Friday 31 December 2010

Perihal Ahli Baru

Bulan Disember yang sangat bermakna buat satu-satunya kakak yg me ada.. Dia telah selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan hati pada 11 Disember. Tahniah Along & Abg Apiz.

[ Nikah ..|.. 11 Disember 2010 ]


[ Resepsi ..|.. 12 Disember 2010 ..|.. Kota Tinggi ]


[ Resepsi ..|.. 26 Disember 2010 ..|.. Gombak ]


InsyaAllah bulan Mei 2011 nanti, me akan dapat adik ipar pulak. Dalam tempoh tak sampai satu tahun, tiga kali ibu abah buat majlis kahwin anak. Rezeki... Lepas majlis Mei nanti baru la nak rehat jap. Kesian jugak tengok ibu abah tu. Penat~  Kalau ikutkan hati, nak je buat serentak.. Tapi apa kan daya, masing-masing ada halangan. Bak kata Xeea, perancangan Tuhan itu lebih baik.. v(^_^)v

Dalam sibuk-sibuk kenduri ni, me yg gomuk... Ah-ha... Gomuk la sangat kan. Sebelum majlis Along, berat me cuma 48kg ++.. Abes kenduri kat Gombak, berat me terus jadi 54kg++. Doktor pun terkejut tengok. Heheh.. Tapi dia kata, "Takpe..."


--------------------
*** Next appointment dengan doktor adalah pada 17 Januari 2010.

Sunday 19 December 2010

Musim

Bukan setakat musim orang kawen je... Musim demam jugak.. Dah dua hari, husband me demam.. Arini, me plak rase nak terdemam skali.. Mana boleh demam berduet ni.. Siapa nak jaga siapa nanti kan... Semoga dia cepat sehat dan me tak jadi demam.

Thursday 9 December 2010

Cuti Panjang

Yeay!!! Nak balik kg mlm ni.. Kakak saya nak kawin... Tahniah Along & abg Apiz... Gambar akan menyusul kemudian ye...

Saturday 4 December 2010

Hospital vs Pregnancy

Awal-awal dulu, me buat monthly check-up kat Columbia Asia. Masuk bulan ketiga, me ke Seremban Specialist Hospital, KPJ. Tukar sbb last me warded kat SSH tu. So, sambung terus je...

Jumpe doktor 1 kali/month. Biasenye me request appointment d buat pd hari Isnin. Malas nak pergi during weekend. Gerenti penuh punye. Setakat ni, hubby tak pernah lagi tak teman me... Hahaha.. Baru perasan, sangat manje saya ini. Semua benda nak buat, mesti ada hubby. Kalau tak, muncung sedepa... Ngeh ngeh ngeh. (",)

Tiap kali jumpe doktor, dia akan scan. Tengok-tengok baby yang suka sangat buat aksi-aksi pelik kat dalam tu. Ada sekali scan tu, me terketawa sbb baby chumel sgt. Sbb ketawa kuat sgt, baby dlm perut yg tgh scan tu melambung-lambung.. Hehehe.. SERONOK... v(^_^)v

So far, me dah boleh makan macam biasa. Untuk supplement, me makan yang doktor bagi je. Doktor kat SSH tu bagi Obimin, NeuroGainPB dan ObiCal. Yang ObiCal tu sbb me selalu rasa macam kejang-kejang betis dan sakit tulang pinggul.. So, doktor pun bg la makan extra calcium. Lagipun sebelum ni, me takleh minum susu, asek nak kuar balik je.







Lastweek me p beli susu EnfaMama. Memula nak beli Anmum Materna, tapi tengok-tengok EnfaMama ada perisa vanilla... Kasi sambar satu tin... Pastu beli horlicks skali... Sangat suka minum horlicks... HO HO HO...


--------------------
*** Sekarang dah kurang minum manis... Kalau tak, memula dulu asek nak vitagen + peel fresh + semua air nak manis-manis je... Sekarang, cuma horlicks + susu + air mineral...

Wednesday 1 December 2010

Gelanggang Badminton

Seperti yang telah dijanjikan sebelum ni dalam entri Isnin dan Rabu, me update gambar gelanggang badminton tu k. Walaupun agak lambat, terima je la ye.. Heheh...

[ Macam ni la rupa court lantai parquet / parkir tu... ]


 [ Ni pulak court lantai getah / rubber.. ]


[ Gelanggang badminton di Summer 18 Court... ]


--------------------
*** Breakfast makan puding roti... nyum nyum... v(^_^)v

Thursday 25 November 2010

Yang Buncit Itu Seksi

Buncit bukan sebarang buncit.. Ini buncit sbb ada 'si kecik'... v(^_^)v

Sejak awal pregnant, me mmg agak suka membaca apa-apa yang berkaitan dengan keadaan me sekarang ni. baca pasal perkembangan bayi. Pasal apa yang org mengandung boleh atau perlu buat & jangan buat...

Kalau me agak confuse, me tanya kawan-kawan je.. Lebih mudah dapat jawapan seperti yang dikehendaki. Terima kasih pada semua yang rajin bagi pendapat dan tips untuk me. (",)

Untuk perut me yang seksi ni, me guna losyen jenama PALMER'S. Tiap kali lepas mandi dan sebelum tidur, me akan minta husband tolong sapukan. Bukan tak boleh sapu sendiri, saje je nak manja-manja... Me pilih PALMER'S sbb sebelum ni me memang pernah guna krim dia untuk hilangkan bekas / parut jerawat kat muka.. Memang berkesan dan sesuai dengan kulit me.

[PALMER'S Cocoa Butter - widely recommended for stretch marks, during and after pregnancy <-- diorg yg tulis, bukan me...]

Pastu sejak pregnant ni, bibir me senang kering. Kalau banyak muntah atau kurang minum air, cepat je merekah bibir ni. Me dah cuba pakai lip balm, tak okay jugak... Last-last, me cuba Vaseline. Yezza... Berkesan.

[Me beli yang saiz kecik je...]

Setakat ni, tu je dua produk yang me guna.... v(^_^)v


--------------------
*** Nanti me update pasal pemakanan plak ye...

Wednesday 24 November 2010

Jom Tengok Ni

[Ni la muka hubby me yang tertekan tengok final Sepak Takraw antara regu Malaysia vs Thailand]

Memang tertekan... Malaysia kalah 12-21 & 19-21... KACIWA!!!

Isnin dan Rabu

Setiap Isnin dan Rabu, me akan ikut hubby main badminton... Kadang-kadang, me pun join main gak. Pastu esok paginya akan bangun dengan pinggang dan tulang pinggul yang sakit... Hehehe.. Pastu mula la cakap, "lenkali takmo main dah.".. Tp bile sampai je kat gelanggang, asek tingin je nak join.... v(^_^)v

Seronok jugak main badminton ni.. Sewa pun tak mahal sangat. Kalau gelanggang 'parquet flooring', RM23 utk 2 jam. Kalau gelanggang 'rubber flooring', RM35 utk 2 jam. Kalau selalu main, boleh dapat diskaun... (",)

Nama dewan badminton ni ' Summer 18 Court '.. Ada 18 gelanggang; 5 gelanggang parkir dan 13 gelanggang getah.

.
.
.
.
.



### takde gambar la pulak. mlm ni, balik dr badminton, me upload gambar dewan tu k. ###

!!Dah update dah, tp kat entri Gelanggang Badminton


--------------------
*** Malam ni nak pergi makan pizza dulu sebelum pergi main badminton. Hurm, apa sukan yang ibu mengandung boleh join ye?

Monday 22 November 2010

Perut Mengeras

Perut me telah mengeraskan dirinya dgn agak dahsyat kali ni.. Sejak semalam, nak tunduk pun dah sangat menyakitkan.. Me soh hubby tengok-tengokkan perut, kot-kot ada urat dah timbul ke kan. Dia kata biasa je. Tp serius sakit. Macam injured lepas bersukan plak rasa. Pastu sejak semalam jugak, baby mcm kurang aktif je.. Normal ke tak ni?


--------------------
*** Harini melawan kesakitan dengan mengemas bilik tdo sndr + tetamu... Basuh sumer cadar n sarung bantal.

Sunday 14 November 2010

Hujung Minggu

Hari Ahad = makan + makan + makan + tv + pc + makan + makan + makan...

Saturday 13 November 2010

Tak buat pape pun

Arini me tak buat pape yg best pun.. Cuaca kat luar mmg sgt panas. Rasa tak larat nak kuar rumah. Hubby plak kerja, mmg takleh nak buat apa la kan.

Harini ada Pureen stock clearance kat PJ. Huhuh.. Jauh la dari rumah. Kalau dekat, bleh gak jenguk-jenguk... Member yg pergi kata, baju baby murah sangat.. 6 hengget je sepasang. Takpe-takpe, insyaAllah awal tahun depan kita p shopping barang-barang baby ye busyuk...

Last me balik umah parents me masa open house akhir raya aritu. Dah lama gak tu. Hari Ahad sebelum balik tu, kitorg pasang set sauna yg dah lama disimpan dan tak digunakan. Apalagi, bila dah siap, berebut-rebut la nak guna kan. Me terkecuali sbb ada si kecik dlm pewut...

[ Tadaaaaaaa.. Mempersembahkan... AYAM PANGGANG lemak berkrim!!! ]
v(^_^)v


Hehehe.. Cute kan sayang saya. Dia pun nak join gak bersauna. Baru la dia tau betapa seksanya dok dalam tu. Ingat best ke? Merah padam muka tahan panas. Lenkali bila balik, kita buat lg ye. Bagus untuk kesihatan. Tapi utk lelaki, tak boleh kerap sangat... Nanti lain pulak jadinya.


--------------------
*** Sukan Asia dah mula. Ada jugak la siaran tv yg nak ditengok dikala keseorangan ni...

Friday 12 November 2010

Kehidupan Baru v(^_^)v

Me sedang mengalami perubahan yg agak besar dlm hidup.. Yela, insyaAllah bakal bergelar ibu tahun depan kan... Mcm dlm entri-entri sebelum ni, semua tau yg me mengalami alahan yg sgt teruk ketika awal kandungan. Dua bulan terawal tu mmg asek kuar masuk klinik & hospital je. Fuhhh~ Letih gile. Pada kamu-kamu yg sihat dan tak mengalami alahan teruk, bersyukurlah ye... (",)

Alhamdulillah sejak Aidilfitri, me sudah beransur sihat... Dah boleh makan walaupun takde la berselera sangat. Janji boleh makan + minum, kire okay la kan..

[Tengok tu... Makan pelam muda dlm keta sbb mabuk. Sbb takde pisau nak potong, makan gitu je la... Pelam ni dapat masa beraya umah sedara.]


Berat me lepas kawen aritu 49kg ++.. Pastu bila masuk sebulan mengandung, berat me turun mendadak.. Tinggal 43kg je. Kurus kering. Muka cengkung. Ish, tak selera nak tengok muka sendiri... Tapi sekarang, berat me dah jadi 47.5kg... Yeay!!!

Sejak sebulan yg lepas, me dah start pakai losyen kat perut. Takmo la kalau kena stretch mark yg teruk... Uhu.. Tak seksi la perut me nantikan. Heheh. Tugas sapu losyen tu, me bagi pada hubby. (",)

Hurm, memang perut kita jadi keras sampai rasa macam nak meletup eh tyme pregnant ni? Ke me je yg rasa macam tu. Serius! Macam nak meletup. Keras. Pastu sekarang ni dah start sakit belakang.. Bile duduk lama sikit, mula pinggang rasa macam nak tercabut. Lenguh~ Dah la tulang belakang me ni mmg dah bengkok corner baring punye. Aktif sgt masa kecik-kecik dulu. Asek jatuh tergolek terlentang tertonggeng je. Ni la dapatnye. Bila dah pregnant ni, sakit pinggang me menjadi lg teruk.. Takpe, selagi boleh tahan, me akan cuba tahan.. Untuk KAMU si kecil... v(^_^)v


--------------------
*** Sudah mula menjenguk barang-barang keperluan bayi.. Jenguk je, belinya belum lagi.. Awal lagi kot... (",)

Cak!!! Belum hilang lagi...

Hehehe.. Susah betul la nak cari mood utk update blog... Sejak akhir-akhir ni, mood byk ke arah baca pasal perkembangan baby dlm kandungan je..

Tengok!!! Background blog ni pun dah ditukar untuk nampak cute la kononnye..


--------------------
*** Nanti update lg ye...

Saturday 4 September 2010

Check-in lagi...

Iye... Sejak malam kelmarin (Khamis), me check-in lg skali kat hospital... Memula p klinik je sbb muntah kuning hijau melanda.. Pastu doktor klinik tu refer p hospital...

P la kami ke Columbia Asia, WHAT??? Penuh!!! Jam da pkol 9 lebih.. Staff situ soh p KPJ... P la plak kami ke KPJ. Nasib baik ada kosong... Terus d bawa naik wheel chair, masuk air, ubat n dll... Pastu diorg pun bwk la naik wad.. Yess!! Dapat bilik sorg.. So, dalink me boleh teman tdo malam2... BEST!!! Tapi bleh tahan mahal la harga bilik ni.. Seb baik SAPURA CREST yg bayar... Terima kasih majikan dalink me... (",)

[Teman suka duka sengih nangis ketawa guling-guling...]


[Dalam wad pun sempat... (",)]


--------------------
*** Doktor kata paling awal bleh check-out hari Ahad... Saya mahu shopping...

Thursday 5 August 2010

Lemah Lembik.

Dulu asyik baca pengalaman orang.. Sekarang bila dah rasa sendiri, owh.....~ Mcm tu rupanya ye.. Bila dah tak boleh makan atau minum langsung, apalagi yang boleh d buat kan, kecuali menghantar diri ke rumah sakit.. Terpaksa la sang suami EL untuk hari itu.. Nak dijadikan cerita wad penuh pulak.. Terpaksa la tunggu sampai malam, baru ada kosong..

[Breakfast: Nasi Lemak, aiyak mmg tak lalu la.. Amik bau je dah nk terkeluar isi perut.]


[Lunch: Asam pedas tenggiri + brokoli + kubis bunga + carrot. Yg ni pun makan separuh je, balancenya sang suami la TERpaksa habiskan.]


Minum petang, karipap + milo je.. Tu pun kuar gak.. Aisey... Rugi btol.. dah la karipap tu sedap gila..


[Dinner: Ayam masak merah + kacang panjang. Sedap gak kuahnya, tp still tak lalu gak.. abis mkn ni, menyembur kuar isi perut.. ]


[Breakfast lagi... ]


[...]


[Iye, saya menetap d situ. Sangat hampir dengan rumah... Tapi sangat la sesak hospital ini, percaya la.. Nasib baik la tgh bina extended building...]


Yang paling kesian ialah tukang teman.. Heheh.. Dari mula waktu melawat sampai abes, kena ada kat sebelah ye.. Kecuali on call... Cemerlang...



--------------------
*** Sampai rumah, kenapa panas sangat rumah ni..??? Padahal kat hospital tu yg sejuk beku... hahah.. Meluat je la husband me dengar...

Saturday 24 July 2010

Bila pakcik gagah

Bila pakcik gagah kena kerja di hujung minggu, saya terpaksa dok umah diam-diam.. Huwaaaaaa...~.

Sekian, terima kasih.

--------------------
*** Tiada gambar. Harap maklum...

Thursday 22 July 2010

Alhamdulillah...

Sudah sebulan lebih me kahwin... Alhamdulillah, me bersyukur sgt dgn apa yg me ada sekarang ni.

Yup, I'm 4 weeks pregnant.. Alhamdulillah. Bila me bgtau ibu, ibu cakap "Eh, cepatnya..." Rezeki Allah nak bagi kan.. Ada yg bertahun2 kahwin, tp belum ada rezeki lagi. Seronok.. Mabuk tak teruk sgt.. Ada sehari tu je muntah teruk, esoknya dah okay dah.. Tinggal pening ngan loya je.. Pasni, taktau la macam mana kan.. (",)

Sekarang kena bangun pagi buat sarapan husband.. Weekend plak iron baju n seluar kerja dia. Tu je yg berubah kot buat masa sekarang ni.. Yg lain, biasa-biasa saje.. Lupa plak, ada lagi satu benda yg berubah.. Sekarang lepas breakfast je, kena makan pil asid folic yg doktor bagi.. Untuk baby katanya.. Setakat ni, tak penah terlupa lagi..

Ha, lagi satu, me tak berapa suka bau minyak masak.. Lagi2 kalau tgh menggoreng... Haishhh~ Mual!!! Pastu me susah nak tidur memalam... Jap panas. Jap sejuk.


[Kami...]


--------------------
*** Husband dah balik kerja... Tatatititutu... (",)

Tuesday 6 July 2010

Penuh habuk...

Lama sungguh la tak update blog ni.. Sudah bersawang. Me baru je update ticker. Lenkali bila dah ada idea, me update la pape k. Tatatititutu~

Tuesday 25 May 2010

Mereka sudah. Diri sendiri bagaimana pula?

Ramai betul yang buat majlis perkahwinan tahun ni.. Nak lebih spesifik, bulan Mei dan Jun ni. Yela, bulan-bulan akan datang tak tahu la lagi sebab kad undangan pun belum siap cetak agaknya...

Dari sepupu, kawan sekolah menengah sampai la kawan kat universiti, semua pakat kahwin sesama. Makanya, ada kenduri yg dapat me pegi dan ada juga yang me tak dapat nak pergi.

[Wedding Aqilah & Hasnun...]


[Wedding Nadlene & Irwan...]


Pixies my cuzzy wedding me dah upload dalam previous entri. Ni yang terbaru. Jun akan datang ni, lagi la ramai yang buat majlis. Mungkin kerana cuti sekolah. Macam me sendiri, parents me memang suruh buat majlis dalam tempoh cuti persekolahan.. Senang orang nak datang katanya. Atau mungkin kerana parents me sendiri senang nak cuti kot. Me ikut je...

Seronok pergi majlis orang, tapi bila fikir majlis sendiri...... PENING~ Pening-pening lalat tiap kali fikir pasal majlis sendiri.


--------------------
*** My best buddy dah booked flight hari Jumaat.. Thanks darling sebab sudi datang awal ke majlis tu nanti. Kamu jadi pengapit saya ye... Ahaks~

Thursday 13 May 2010

Dari KL ke Bentong.

Alhamdulillah, semalam dah setel pasal segala borang mohon nikah. Lega rasa da setel sbb me dok jauh dr family kan. Jauh la sangat... v(^_^)v




[Nikah...]



[Pelamin nikah.. Tp bukan nikah atas pelamin ni, batal air sembahyang je atas ni...]



[Potong kek masa majlis bersanding...]



[Pelamin untuk bersanding...]


Haritu me pergi majlis nikah kazen me kat Bentong... Kazen me ialah pengantin lelaki. Me tumpang kereta abg Dzul. Okay la, me takde idea tetiba sebab mata dok tgk semi-final Uber Cup (Korea vs Japan).. Lenkali me update lg ye..

Sunday 9 May 2010

Baju nikah saya dah siap.

Yey!!! Me punye baju nikah dah siap... Memang masa tempah tu, me cakap taknak glamour2 sangat. So, bajunya simple and nice... Tetiba rasa mcm "Alamak, tak glamour la... Nak macam baju artis-artis!" Hahaha...

Yang bestnya, baju nikah kami telah disponsor oleh kedai jahit.. Dapat la rasa macam artis-artis gitu.. Baju sponsor.. Ngahaha~ Sekarang nak cari tudung for me & sampin for him.. Pastu setel la bab pakaian...

Selang beberapa hari dr karangan di atas di tulis........... Beberapa hari kemudian~

Td dah beli sampin for him. So, pasni takde nak beli pape dah kot. Harap-harap la kan. Dah tak larat nak kuar duit. Tapi tudung me tak beli lagi. Hohoh~


--------------------
*** Rasa macam demam la pulak...

Wednesday 5 May 2010

Monthly Report...

Owh, kad sudah siap dilipat dan dimasukkan ke dalam envelope... Nama dan alamat pun da setel.. Tinggal nak pos je.. Tunggu la pertengahan Mei ni baru nak pos kot..


- Mei 2010 -
Cousin me bernama Danial akan berkahwin.. Dia sebaya dgn me. Dapat org Bentong. Wedding belah perempuan 8 Mei & his side pada 15 Mei.

9 Mei, wedding Mohammed Razif @ Tenggaroh, Mersing..

9 Mei, wedding Azmi @ Kg. Nakhoda, Batu Caves..

15 Mei, Naqib's 1st birthday & Nadia Musa housewarming party  @ Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan..

22 Mei, wedding  Aqilah bt Othman @ Taman Desa Minang, Batu Caves..

23 Mei, wedding  Nadlene bt Razali @ Bukit Katil, Melaka..


--------------------
*** Mana yang sempat, me akan cuba utk attend majlis korang. Kalau tak sempat, maaf dipinta ye. Me dah nak start pindah barang ke rumah baru. Maybe sedikit sibuk...

Tuesday 4 May 2010

Wedding + Shopping + Gossiping...

2 Mei 2010 aritu me p kenduri classmate me tyme study kat UTeM dulu, Hidayah & Azmi. Theme nye ialah purple blackish. Chantek wooo... Dayah & Azmi tu boleh dikategorikan sebagai individu berkulit cerah jugak la.. Pakai plak baju kaler dark purple + hitam... Memang sangat menawan kalbu. Me suka... (",)



[Azmi & Hidayah. Semoga berbahagia di dunia hingga akhirat...]



Dari Seri Kembangan, me berdua-duaan dengan cik Ruby je. Dia park kereta dia kat Petronas, so kami berkongsi kereta la ke rumah Dayah kat Bangi. Dua-dua taktau jalan p umah Dayah, nasib baik la tyme p beraya rumah Dayah dulu dah save koordinat rumah dia. So, ber'GPS' la kami.

Sampai tyme peak-hour.. Aiseyman... Panas + lapar.. Terus masuk rumah cari Dayah. Dia baru lepas make-up. Lepas salam peluk cium, kami pun p la menjamu selera. Penuh sesak. Air... Air... Tunggu Ajue yg lambat sejam dr masa yg dijanjikan. Ye ke sejam? Mcm lebih je.. Ohho~ Relax dlm rumah, sign Guestbook, posing2 skit...



[Guestbook yg chumel...]


[Sebelum balik...]


Balik tu kitorg bertiga p Alamanda utk jenjalan.. Tp ter'shopping' banyak la pulak. Cesss~ Tapi takpe, sekali-sekala je kan.. Shopping + Makan + Gossip~ Lengkap la pakej.. SERONOK owkay!!!

Kuar Alamanda terus ke Kajang plak antar Ajue. Lepak rumah Ajue plak makan bubur Caca yg mama dia buat. Sempat la tgk Mentor jap..


--------------------
*** Sebelum kawen ni, kena kuar ber'Parteyyy' dulu... Nanti masing-masing dah duduk jauh.. Taktau bila boleh berjumpa lagi kan.. :-|

Friday 23 April 2010

Mengada-ngada secara tiba-tiba

Hahaha.. Bila sekali dah update blog, terus rasa nak update je selalu.. Mengada-ngada sungguh~ Tyme takde, takde teross!

Nak citer pasal benda-benda yg berkaitan wedding la. Sebab me nak kawen. Penyakit nak kawen ni memang dahsyat sikit. Sila terima me seadanya ye.. Ngeeee~ (",)

Kan me ada cakap sebelum ni, 3 orang dlm rumah sewa me ni nak kawen (termasuk la me)... So, diorang ni sebok la fikir macam-macam, ala macam bakal pengantin lain fikir juga la kan. Yang sorang ni dah amalkan p spa sejak awal bulan April ni. Semangat gila. Dia p sorang2 je. Last weekend pulak, lagi sorang housemate me ni p ke spa. Me tanya la diorg, "Weyh, best ke? Ada apa-apa perubahan ke? Diorg buat macam mana? Korang ni amik pakej apa? Apa lagi pakej yg ada?". Hahaha, ala-ala Joyah gitu.. Biasa la, kita ni tak pegi, so kena la tanya pada yang dah pergi spa tu kan. Hohoh. Diorang kata diorang ambil pakej yg biasa je. Pakej RM150.. Ada lulur, body massage, sauna, facial, erm tu je la kot... Maybe dengan scrub sekali. Dah lupa la.



[Ni bukan gambar housemate me tau.. Mcm biasa, dari uncle G...]


Macam best je kan. Tapi me tak rasa pulak nak buat semua benda tu. Mungkin sbb me takde masalah kulit, so biasa-biasa je... Sental badan dgn berus masa mandi sudah...~



[Takpun, beli je benda ni. Boleh buat scrub sendiri kat rumah. Dari uncle G juga..]


Tapi kan, me teringin sangat nak buat manicure & pedicure.. Mengada-ngada kan.. Beli The Body Shop Nail Block sudah.. Buat sendiri kat rumah kan.. Hahaha, Dasar kedekut! Hey, bukan kedekut owkay, JIMAT!!!


--------------------
*** Nanti me nak citer lagi pasal me punye wedding preparation k. Sila jangan meluat pula nanti.

Thursday 22 April 2010

Macam separa sewel.

Wowowowo.. Dunno what to say apabila semua org bertanya tentang persiapan wedding me. Memang mcm ni ke rasa bakal pengantin ye? Yela, bila fikir, rasa semua tak siap lagi. Tapi bila rajin nak settlekan semua, rasa mcm takde apa yg nak dibuat dah. Macam dah settle pulak kan.

Tapi, apa sebenarnya? Dah settle ke belum? SAYA TIDAK TAHU JAWAPANNYA...

Macam semua benda dah settle except submit borang permohonan kawen. Hantaran? Nanti2 la me buat. Macam tak best pulak buat awal sgt (alasan ~). Mid of May baru nak post invitation card kot.. Apalagi nak buat ye? Baju nikah belum siap, tak sabarnya nak tengok & try pakai baju nikah tu. Housemate me kata me dah makin berisi, jangan tak muat pulak baju nikah tu nanti. Kang terpaksa sewa baju lain pulak kang.



[Chantek... I loike... But, this is not mine...~ Thx to uncle Google.]


Bila tengok dari apa yg me tulis ni, mcm semua benda pun tak siap lagi sebenarnya kan.. Hahaha~

Kamu-kamu, sila la tolong beri panduan dan petunjuk agar me ni berada di landasan yang betul la hendaknya.

Bab makanan, khemah, kompang, pa system & yg sewaktu dengannya telah me serahkan kepada parents me. Heheh~ Biasa la kan, ibu abah mesti la nak handle semua benda tu.



--------------------
*** Sesiapa yg dah ada pengalaman, sila la beri panduan to-do-list... Memang byk jumpe checklist kalau surf tenet, tapi tak best. Nampak mcm semua benda da settle. Padahal, hampagas...

Wednesday 21 April 2010

Dah lupa ke?

Hai, dah lupa ke kehadiran blog me ni? Huhu Haha Hoho.. Me sendiri mcm dah lupa kewujudan blog ni.. Boleh plak camtu kan.. ;p

Sekarang ni, kalau me online pun, me cuma check Fesbuk jap. Update game situ sana sikit, pastu dah... Me p baca update pasal bola kat Soccernet.. Pastu update team kat Fantasy Football... Pastu baca online news, kat Berita Harian ke, Metro ke, Kosmo ke, The Star ke, M Star ke, semua berita la me baca.. Pastu, dah... Takde nak ngadap my cute lappy ni lagi... Sudah bosan barangkali.

Me punya wedding card dah settle.. Tgh sebok nak collect address rakan-rakan & cikgu-cikgi je..

Pastu skang ni dah start pening + mual tgk keadaan bilik yg macam tongkang pechah tahap petala langit ke-23.. Dulu masa memula pindah masuk sini, cuma 3 trip je angkat barang.. Ni tyme nak pindah keluar ni mcm nak kena sewa lori je.. Aduh la.. Tercabut pinggang I yg ramping ni jap lagi.


[Gambar ni takde kaitan langsung dgn apa-apa ye. Me br je jumpe kat sini masa search gambar td.. Heheh..]


--------------------
*** Last weekend, me p kenduri Wani. Chanteknya dia... Congrats ye Wani & Es... Sebelum terlupa, pls drop ur address via Fesbuk msg utk dptkan invitation card k.. Muuahhxx (* *)

Wednesday 17 March 2010

Berita duka lagi.

Harini, me dapat berita sedih lagi.. Seorang lagi kawan me kehilangan tunang tersayang kerana terlibat dlm kemalangan maut. Takziah buat Hana & keluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan Allah..


--------------------
*** Lidah kelu untuk berkata-kata..

Saturday 13 March 2010

Takziah...

Tghari tadi bukak facebook, tgk wall penuh dgn ucapan takziah... Tanya la member2, kenapa. Apa citer.

Takziah untuk Salinda di atas pemergian tunangnya yang terlibat dalam sebuah kemalangan  maut (info ni pun dapat dr kawan je)...

Ya Allah, berilah kekuatan kepada sahabatku dan ahli keluarganya. Semoga arwah di tempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. InsyaAllah.


--------------------
*** Hari ni sangat sedih tiap kali buka wall facebook... Sepatutnya majlis mereka akan dilangsungkan pada Jun 2010 ni.. Kebetulan pula, kejadian berlaku pada ulang tahun kelahiran arwah yg ke-26 tahun (12 Mac 2010).

Monday 1 March 2010

Februari yang .........

Harini dah masuk bulan Mac. Maknanya bulan lepas me cuma update dua story je kan. Hahah. Teruknya la saya ni..

Occay, meh me update story utk Februari 2010..

  1. Me design kad kawen. Buat yg simple-simple je. Dah siap design, tinggal nak buat map je. Abah pesan, buat map tu biar simple. Mudah org nak paham.
  2. P kenduri kawen sepupu ibu punye anak kat Kampung Baru. Erm, me punya dua pupu la ye?? Ye la kot. Konfius jap... Pastu ibu abah ajak p Nilai 3. Andak + mak Andak + Nana pun join. Beli tikar kayu yg chantek. Pastu p beli bunga telur utk me & barang2 untuk Nadia tunang. Pastu p makan kat Restoran BBN.
  3. Me p beli barang-barang utk buat hantaran. Maklumlah, semuanya me buat sendiri. Handmade ye tuan-tuan & puan-puan. Pegi beli sorang2, last2 taktau nak decide.. Hahah. Ntahpape je. Tapi agak jimat juga la me berbelanja. Oh ye, me beli souvenir skali utk tetamu. So, setel tentang hiasan hantaran + souvenir.
  4. Bila dah ada barang-barang, skang buat deco hantaran plak. Nak fikir idea je dah makan masa satu hari. Ye ke? Tak sampai kot. Ada la sejam dua je rasanya. Test buat untuk 1 hantaran dulu, mintak pendapat housemate, diorang kata cantek. Taktau la, diorang nak amik hati me je ke, or memang btol2 cantek.. Huhuhu.. Memang chantek la rasanya... ;p
  5. Disebabkan 3 individu dalam rumah sewa ni akan berkahwin pada tarikh yg sama, so memang kecoh la rumah ni. Semua sibuk buat preparation masing-masing. Me tukang bagi idea (sbb diorang kata idea aku menarik). Ngahaha~ Hnsssssss. Hnsssssss.
  6. Hari Khamis (25 Feb 2010), ibu call bgtau nenek saudara me yg kat Banting meninggal dunia lebih kurang jam 4 ptg, kalau tak silap la. Innalilah~ Me p Banting on the next day.
  7. Sabtu (27 Feb 2010), me and Fuad p JB lawat pakcik me. Ibu abah & adik2 me gerak lewat sikit dr Banting. Pakcik me tak berapa sihat. Memula ada batu dalam hempedu. Dah vakum keluar. Pastu pankreas plak bengkak. Hati ada nanah. Semalam (28 Feb 2010), doktor kata nak operate tgk organ mana lagi yg ada nanah sbb nanah yg diorg kuarkan dari hati tu terlalu sikit berbanding masa diorang scan. Lagipun, doktor pakar kata diorg nak cari punca kenapa pakcik me tak elok lagi lepas buang nanah tu. Lepas kuar ICU, pakcik me demam semula. Ni kena masuk ICU semula. Semalam tgk pakcik me pun, mcm makin lemah je. Kesian tengok dia. Semoga ayah Teh cepat sihat ye~ InsyaAllah...
  8. Celebrate birthday Taufiq yg ke-19 (27 Feb 2010).
  9. Ahad (28 Feb 2010) sebelum p tgk ayah Teh kat hospital, me + Ibu + Abah + Fuad + Nadia p tempah mak andam. Agak lewat kot me tempah mak andam, fully booked tu. Dah penat nak menapak dr satu kedai ke kedai lain. Nasib baik dah setel. Me try baju skali. Memula nak kaler merah, skali kat kedai tu tgk ada 1 kaler ni sangat chantek designnya. Lgpun jarang nampak pengantin buat kaler ni. Ala-ala lain dr yg lain la kononnya.. Heheh.. Pelamin pun setel. Alhamdulillah, dapat pelamin yg me & Fuad suka... =D

 
[Ini bukan pelamin saya.]


 [Ini pun bukan pelamin saya.]


 [Masih bukan pelamin saya.]


--------------------
*** Next mission, balik kg Fuad plak.. Nak tempah pelamin + baju...

Monday 1 February 2010

Diam. Sunyi. Sepi. (Gejala sibuk atau malas?)

Lama tak update blog kan.. Sibuk atau malas? Atau kedua-duanya sekali? Biarlah rahsia... Hihihih~

Tadi macam teringin sangat nak update blog, tapi sekarang seperti tiada idea la pulak... Adeh la.

Nak citer pasal apa? Last tgk wayang citer Sherlock Holmes... Agak lama tak tgk wayang. Jimat duit la kononnya...

Tak sabar nak tunggu cuti Chinese New Year, parents me datang sini. Ibu ajak p shopping~ Yezza... Shopping apa? Taktau lagi.. Mungkin beras, bawang, cili atau sayur. Mungkin berus basuh baju, berus jamban, sabun mandi atau sabun basuh baju. Mungkin juga ayam, itik, lembu atau kerbau. Tak decide lagi.. :D

[Saya suka... :D]


--------------------
*** Sudah ada ticker dalam blog saya ni.. Meowwww~

Thursday 14 January 2010

Tidur yg lena diperlukan

Huwaaaa. Saya mahu tidur.. Tidur.. Tidur.. Tidur la wahai diriku yg chumel... Ngahaha~

Sejak demam ni (2-3 hari da), asek takleh tdo je... Susah btol la nak tdo ni. Da letak kain basah kat dahi pun takleh tdo. Pastu letak plak kain basah kat tekak, sebab nak kurangkan sakit tekak la kononnya.. Tak boleh juga.. Adeh la~

Dah nak habes sepeket asam jawa cap Tamarind saiz kecil ni me buat air. Hmmm, okay jugak.. Dah kurang da sakit tekak. Tak pedih macam memula aritu.. Sebelum ni tak pernah pun buat air asam jawa sendiri.. Beli yg ready made je.. Lagi sedap buat sendiri rupanya... Tanpa gula lagi.... Bagus untuk kesihatan.

But still, demam ni tak baik lagi... Saja je taknak makan ubat-ubatan.. DADAH semua tu.. Har har har... Minum air je la jawabnya...

[Tak sabarnya nak balik kampung... =)] 


--------------------
*** Cepat-cepat la confirm semuanya, senang nak buat kerja... Semoga Allah permudahkan segala-galanya.. Amin...

Trivia Day 5

The answer for Trivia Day 4:
The man had hiccups. The barman recognized this from his speech and drew the gun in order to give him a shock. It worked and cured the hiccups-so the man no longer needed the water.

For Today:
Do you know that Dolphins sleep with one eye open??!! This is fact, not a riddle.
 
[Picture: Thanks to Mr Google..]


--------------------
*** Strange but true~

Thursday 7 January 2010

Trivia Day 4...

The question for today: 

This is not a trivia, just some kind of joke. Maybe...

A man walks into a bar and asks the barman for a glass of water. The barman pulls out a gun and points it at the man. The man says 'Thank you' and walks out. WHY???

[Picture: Thanks to Mr Google..]


Heheh.. Gimme your answer..


--------------------
*** You'll need to think out of the box... v(^o^)v