Thursday 25 November 2010

Yang Buncit Itu Seksi

Buncit bukan sebarang buncit.. Ini buncit sbb ada 'si kecik'... v(^_^)v

Sejak awal pregnant, me mmg agak suka membaca apa-apa yang berkaitan dengan keadaan me sekarang ni. baca pasal perkembangan bayi. Pasal apa yang org mengandung boleh atau perlu buat & jangan buat...

Kalau me agak confuse, me tanya kawan-kawan je.. Lebih mudah dapat jawapan seperti yang dikehendaki. Terima kasih pada semua yang rajin bagi pendapat dan tips untuk me. (",)

Untuk perut me yang seksi ni, me guna losyen jenama PALMER'S. Tiap kali lepas mandi dan sebelum tidur, me akan minta husband tolong sapukan. Bukan tak boleh sapu sendiri, saje je nak manja-manja... Me pilih PALMER'S sbb sebelum ni me memang pernah guna krim dia untuk hilangkan bekas / parut jerawat kat muka.. Memang berkesan dan sesuai dengan kulit me.

[PALMER'S Cocoa Butter - widely recommended for stretch marks, during and after pregnancy <-- diorg yg tulis, bukan me...]

Pastu sejak pregnant ni, bibir me senang kering. Kalau banyak muntah atau kurang minum air, cepat je merekah bibir ni. Me dah cuba pakai lip balm, tak okay jugak... Last-last, me cuba Vaseline. Yezza... Berkesan.

[Me beli yang saiz kecik je...]

Setakat ni, tu je dua produk yang me guna.... v(^_^)v


--------------------
*** Nanti me update pasal pemakanan plak ye...

Wednesday 24 November 2010

Jom Tengok Ni

[Ni la muka hubby me yang tertekan tengok final Sepak Takraw antara regu Malaysia vs Thailand]

Memang tertekan... Malaysia kalah 12-21 & 19-21... KACIWA!!!

Isnin dan Rabu

Setiap Isnin dan Rabu, me akan ikut hubby main badminton... Kadang-kadang, me pun join main gak. Pastu esok paginya akan bangun dengan pinggang dan tulang pinggul yang sakit... Hehehe.. Pastu mula la cakap, "lenkali takmo main dah.".. Tp bile sampai je kat gelanggang, asek tingin je nak join.... v(^_^)v

Seronok jugak main badminton ni.. Sewa pun tak mahal sangat. Kalau gelanggang 'parquet flooring', RM23 utk 2 jam. Kalau gelanggang 'rubber flooring', RM35 utk 2 jam. Kalau selalu main, boleh dapat diskaun... (",)

Nama dewan badminton ni ' Summer 18 Court '.. Ada 18 gelanggang; 5 gelanggang parkir dan 13 gelanggang getah.

.
.
.
.
.



### takde gambar la pulak. mlm ni, balik dr badminton, me upload gambar dewan tu k. ###

!!Dah update dah, tp kat entri Gelanggang Badminton


--------------------
*** Malam ni nak pergi makan pizza dulu sebelum pergi main badminton. Hurm, apa sukan yang ibu mengandung boleh join ye?

Monday 22 November 2010

Perut Mengeras

Perut me telah mengeraskan dirinya dgn agak dahsyat kali ni.. Sejak semalam, nak tunduk pun dah sangat menyakitkan.. Me soh hubby tengok-tengokkan perut, kot-kot ada urat dah timbul ke kan. Dia kata biasa je. Tp serius sakit. Macam injured lepas bersukan plak rasa. Pastu sejak semalam jugak, baby mcm kurang aktif je.. Normal ke tak ni?


--------------------
*** Harini melawan kesakitan dengan mengemas bilik tdo sndr + tetamu... Basuh sumer cadar n sarung bantal.

Sunday 14 November 2010

Hujung Minggu

Hari Ahad = makan + makan + makan + tv + pc + makan + makan + makan...

Saturday 13 November 2010

Tak buat pape pun

Arini me tak buat pape yg best pun.. Cuaca kat luar mmg sgt panas. Rasa tak larat nak kuar rumah. Hubby plak kerja, mmg takleh nak buat apa la kan.

Harini ada Pureen stock clearance kat PJ. Huhuh.. Jauh la dari rumah. Kalau dekat, bleh gak jenguk-jenguk... Member yg pergi kata, baju baby murah sangat.. 6 hengget je sepasang. Takpe-takpe, insyaAllah awal tahun depan kita p shopping barang-barang baby ye busyuk...

Last me balik umah parents me masa open house akhir raya aritu. Dah lama gak tu. Hari Ahad sebelum balik tu, kitorg pasang set sauna yg dah lama disimpan dan tak digunakan. Apalagi, bila dah siap, berebut-rebut la nak guna kan. Me terkecuali sbb ada si kecik dlm pewut...

[ Tadaaaaaaa.. Mempersembahkan... AYAM PANGGANG lemak berkrim!!! ]
v(^_^)v


Hehehe.. Cute kan sayang saya. Dia pun nak join gak bersauna. Baru la dia tau betapa seksanya dok dalam tu. Ingat best ke? Merah padam muka tahan panas. Lenkali bila balik, kita buat lg ye. Bagus untuk kesihatan. Tapi utk lelaki, tak boleh kerap sangat... Nanti lain pulak jadinya.


--------------------
*** Sukan Asia dah mula. Ada jugak la siaran tv yg nak ditengok dikala keseorangan ni...

Friday 12 November 2010

Kehidupan Baru v(^_^)v

Me sedang mengalami perubahan yg agak besar dlm hidup.. Yela, insyaAllah bakal bergelar ibu tahun depan kan... Mcm dlm entri-entri sebelum ni, semua tau yg me mengalami alahan yg sgt teruk ketika awal kandungan. Dua bulan terawal tu mmg asek kuar masuk klinik & hospital je. Fuhhh~ Letih gile. Pada kamu-kamu yg sihat dan tak mengalami alahan teruk, bersyukurlah ye... (",)

Alhamdulillah sejak Aidilfitri, me sudah beransur sihat... Dah boleh makan walaupun takde la berselera sangat. Janji boleh makan + minum, kire okay la kan..

[Tengok tu... Makan pelam muda dlm keta sbb mabuk. Sbb takde pisau nak potong, makan gitu je la... Pelam ni dapat masa beraya umah sedara.]


Berat me lepas kawen aritu 49kg ++.. Pastu bila masuk sebulan mengandung, berat me turun mendadak.. Tinggal 43kg je. Kurus kering. Muka cengkung. Ish, tak selera nak tengok muka sendiri... Tapi sekarang, berat me dah jadi 47.5kg... Yeay!!!

Sejak sebulan yg lepas, me dah start pakai losyen kat perut. Takmo la kalau kena stretch mark yg teruk... Uhu.. Tak seksi la perut me nantikan. Heheh. Tugas sapu losyen tu, me bagi pada hubby. (",)

Hurm, memang perut kita jadi keras sampai rasa macam nak meletup eh tyme pregnant ni? Ke me je yg rasa macam tu. Serius! Macam nak meletup. Keras. Pastu sekarang ni dah start sakit belakang.. Bile duduk lama sikit, mula pinggang rasa macam nak tercabut. Lenguh~ Dah la tulang belakang me ni mmg dah bengkok corner baring punye. Aktif sgt masa kecik-kecik dulu. Asek jatuh tergolek terlentang tertonggeng je. Ni la dapatnye. Bila dah pregnant ni, sakit pinggang me menjadi lg teruk.. Takpe, selagi boleh tahan, me akan cuba tahan.. Untuk KAMU si kecil... v(^_^)v


--------------------
*** Sudah mula menjenguk barang-barang keperluan bayi.. Jenguk je, belinya belum lagi.. Awal lagi kot... (",)

Cak!!! Belum hilang lagi...

Hehehe.. Susah betul la nak cari mood utk update blog... Sejak akhir-akhir ni, mood byk ke arah baca pasal perkembangan baby dlm kandungan je..

Tengok!!! Background blog ni pun dah ditukar untuk nampak cute la kononnye..


--------------------
*** Nanti update lg ye...