Friday 8 July 2011

♥01 Resepi: Strawberry Cheese Cake

Buat untuk menu minum petang. Dah lama sangat nak buat, tapi kerana ketiadaan mixer, pendam saje la keinginan tu. Sampai la suatu hari, husband me hadiahkan mixer. Yeay! Malam tu juga terus beli barang dan buat. Kelentung kelentang di dapur lebih kurang pukul 2 pagi. SEMANGAT!!!

So, di sini me akan kongsi resepi yang me guna.

Base:
  • 80g biskut ( me guna biskut Marie je aritu, next time guna oreo pulak... ritz pun sedap )
  • 50g butter ( boleh tambah kalau rasa-rasa tak cukup )

Cheese cake:
  • 250g cream cheese
  • 200g whipping cream
  • 150g plain yogurt
  • 6 sudu gula / 60g ( yang ni suka hati la nak berapa banyak )
  • 15g gelatin serbuk
  • 60ml air panas ( untuk cairkan gelatin )
  • syrup strawberry / blueberry

[ Me guna loyang springform 22cm. ]


Cara-caranya:
  1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk untuk dijadikan base. Sediakan loyang springform. Me guna saiz 22cm, kalau dapat yang 18cm pun cantik jugak sebab kek akan jadi lebih tinggi.
  2. Tuang butter ke dalam biskut dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan tekan-tekan hingga padat. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30min - 1jam.
  3. Cairkan gelatin dengan air panas dan kacau sehingga gelatin larut. Biarkan gelatin suam.
  4. Pukul cream cheese dan gula hingga nampak gebu. Masukkan yogurt dan whipping cream. Pukul hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Tuangkan sedikit syrup ( jangan masukkan banyak sangat sebab syrup tu pekat ). Tak perlu kacau sebati sebab nak hasil jadi seperti marble. Boleh tambah buah jika suka.
  6. Tuang ke dalam loyang biskut, dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2 - 3jam. 
  7. Potong dan hidangkan. ( potong guna pisau yang dah rendam dengan air panas, ala-ala mcm kat Secret Recipe gitu... ) 

[ Bila dah keluarkan dari loyang, macam ni la rupa kek tu... ]


Boleh letak jem atau strawberry filling atas kek untuk hiasan... ENJOICE!!!





--------------------
*** Yummmeh~

3 comments:

Unknown said...

menarik menarik.. blh la try nanti.. heheheheh...

Farah said...

sedap.. dah buat, mesti nak buat lagi.. :)

Unknown said...

Adoi la terliur tgk time pose camni :p

Post a Comment

•♥•♥•♥•♥•♥• Thank You •♥•♥•♥•♥•♥•