Thursday 5 September 2013

Hujung Syawal.

Amboi la. Mentang-mentang la mood Syawal, tak update blog langsung. Padahal 1 & 2 Syawal, beraya bertiga je kat Seremban ni. Walaupun tak balik kampung, rendang tetap ada, ketupat je moden. Guna ketupat mini... So, pagi raya kami masih dapat menikmati juadah raya...


[ Persiapan raya, gunting rambut Farhah. ]


Sejak ada anak, memang persiapan raya lebih pada anak je. Kami memang jenis tak boleh nampak baju cantik untuk anak, memang gatal je tangan nak pi beli. Tak semestinya mahal / berjenama, yang mana cantik, beli aje la kan. Yang penting kualiti kain dan jahitan tu kena ok la. Kalau kena gaya, yang murah pun nampak mahal...

Lagi satu hobi hubby me, suka belikan Farhah mainan. Sebab apa? Sebab dia pun nak tumpang main. Heheheh.


[ Contohnya benda ni. Abah dia yang lebih menyumpitnya. ]


Ni mainan Farhah dan abah dia masa raya. Isi masa lapang katanya. Bukan hubby je, me pun terjebak sekali main sumpit ni. Last-last, Farhah jadi tukang sorak dan kutip peluru je. Heheheh.

Raya ke-3 & 4 kami di Muar (rumah mertua). Raya 5 & 6 kami ikut parents me beraya ke KL dan Selangor. Raya tahun ni masih sempat beraya rumah saudara-mara macam biasa. Alhamdulillah.

Cuti memang dapat empat hari SAHAJA. Tak payah nak berangan cuti lama-lama ye.


[ Farhah dengan telefon bimbit Oni dia, tengah main 'fishing'.. Salam Aidilfitri semua.. ♥ ]


--------------------
*** Alhamdulillah, ramai yang suka gula-gula halia, pala, mint (HPM). Bagi yang nak cuba HPM, boleh whatsapp / sms ye.