Wednesday 26 October 2011

Rosak.

Huwaaaa. Telefon bimbit yang baru dua tahun digunakan sudah rosak... Macam mana boleh rosak??? Farhah yang buat.. Huwaaaaaaaaaaa~


[ HTC - Touch Diomond 2 ]


encikF yang hadiahkan masa kitorang bertunang dulu... :'(
Sekarang ni, setiap kali nak guna kena restart dulu baru boleh buat panggilan atau sms.


--------------------
*** Nak beli henpon baru ke nak guna telefon rumah ni je??? :)

Tuesday 4 October 2011

Kota Tinggi Waterfalls.

Ahad lepas kami pergi ke air terjun Kota Tinggi. Disebabkan pagi tu hujan lebat, sejuk giler air kat situ. Kitorang pergi dah nak tghari, tu pun air masih sejuk yang amat.


[ Farhah baru bangun tidur. ]


Air agak keruh mungkin sebab baru lepas hujan. Masa sampai tu masih tak ramai lagi orang mandi. Lepas dapat tempat untuk bentang tikar dan susun makanan, terus yang lain-lain tu usha port mandi.

Memang dari rumah dah plan taknak mandi sebab ada Farhah. Nak bawak Farhah main air sampai lutut je kononnye.. Sekali bila husby dah panggil, TERjoin la pulak.. wakakakaka~ kesian Oni kena jaga Farhah sorang-sorang.


[ Yeay! Ada oni tolong jaga Farhah masa mummy tiba-tiba TERjoin org lain mandi. ]


Sempat la jugak bawak Farhah main air terjun sebelum dia sambung tidur lepas menyusu. Setakat ni Farhah ni tak meragam. Senang sangat nak bawak pergi jalan-jalan.


[ MakBapak mandi sampai tak hengat anak... huhu. Blouse pun blouse lah. ]


Dah puas menggigil mandi air terjun + makan nasi lemak yang ibu masak, kitorang pergi swimming pool pulak. Mula-mula tak tau pun boleh mandi kat swimming pool tu. Ingatkan kena duduk hotel kat situ baru boleh. Bila adik me kata boleh, terus pergi sebab nak bagi Farhah main air puas-puas sambil nak ajar berenang... Ni sebab terpengaruh tengok video macam mana nak ajar baby berenang la ni. Tapi terlupa pula nak rakam video masa bagi Farhah terapung tu sebab daddy Farhah busy mandi-manda dengan uncle aunty Farhah. (-_-)

Ni gambar-gambar Farhah yang uncle Apit sempat ambil sebelum uncle pun join daddy Farhah mandi.


[ Yeay! Sukanya dia... ]


[ Cheese~ ]


[ Tengok daddy kat pool sebelah. ]


[ Semangat Farhah main tepuk-tepuk air ye. ]


--------------------
*** Tak sabar nak beli swimming suit utk Farhah. Lepas tu kita pergi mandi-manda lagi ye...