Tuesday, 30 July 2013

Halia Pala Mint.

September 2012, Farhah pernah kena tahan wad disebabkan batuk teruk. Lepas buat blood test, doktor kata Farhah dapat jangkitan (kuman) dari batuk orang dewasa. Kena makan antibiotik, ubat demam, ubat batuk, ubat selsema dan 'neb'.

Disember 2012, sekali lagi Farhah kena tahan wad sebab demam dah lebih seminggu beserta batuk. Kali ni kena buat xray. Doktor diagnose Farhah kena pneumonia. Kali ni kena makan antibiotik, ubat demam, ubat batuk, ubat selsema, 'neb' dan buat fisio. Dua kali sedut lendir / kahak. Sedih!!

Bermula la episod Farhah kena makan macam-macam ubat. Doktor suruh makan Singulair setiap malam sebelum tidur. Kalau selsema, kena makan Zyrtec.

Farhah belum DUA tahun pun lagi masa tu, dah kena makan macam-macam ubat.

Sejak Disember 2012, setiap bulan Farhah kena jumpa paed dia untuk follow-up. Setiap kali jumpa, mesti paed dia bekalkan Singulair. Bila me tanya tentang pengambilan Singulair bagi tempoh yang panjang, dia kata ubat tu paling selamat untuk long-term usage. Tiada steroid.

TAPI sebagai ibu, tak sampai hati nak biar anak bergantung pada ubat.

Me terbaca status seorang sahabat di FB, anak dia pun lebih kurang mcm Farhah. Bergantung pada ubat. Tapi sekarang anak dia dah okay. Tak perlu makan ubat. Serius excited nak tahu produk apa dia guna. Sahabat me ni merupakan seorang doktor.

Dia beritahu, dia gantikan ubat-ubat anak dia dengan gula-gula gabungan halia, buah pala dan mint. Dipendekkan cerita, me beli la 4 botol produk Halia, Pala, Mint (HPM) tu dari dia.


[ Ni la rupa HPM tu. ]

Dah hampir dua bulan guna produk ni. Bila ada tanda-tanda nak selsema, me cairkan 3 biji HPM ni dengan air suam, bagi Farhah minum. Alhamdulillah, usaha kali ni diperkenan Allah. Farhah sihat TANPA perlu makan Zyrtec. Tiada lagi nafas berbunyi ketika tidur malam. Farhah pun suka makan HPM ni sampai kena sembunyikan botol ni.

Hujung minggu lepas, kami adik-beradik balik kampung untuk berbuka bersama ibuAbah. Kebetulan anak along selsema, me bagi la anak dia makan sebiji HPM. Lepas tu along tanya, "Mana beli? Mikail dah tak selsema. Kalau beli lagi, belikan untuk along sekali ye."..

Me pun makan HPM juga untuk masalah yang dah berkurun tak berpenghujung ni. Rujuk entri Saya Yang Bermasalah. Alhamdulillah, dah selesai. Terus me terfikir, produk bagus dan selamat untuk anak-anak kecil. Kenapa me tak jual? Ye la, serasi dengan Farhah dan diri sendiri. Ini merupakan produk muslim.

Me pernah cuba makan supplement, tapi tak cukup disiplin. Mungkin sebab tu kurang berkesan. Makan ikut suka. Kalau ingat, baru makan. Mungkin sebab tu juga, gula-gula ni sesuai dgn me. Boleh makan bila suka. Takde pantang larang.

Serius! Semua ni pengalaman sendiri. Tak ada nak tipu-tipu. Bukan semata-mata untuk jual produk.

SRASEE ada 7 produk, boleh refer senarai produk.


--------------------
*** Harga?? Hanya RM9.50/botol (50 biji).

No comments:

Post a Comment

•♥•♥•♥•♥•♥• Thank You •♥•♥•♥•♥•♥•