Thursday 31 December 2009

Masih belum kesampaian

Impian nak tengok citer AVATAR dan SHERLOCK HOLMES masih belum kesampaian.. Nak buat online booking kat GSC, tak boleh la pulak.. Bila pegi beli kat kaunter, tinggal seat depan je.. Tak kuasa nak mendongak dan tengok gambar yang sebesar dinding tu... Nak tgk kat MBO Seremban 2, macam jauh sangat la pulak.. Tapi memang best tgk kat sana. Hurm, tengok la macam mana nanti.. Kalau tak dapat juga nak tengok, beli dvd je la nanti.. Takpun, download je... Huhuh~

[Poster: Avatar]


 
[Poster: Sherlock Holmes]


Year.End.Sale dah nak sampai ke penghujung... Me tak shopping pape pun.. Cuma masa birthday Encik, dia belikan me handbag baru. Sangat suka sbb me dah lama tak beli handbag. Me ada keinginan untuk shopping this weekend.. Tapi tengok keadaan kewangan semasa la jugak kan...

Tak banyak perkara menarik berlaku sejak kebelakangan ini. Cuma p holiday dengan family + celebrate birthday Encik... Yang lain, biasa-biasa sahaja.

Me harap tahun 2010 akan menjadi tahun untuk me lebih berjaya dalam hidup. Mungkin dapat kerja baru yang lebih sesuai dengan me. Mungkin memulakan hidup berdua. Segalanya mungkin...~

[Upside-Down]


--------------------
*** Harini lutut kiri masih lebam sbb hebat sangat main badminton sampai sliding ala-ala Datuk Nurul Farahida Lee Chong Wei. Ni semua sebab ada orang suka buli me... *dush! *dush!

Trivia Day 3...

The question for today:

:( There is no question for today... But I have something else for you ppl...

Do you know the origin of the sentence "Good night, sleep tight"??

In Shakespeare's time, mattresses were secured on bed frames by ropes. When you pulled on the ropes the mattress tightened, making the bed firmer to sleep on. Hence the phrase......... "goodnight, sleep tight."

 
[Picture: Thanks to Mr Google..]


--------------------
*** I'll try to give you another question in the next TRIVIA entry occay~

Thursday 24 December 2009

Trivia Day 2...


The question for today:

What is the only food that doesn't spoil?

 
[Picture: Thanks to Mr Google..]


--------------------
*** Hahah.. Maybe some of you already know the answer..

Friday 18 December 2009

Bila menang, dipuji.. Bila kalah???

Adat la kan... Manusia memang suka mencari kelemahan dan kesalahan orang lain.. Tapi kenapa jadi macam tu ye? Fikir....~

Sebab manusia ada hati dan perasaan. Betul tak?

[Picture: Thanks to Mr Google...]


Dari mana datangnya perasaan sayang? Dari mana datangnya perasaan dengki? Dari mana datangnya busuk hati? Dari mana datangnya dendam? Dari mana datangnya segala perasaan yang baik atau sebaliknya???

Petang tadi pasukan bola sepak Malaysia menang pingat EMAS di Sukan Sea 2009 setelah 20 tahun tak menang.. Nasib baik diorang menang.. Kalau diorang kalah, cuba bayangkan apa tajuk utama dalam surat khabar esok??

[PEMAIN bola sepak negara meraikan kemenangan setelah mengalahkan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium National Laos - Berita Harian]


Bila menang dipuji, bila kalah digigit dikeji...

TAPI...................

Yang baik, jarang dipuji... Yang salah itu memang dah sah-sah selalu dikeji... Sangat sukar untuk menerima pujian jika melakukan perkara yang baik. Tetapi jika tersilap atau tersalah buat, terus jadi bahan umpatan... Setahun diungkitnya kesilapan tu..

Walaubagaimanapun, bukan semua individu berkelakuan sebegitu..

Remember!!! Life here on earth is like a wheel. Sometimes you’re up, sometimes you’re down. When you’re up, that’s good and well. But when you’re down, you must be prepared. Let us not forget that our life is like a wheel. Coz there are no certainties here on earth. So if you are rich now, you have to take care. You might fall down and hurt yourself. But if you are poor, sick, or in too much pain. Remember that there is a God whom you can call on. Life is like a wheel, don’t you forget that.


[Sooner or later, it always come around to where you started again.]


--------------------
*** Believe it or not?!? Ni bukan Ripley's Believe It or Not!, tau...

Thursday 17 December 2009

Trivia Day...

Wikipedia 
Trivia (singular: trivium): useless information that you will never need.

Oxford Dictionary
Trivia: unimportant things, details or pieces of information.

=====@=====@===== v(^o^)v =====@=====@=====

The question for today :

If you were to spell out numbers, how far would you have to go until you would find the letter "A"?

 [Picture: Thanks to Mr Google..]

--------------------
*** Maybe you'll need a lot of paper to write it on / to spell it one by one.. Give me the answer!

Saturday 12 December 2009

Kenapa bila lapar, kena makan?

Kenapa bila lapar, kita tak nangis ke.. Tak p mandi ke.. Tak p tgk tv ke.. Bila lapar je, kena p cari makanan untuk dimakan. Takde benda lain ke boleh buat untuk hilangkan lapar???

Lapar = Makan... Tapi me ada habit baru..

Bila lapar je, p TIDUR... Heheh...

Sebab stok makanan dah habis. Nak masak, periuk + kuali sudah disembunyikan oleh individu tak bertanggungjawab. Cess!!

Ni tengah geram ni, sebab me LAPAR!!!


[Saya sedang marah!!!]

 
--------------------
*** Tengah berfikir nak buat apa.. Kuar p makan? Buat tak tahu je?

Friday 11 December 2009

Kenapa bila dah dapat, mudah bosan?

Betul tak statement me tu? Sebelum dapat, bukan main bersemangat lagi kan. Tapi bila benda dah ada depan mata, bosan pula... Huhuh~

Me tak fokus topik ni dalam perhubungan sahaja. Untuk tontonan umum (U), tiada pengkhususan.. (",)

Contoh paling mudah, me sendiri.. Sebelum ada blog, nak ada blog.. Bila dah ada blog, pada mulanya sangat la rajin meng'update'.. Tapi cuba tengok sekarang... Dah nak 2 minggu dah dalam bulan Disember ni, me baru post entri yang ke-2. Heheh~

Mungkin sebab me takde buat sebarang aktiviti yang boleh me buat novel dalam blog me ni kan... Kasihannya tiada aktiviti... Dah dah, tak payah la nak kesian... Saya tidak perlukan simpati anda semua.. Hahah~

Aritu kan me ada cakap me nak pegi kenduri kazen kan.. Tp me tak update gambar.. Meh la me tepek sekeping ye... Tapi sekeping yang mempunyai berkeping-keping gambar... v(^o^)v

[Wedding Adda: Kazen sebelah abah...]


Sejak akhir-akhir ni banyak juga la kenduri kawan-kawan yg me tak dapat attend. Sedih tau. Bukan sengaja taknak datang, tapi terhalang dek kesibukan yang tak berapa nak sibuk tapi tetap menghalang me dari menghadiri sebarang majlis...

Dah agak lama tak tengok wayang... Rasa macam nak sangat tengok. Dah la tengah banyak muvie best.. Sabar-sabar...~ Haritu me timbang berat, taktau la mesin tu rosak ke me yang rosak.. Hahaha... Berat me dah mencecah angka baru la.. Angka yang tak pernah wujud dalam senarai berat badan me sejak dilahirkan... Me dilahirkan dengan berat badan sebanyak 3.6kg.. Paling berat dalam adik-beradik me tau.. 


--------------------
*** Okay la, me stop dulu ye.. Tengah basuh baju sebenarnya.. Dah setel da sebab washing machine dah berhenti berputar... v(^o^)v

Sunday 6 December 2009

Demam...

Demam yang melanda ni bukan demam biasa.. Tapi demam FIFA World Cup.. Heheh.. Ni semua gara-gara World Cup 2010 punya undian penentuan kumpulan semalam.

[Logo rasmi World Cup 2010]


Pada me yang nampak agak sengit ialah kumpulan G. Maybe we can call it as Group of Death... Dalam kumpulan G ada Brazil + North Korea + Ivory Coast + Portugal... 

So, here me paste World Cup 2010 punye group yang me dapat dari Soccernet.


[World Cup 2010 Draw]


Me sokong pasukan __________________... Surprise. Tunggu la 11 June 2010, baru la me boleh bgtau.. Heheh~

Tapi sayang la Russia takde.. Tak dapat nak tengok aksi Andrei Arshavin, Yuri Zhirkov & Roman Pavlyuchenko...


--------------------
*** Sedang kesakitan perut~