Wednesday 12 February 2014

November di Gold Coast.

Takde la lama sangat rancang nak pergi Gold Coast ni. Seminggu la lebih kurang. Klik! Klik! Klik! Booked hotel. Maka pada 6 November 2013 terbanglah kami ke Gold Coast.

Eh, kami tak terbang la. Naik kereta je. Gold Coast Morib je pun. Cuma 65km dari rumah kami di Seremban.

Check-in hotel pkol 3pm tapi pkol 1.30pm kami dah sampai. Terus ke kaunter, kena beratur. Weekday pun ramai org weyh. Mungkin sebab cuti sekolah kot kan.

[ Baby-cot ni kena request. Kalau ada, dia akan hantar ke bilik. ]

Me booked guna website Gold Coast Morib, kebetulan masa tu dia mmg tgh buat promosi RM198/night (harga termasuk tiket taman tema + breakfast + dinner for 2, percuma utk anak below 90cm). Masa kami pergi tu tinggi Farhah 94cm, tapi staff kira cincai je. So, percuma untuk Farhah. Terima kasih ye.. 

Kalau takde promosi kat website GCM, boleh la usha kat Groupon / Living Social / MyDeal & etc. 

Bilik memang sangat luas. Bilik air siap dengan jakuzi. Sesuai la untuk berendam lepas mandi kat taman tema. Jangan salah faham dengan istilah 'taman tema', jangan bayangkan sehebat Sunway Lagoon ye. Ini lebih kepada aktiviti santai keluarga dengan anak-anak kecil.

[ Lengkap dari berus gigi, sabun, bla bla bla sampaila ke peralatan menjahit. ]


[ Jakuzi siap dengan shower gel sekali... Muat la nak sumbat sepasang suami isteri + seorang anak. Hahahah. ]


[ Hair dryer disediakan, tak payah nak bawak dari rumah ye. ]

Kami amik pakej 3 hari 2 malam. Saja nak bagi Farhah puas main air.

Petang main air. Layan jakuzi. Dinner. Lepas dinner boleh jalan-jalan tepi pantai. Jalan-jalan dalam kawasan taman tema. Tidur. Pagi lepas sarapan main air lagi. Tengahari rehat kejap. Tidur. Boleh lunch kat cafe. Petang sambung main air. Dinner. Sambung jalan-jalan amik gambar. Itu la aktiviti kami selama kat GCM ni. Sebelum check-out pun sempat mandi kat taman tema lagi tau.

Farhah memang sangat suka main air.

[ Farhah la yang paling happy sekali. ]


[ Ibu-ibu, bapak-bapak pun boleh naik ye. ]

Tak perlu risau tentang makan buffet untuk sarapan & dinner sebab staff rajin refill makanan buffet. Makanan pun sedap-sedap.

[ Ni masa dinner. Farhah asek makan strawberry je. Kitorg tukang makan pastri + krim yang dia tinggalkan. ]


[ Breakfast. Nasi lemak sambal sotong. ]






Masa berjalan ke pintu masuk GCM untuk amik gambar yang kat atas ni, memang ada bau yang kurang enak. Husband me kata tu bau reban ayam. Tapi bila siang takde pulak bau tu.

TIPS: Kalau nak elakkan bau yang kurang enak bila bukak sliding door malam-malam (untuk jemur baju yang basah), uolls boleh la request bilik yang menghadap ke taman tema. Memang takde bau busuk langsung.


--------------------
*** Memang seronok. Kalau ada rezeki, memang kami akan datang lagi. Cuma tak banyak pilihan untuk fridge magnet / souvenir. Ada ke jual souvenir dari Sarawak. Macam pelik la pulak kalau pegi GCM tp beli souvenir dr kedai Sarawak kan.