Tuesday 18 January 2011

Braxton Hicks.

Lain orang, lain pengalamannya.. Untuk me, sejak kandungan berusia lima bulan lg me dah rase benda ni. Cuma sejak akhir-akhir ni makin kerap dan dia datang sekali dengan sakit & sesak nafas... Macam kena cekik je rasa. Sakit dik oi...

Jadi, semalam dah alang-alang ada appoinment dgn gynae, me cerita la sekali masalah me ni. Erk, terdiam la kejap bila gynae kata kalau contraction tu sakit, ada kebarangkalian untuk me melahirkan bayi pra-matang. WHAT??? Yela, sebab kalau diikutkan minggu ni baru nak masuk minggu ke-31.

Scan macam biasa. Kepala baby belum engage lagi. Sangat lega. Tapi uri macam dah ke bawah sikit. Gynae tekan sana sini, semua masih dalam keadaan baik. Dia suruh datang balik lagi 2 / 3 minggu. Kalau perlu, baru dia nak bagi ubat untuk matangkan paru-paru baby... Serius seram mendengarnya. Awal-awal lagi dia pesan, kalau boleh dia taknak bagi ubat tu sbb ada side effect kat baby nanti. :|

Sampai je rumah terus online. Google pasal kelahiran pra-matang. BACA! BACA! dan BACA!


[ Tapi jangan cepat sangat ye... Atleast bagi la kamu umur 36 / 37 minggu. ]




Maybe me kurang minum air kot. <-- Ahhaa, ayat nak sedapkan hati. =')
Mari amalkan minum air berbotol-botol sehari.


# Sumber gambar: Uncle Google


--------------------
*** Ngadu kat ibu, ibu kata mungkin jugak sebab me banyak sangat muntah... Hurm...~

Friday 14 January 2011

Mimpi hantu.

Sejak hari Rabu malam me tak boleh nak tidur. Rasa macam dah separa sewel dah ni.. Sakit kepala jangan cakap la. Kenapa la tak boleh tidur ni? Ke sebab malam sebelumnya mimpi hantu tengah-tengah malam sampai terjaga then terus tak boleh tidur. Kepala pun dah panas dah ni. Rasa mengantuk tu ada, tapi bila baring, sampai pagi la tak tidur... Dah letak ice pack kat kepala pun tak okay jugak.

TOLONG!!!

Saya mahu tidur. Jalan pun dah goyang je ni. Macam nak menyembah bumi dah. Badan sudah mula kebas-kebas. Masa mandi tadi, dah muntah.. Ni pun rasa macam nak muntah lagi...~

Tuesday 11 January 2011

Kiwi oh Buah Kiwi.

Entri kali ni masih lagi nak cerita tips dari majalah Pa&Ma... (",)

[ Majalah Pa&Ma - Januari 2011 ]


Buah Kiwi, menyihatkan anda dan kandungan...

KENAPA??? BAGAIMANA???

1. Kekalkan Sistem Imuniti
Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel badan.

Kajian terbaru menunjukkan sumber vitamin C yang baik daripada buah kiwi sebenarnya membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain.


2. Tinggi asid folik
Kandungan asid folik yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali sebagai folate memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%

Sekiranya anda merancang untuk mengandung, dengan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.


3. Mengurangkan Sembelit
Buah kiwi mengandungi kandungan serat yang tinggi, di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin.

Serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan kanser usus.


4. Tidur nyenyak
Kajian telah menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.


5. Merendahkan Tekanan Darah
Dengan hanya satu hidangan, ia mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang. Potassium melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.


--------------------
*** Nak mintak hubby belikan buah kiwi sebakul, buat stok untuk dua bulan... (",) Boleh ye darlink~

Monday 10 January 2011

Mula Membuat Persiapan.

Yeahooooooo!!! Almost 30 weeks. Sangat teruja dengan pergerakan lincah si chumel. Dia sangat aktif. Suka bersukan mcm mummy and daddy dia ni kot... Hanya senyuman mampu terukir setiap kali perut ni senget-senget dek penangan aktiviti meregangkan anggota badan. Allah is GREAT!!! Sangat bersyukur telah diberi peluang untuk merasa nikmat ibu mengandung...

Bermula Januari 2011, baru la me dan husband membuat persiapan sedikit demi sedikit. Bukan persiapan apa sangat pun, beli keperluan asas baby je. Mana la tahu kot-kot terbersalin awal ke kan, tak la kelam-kabut sangat nanti. Kalau nak cerita berkaitan barang baby ni, memang tak boleh nak stop. Mummy & daddy yang beria nak itu ini. Enjoice sangat usha barang baby. Tiap kali masuk shopping mall, dah takde dah nak pegi ladies department ke hape ke.. Terus ke bahagian baby... (",)

Sebelum ni, me hanya baca pasal baby + ibu mengandung dan yang sewaktu dengannya secara online saja. Tapi sekarang me dah start beli majalah. Lebih puas membaca. (",)

[ Majalah Pa&Ma - Januari 2011 ]


Sangat menarik isu keluaran Januari ni. Banyak link membeli-belah secara online diorang bagi. 

Ada juga tips untuk meningkatkan tahap kesuburan bagi mereka yang inginkan anak. Cubalah, tak salah mencuba. 

.
.
.
.
.

5 Cara Tingkat Kesuburan

1. Turunkan berat badan
Anda atau suami yang mengalami masalah kegemukan perlu menurunkan berat badan apabila merancang untuk hamil.

2. Rajin bersenam
Tingkatkan kekerapan melakukan aktiviti fizikal yang mudah seperti jogging, berenang dan lain-lain.

3. Hadkan pengambilan kafein
Produk makanan dan minuman mengandungi kafein perlu dikurangkan kerana kafein yang banyak dalam darah mengurangkan penghasilan hormon prolaktin.

4. Ambil makanan kaya mineral
Makanlah lebih banyak tiram, ikan sardin, udang, ayam dan daging tidak berlemak, keju, telur, beras merah dan sebagainya untuk meningkatkan penghasilan sperma.

5. Elak makanan proses
Makanan yang diproses mengandungi kurang vitamin dan mineral tetapi tinggi kalori yang berisiko mengganggu tahap kesuburan.


--------------------
*** Sentiasa berdoa agar baby dalam kandungan ini sihat dan dapat dilahirkan dengan selamat. InsyaAllah.