Mula-mula me takde la ambil tahu sangat tentang kulit sensitif ni. Me guna je semua sabun, losyen dan syampu yang telah dihadiahkan sempena kelahiran Farhah.
Pureen, Anakku dan Johnson's Baby.
Tapi, makin lama me perasan kulit Farhah jadi kering dan berbintik-bintik. Bukan ruam tau. Kulit jadi kasar. Dia pun mula la nak menggaru je kerjanya. Habis luka-luka. Sedih~
Biasa bagi ibu bapa baru (ke me dan husband je?) , terus bawa jumpa doktor. Dan, iye... Kulit Sensitif. Mild eczema.
Kami ambil keputusan untuk tukar set mandian dan penjagaan kulit Farhah.
Selamat datang produk organik!
Mahal? Biar keluar duit lebih sikit. Janji anak sihat. ☺☺☺
[ Trial Pack. ]
Kami beli set percubaan ni, memang puas hati. Sejak tu, kami guna produk ni je. Farhah pun dah tak menggaru masa tidur.
Untuk jimatkan sabun, me masukkan sabun + sedikit air ke dalam foam dispenser. Budak-budak memang suka main buih...
------------------------
*** Dah semakin banyak produk organik di pasaran. Tinggal nak pilih je. ☺ Gambar dari Google.
2 comments:
beb, dia selalu dok gatai kat mana? leher ek? teringt anak sedara aku dulu, panas je, tengkuk dia naik ruam gatal2....dah besar ok ja...tp masa kecik la seksanya kaaan
kat pelipat² (leher, lengan, blkg lutut), bahu, blkg bdn sampai luka dia garu. masa kecik kat leher agak teruk jugak sbb dia kuat berpeluh.
Post a Comment
•♥•♥•♥•♥•♥• Thank You •♥•♥•♥•♥•♥•