Saturday 25 May 2013

♥04 Resepi: Cheese Cake (bakar) / light cheese cake

Cheese lagi?!! Saya merupakan kipas susah mati kek keju.

Okay, kali ni me buat cheese cake versi bakar. Ala-ala cheese cake Jusco.. Buat kek ni sebab ibu abah me nak datang rumah. Nak tunjuk sikit la yang anak dia pandai buat kek. Pssssst... Ibu minta resepi lepas rasa kek ni (kira lulus la).

Resepi asal tak ingat dari mana sebab me salin guna aplikasi Notes di telefon bimbit.

Bahan-bahannya agak simple. Nak buat pun senang je. Selamat mencuba.


Bahan-bahan:
  • 200 g cream cheese
  • 400 ml fresh milk
  • 100 g tepung gandum
  • 100 g gula castor (boleh jugak blend gula pasir tu sampai jadi gula halus)
  • 100 g butter
  • 4 biji telur (Gred A)
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-caranya:
  1. Panaskan oven 150°C. Guna api atas bawah.
  2. Masukkan fresh milk, cream cheese dan butter ke dalam periuk. Panaskan dan kacau sehingga sebati. Padamkan api dan biar sejuk.
  3. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga kembang, ringan & berkilat (pastikan tiada ketul-ketul gula). - digelar sebagai meringue ye kawan².
  4. Dalam bekas berasingan, pukul kuning telur sehingga kembang dan masukkan adunan cream cheese tadi. Kacau dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak berketul-ketul.
  5. Tuangkan esen vanilla ke dalam adunan dan masukkan meringue. Kacau guna kaedah kaup balik (jangan kacau laju-laju, nnt hilang tekstur meringue tu).
  6. Masukkan adunan ke dalam acuan kek yg non-stick. Kalau takde, boleh je sapu butter dan tabur tepung utk elak kek melekat pada bekas.
  7. Bakar dengan menggunakan kaedah bain-marie dengan menggunakan air panas (tuang air panas sehingga separuh bekas adunan). - boleh rujuk sini.
  8. Bakar selama lebih kurang 50 minit / sehingga masak. Biarkan sejuk sebelum dihidang.
[ Kek selepas dikeluarkan dari oven. Hitam itu menawan... ]


 [ Biarkan sejuk sebelum hidang supaya kek tu renggang dari bekas. ]


[ Dah boleh makan dah. ]


--------------------
*** Boleh tambahkan jus lemon jika ada. Kalau nak guna perahan lemon, masukkan sekali dengan esen vanila.Kalau nak buat pavlova pun kena buat meringue juga. Lain kali boleh kongsi resepi pavlova pula ye.

No comments:

Post a Comment

•♥•♥•♥•♥•♥• Thank You •♥•♥•♥•♥•♥•