sini.
  8. Bakar selama lebih kurang 50 minit / sehingga masak. Biarkan sejuk sebelum dihidang.
[ Kek selepas dikeluarkan dari oven. Hitam itu menawan... ]


 [ Biarkan sejuk sebelum hidang supaya kek tu renggang dari bekas. ]


[ Dah boleh makan dah. ]


--------------------
*** Boleh tambahkan jus lemon jika ada. Kalau nak guna perahan lemon, masukkan sekali dengan esen vanila.Kalau nak buat pavlova pun kena buat meringue juga. Lain kali boleh kongsi resepi pavlova pula ye.

Monday 14 January 2013

♥03 Resepi: Crackers Cheese Cake.

Dah banyak kali me buat crackers cheese cake ni. Resepinya sangat simple. Gerenti jadi punya la.. ..

Idea asal nak buat kek ni sebab tengok kat blog kawan me, LadySueRauf.

Me buat base supaya senang nak kuarkan dr bekas & lagi kukuh gitu.. :)

Bahan-bahan:

Base
  • 80g - 100g biskut
  • 50g butter - cairkan

Cheese cake
  • 250g cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 2 bungkus biskut cheese (salted)
  • Susu segar

Cara-caranya:
  1. Me guna loyang springform. Senang nak keluarkan kek nanti.
  2. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk.
  3. Tuang butter ke dalam biskut dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan tekan-tekan hingga padat. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30min - 1jam.
  4. Pukul cream cheese dengan susu pekat manis sehingga sebati (selalunya me tak guna semua susu pekat tu sbb kami tak suka manis).
  5. Tambahkan sedikit susu segar (dalam 4-5 sudu besar, tapi jgn smp adunan tu cair sangat)
  6. Celupkan biskut ke dalam susu dan susun dalam loyang yang dah ada base tadi.
  7. Kemudian tuangkan adunan cheese.
  8. Buat selang-seli (bikut-cheese-biskut-cheese-biskut-cheese) hingga semua adunan tadi habis.
  9. Simpan dalam peti sejuk hingga cheese tu mengeras.
  10. Makan dengan seronoknya.







--------------------
*** Sedap dimakan ketika sejuk. Nak tabur oreo kat atas pun boleh.

Body Massage.

Sejak anak me warded aritu, me tak berapa sihat. Muntah-muntah, sakit kepala, loya. Susah nak tidur malam. Ingatkan pregnant, tapi satu line je weyh! Kuciwa. Kuciwa. Hahahahahah~

Dulu pernah jadi macam ni, doktor kat Columbia Asia tu kata sinus teruk.. Dia suggest pergi buat body massage.

So, kali ni suami me yang amat prihatin ni sponsor pergi buat body massage. Ohsem! Macam orang ngantuk yang disorongkan bantal... Syok wooo~

This is my first time buat kat Thai Odyssey. Nah, untuk body massage ada dua pilihan; tradisional / aromaterapi. Me pilih tradisional... Memang kena lipat la kamu!


[ 60 minutes Traditional Thai Massage. ]


Masuk-masuk je terus dia cuci + scrub kaki.. Kemudian masuk bilik dan tukar baju. Untuk tradisional, diorang sediakan sepersalinan baju. Tukang urut diorang semua Thailand mari.. Dia soh 'lay down' pun 2 - 3 kali me tanya, susah kot nak paham.




Walaupun biliknya kecil, tapi sangat selesa. Me suka bau bilik tu. Untuk tradisional, dia tak banyak urut, lebih kepada tekan + lipat. Dia cuma urut belakang badan. Untuk kaki dan tangan ada la urut sikit-sikit.

PERGH!!! Sakit woi! Tapi best~  Terasa panas darah mengalir. Segar. Nasib baik sepanjang sesi tu me takde ter'buang angin'.. Heheheh.




Dah selesai semua. Sebelum tukar baju, dia suruh minum dulu. Rehat... Wangi bau teh ni. No sugar of course. Lepas minum teh ni, me sendawa berkali-kali...


--------------------
*** Thanks hubby. And now husband me dengan murah hati nak sponsor me pergi Thai Odyssey lagi dan lagi dan lagi dan lagi... Weeeehuuuu~

Wednesday 9 January 2013

Wordless Wednesday ♥11 : Saya dah sihat.



Wednesday 2 January 2013

Wordless Wednesday ♥10 : Cepat sihat sayang.