Wednesday 13 April 2011

On Her Way.

Jumaat - 18 Feb 2011
Harini baby sangat kurang bergerak. Biasanya dia aktif sepak terajang sana sini. Bila dah diam je, risau la pulak. Pagi, tunggu. Petang, tunggu lagi. Malam, dah tak boleh tunggu dah. Pergi hospital, terus kena masuk labour room... Pasang mesin ctg utk setengah jam.. Alhamdulillah, baby okay. Yeay! Balik rumah. Tidur.


Sabtu - 19 Feb 2011
Jumpa Dr Ishak. Doktor kata, kalau tgk result ctg semlm, contraction dah start kuat. Buat pertama kalinya, dia buat VE. Tarik nafas........... Okay, senak ye. Belum ada bukaan lg. Jadi, Doktor decide utk jab ubat matangkan paru-paru baby sebagai persediaan kalau baby nak kuar awal.. Pagi kena cucuk satu dos. Malam kena datang jugak utk cucuk lagi satu dos. Yeay! Balik rumah. Tidur.


Isnin - 28 Feb 2011
Monthly check-up macam biasa. Bila doktor scan, tengok uri dah matang. Awal dari jangkaan. Seluk lagi. Senak wooo. Masih belum ada bukaan, tapi doktor kata dah nipis... Yang bestnya, doktor dah bagi tarikh utk bersalin.. YEAY!!! (yeke? padahal, what???) Doktor kata tak boleh lambat sebab uri dah matang. Nanti bahaya pada baby.

- KHAMIS, 3 MAC 2011 -



[ 18 Feb 2011 - Masih cool kan??? Ngeee~  ]


--------------------
*** Iye, itulah tarikhnya... Sejak dah tau tarikh, nafsu makan membuak-buak. Si suami layankan aje. Itu nak makan, ini nak makan. Kalau sebelum ni, konon-kononnya dah bersedia.. Tiba-tiba jadi tak bersedia langsung... (^_^)