Thursday 31 December 2009

Masih belum kesampaian

Impian nak tengok citer AVATAR dan SHERLOCK HOLMES masih belum kesampaian.. Nak buat online booking kat GSC, tak boleh la pulak.. Bila pegi beli kat kaunter, tinggal seat depan je.. Tak kuasa nak mendongak dan tengok gambar yang sebesar dinding tu... Nak tgk kat MBO Seremban 2, macam jauh sangat la pulak.. Tapi memang best tgk kat sana. Hurm, tengok la macam mana nanti.. Kalau tak dapat juga nak tengok, beli dvd je la nanti.. Takpun, download je... Huhuh~

[Poster: Avatar]


 
[Poster: Sherlock Holmes]


Year.End.Sale dah nak sampai ke penghujung... Me tak shopping pape pun.. Cuma masa birthday Encik, dia belikan me handbag baru. Sangat suka sbb me dah lama tak beli handbag. Me ada keinginan untuk shopping this weekend.. Tapi tengok keadaan kewangan semasa la jugak kan...

Tak banyak perkara menarik berlaku sejak kebelakangan ini. Cuma p holiday dengan family + celebrate birthday Encik... Yang lain, biasa-biasa sahaja.

Me harap tahun 2010 akan menjadi tahun untuk me lebih berjaya dalam hidup. Mungkin dapat kerja baru yang lebih sesuai dengan me. Mungkin memulakan hidup berdua. Segalanya mungkin...~

[Upside-Down]


--------------------
*** Harini lutut kiri masih lebam sbb hebat sangat main badminton sampai sliding ala-ala Datuk Nurul Farahida Lee Chong Wei. Ni semua sebab ada orang suka buli me... *dush! *dush!

Trivia Day 3...

The question for today:

:( There is no question for today... But I have something else for you ppl...

Do you know the origin of the sentence "Good night, sleep tight"??

In Shakespeare's time, mattresses were secured on bed frames by ropes. When you pulled on the ropes the mattress tightened, making the bed firmer to sleep on. Hence the phrase......... "goodnight, sleep tight."

 
[Picture: Thanks to Mr Google..]


--------------------
*** I'll try to give you another question in the next TRIVIA entry occay~

Thursday 24 December 2009

Trivia Day 2...


The question for today:

What is the only food that doesn't spoil?

 
[Picture: Thanks to Mr Google..]


--------------------
*** Hahah.. Maybe some of you already know the answer..

Friday 18 December 2009

Bila menang, dipuji.. Bila kalah???

Adat la kan... Manusia memang suka mencari kelemahan dan kesalahan orang lain.. Tapi kenapa jadi macam tu ye? Fikir....~

Sebab manusia ada hati dan perasaan. Betul tak?

[Picture: Thanks to Mr Google...]


Dari mana datangnya perasaan sayang? Dari mana datangnya perasaan dengki? Dari mana datangnya busuk hati? Dari mana datangnya dendam? Dari mana datangnya segala perasaan yang baik atau sebaliknya???

Petang tadi pasukan bola sepak Malaysia menang pingat EMAS di Sukan Sea 2009 setelah 20 tahun tak menang.. Nasib baik diorang menang.. Kalau diorang kalah, cuba bayangkan apa tajuk utama dalam surat khabar esok??

[PEMAIN bola sepak negara meraikan kemenangan setelah mengalahkan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium National Laos - Berita Harian]


Bila menang dipuji, bila kalah digigit dikeji...

TAPI...................

Yang baik, jarang dipuji... Yang salah itu memang dah sah-sah selalu dikeji... Sangat sukar untuk menerima pujian jika melakukan perkara yang baik. Tetapi jika tersilap atau tersalah buat, terus jadi bahan umpatan... Setahun diungkitnya kesilapan tu..

Walaubagaimanapun, bukan semua individu berkelakuan sebegitu..

Remember!!! Life here on earth is like a wheel. Sometimes you’re up, sometimes you’re down. When you’re up, that’s good and well. But when you’re down, you must be prepared. Let us not forget that our life is like a wheel. Coz there are no certainties here on earth. So if you are rich now, you have to take care. You might fall down and hurt yourself. But if you are poor, sick, or in too much pain. Remember that there is a God whom you can call on. Life is like a wheel, don’t you forget that.


[Sooner or later, it always come around to where you started again.]


--------------------
*** Believe it or not?!? Ni bukan Ripley's Believe It or Not!, tau...

Thursday 17 December 2009

Trivia Day...

Wikipedia 
Trivia (singular: trivium): useless information that you will never need.

Oxford Dictionary
Trivia: unimportant things, details or pieces of information.

=====@=====@===== v(^o^)v =====@=====@=====

The question for today :

If you were to spell out numbers, how far would you have to go until you would find the letter "A"?

 [Picture: Thanks to Mr Google..]

--------------------
*** Maybe you'll need a lot of paper to write it on / to spell it one by one.. Give me the answer!

Saturday 12 December 2009

Kenapa bila lapar, kena makan?

Kenapa bila lapar, kita tak nangis ke.. Tak p mandi ke.. Tak p tgk tv ke.. Bila lapar je, kena p cari makanan untuk dimakan. Takde benda lain ke boleh buat untuk hilangkan lapar???

Lapar = Makan... Tapi me ada habit baru..

Bila lapar je, p TIDUR... Heheh...

Sebab stok makanan dah habis. Nak masak, periuk + kuali sudah disembunyikan oleh individu tak bertanggungjawab. Cess!!

Ni tengah geram ni, sebab me LAPAR!!!


[Saya sedang marah!!!]

 
--------------------
*** Tengah berfikir nak buat apa.. Kuar p makan? Buat tak tahu je?

Friday 11 December 2009

Kenapa bila dah dapat, mudah bosan?

Betul tak statement me tu? Sebelum dapat, bukan main bersemangat lagi kan. Tapi bila benda dah ada depan mata, bosan pula... Huhuh~

Me tak fokus topik ni dalam perhubungan sahaja. Untuk tontonan umum (U), tiada pengkhususan.. (",)

Contoh paling mudah, me sendiri.. Sebelum ada blog, nak ada blog.. Bila dah ada blog, pada mulanya sangat la rajin meng'update'.. Tapi cuba tengok sekarang... Dah nak 2 minggu dah dalam bulan Disember ni, me baru post entri yang ke-2. Heheh~

Mungkin sebab me takde buat sebarang aktiviti yang boleh me buat novel dalam blog me ni kan... Kasihannya tiada aktiviti... Dah dah, tak payah la nak kesian... Saya tidak perlukan simpati anda semua.. Hahah~

Aritu kan me ada cakap me nak pegi kenduri kazen kan.. Tp me tak update gambar.. Meh la me tepek sekeping ye... Tapi sekeping yang mempunyai berkeping-keping gambar... v(^o^)v

[Wedding Adda: Kazen sebelah abah...]


Sejak akhir-akhir ni banyak juga la kenduri kawan-kawan yg me tak dapat attend. Sedih tau. Bukan sengaja taknak datang, tapi terhalang dek kesibukan yang tak berapa nak sibuk tapi tetap menghalang me dari menghadiri sebarang majlis...

Dah agak lama tak tengok wayang... Rasa macam nak sangat tengok. Dah la tengah banyak muvie best.. Sabar-sabar...~ Haritu me timbang berat, taktau la mesin tu rosak ke me yang rosak.. Hahaha... Berat me dah mencecah angka baru la.. Angka yang tak pernah wujud dalam senarai berat badan me sejak dilahirkan... Me dilahirkan dengan berat badan sebanyak 3.6kg.. Paling berat dalam adik-beradik me tau.. 


--------------------
*** Okay la, me stop dulu ye.. Tengah basuh baju sebenarnya.. Dah setel da sebab washing machine dah berhenti berputar... v(^o^)v

Sunday 6 December 2009

Demam...

Demam yang melanda ni bukan demam biasa.. Tapi demam FIFA World Cup.. Heheh.. Ni semua gara-gara World Cup 2010 punya undian penentuan kumpulan semalam.

[Logo rasmi World Cup 2010]


Pada me yang nampak agak sengit ialah kumpulan G. Maybe we can call it as Group of Death... Dalam kumpulan G ada Brazil + North Korea + Ivory Coast + Portugal... 

So, here me paste World Cup 2010 punye group yang me dapat dari Soccernet.


[World Cup 2010 Draw]


Me sokong pasukan __________________... Surprise. Tunggu la 11 June 2010, baru la me boleh bgtau.. Heheh~

Tapi sayang la Russia takde.. Tak dapat nak tengok aksi Andrei Arshavin, Yuri Zhirkov & Roman Pavlyuchenko...


--------------------
*** Sedang kesakitan perut~

Monday 30 November 2009

Tak Kisahlah Apa Orang Nak Kata

Gembira. Gembira. Gembira. Tak sia-sia tengok match ni kat Bravos.. Berbaloi-baloi bak kata iklan Celcom yang amat me tak suka... Huhuh... Malas nak banyak citer... Layan je gambar yang telah di Google dan di copy & paste kat bawah:-

 
[Arsenal vs Chelsea at the Emirates]



[Still Got The Blues~]


  
[Didier Drogba of Chelsea scores the opening goal]


 

[Thomas Vermaelen of Arsenal scores an own goal for Chelsea's second]


--------------------
*** Bengang dengan budak meja sebelah... Bukan sbb dia sokong Arsenal, tapi sbb dia POYO tahap paling poyo la. Semua nama player yg bawak bola dia nak sebut.. Buat ulasan sendiri. Terjerit-jerit tanpa sebab.. Dasar ____________!!!

Indahnya Beraya di Desa

This year, kami sambut Aidiladha kat rumah Andak di Ampang... Sbb WAN ada kat sana.. Bak kata ibu, "Kat mana ada WAN, kat situ kami hinggap. Macam semut cari gula..".

Tahun ni meriah jugak la, walaupun kami takde baju baru.. Guna baju Aidilfitri je..

[Jumaat: 27 November 2009]
Kami beraya ke rumah Kakak Mak Andak kat Klang.. Nama spesifik tempat tu telah hilang dari memori la.. Huhuh.. 1st time pegi rumah tu...


[Bila Ibu & Abah jumpe mainan...]

Pastu, menjelang tengahari kami ke rumah sepupu Ibu & Pak Andak.. Kat area Klang gak.. Nama spesifik tempat tu pun dah lupa.. Heheh.. Me banyak makan semut kot.. Kaum perempuan sampai2 je terus makan, yg lelaki p solat Jumaat...

Petang skit, dalam pkol 3 kami meneruskan ekspedisi beraya ke rumah Pak Uda di Taman Melawati.. Heheh.. Makanan yg dihidangkan memang MALATOPss la.. Makan tak hengat dunia. Rendang ayam sedap.. Kuah kacang pun sedap.. Kek yang Yani buat juga sedap..


[Si Bulu yg gemok!!!]

Menjelang maghrib, baru la kami balik semula ke rumah Andak..


[Sabtu: 28 November 2009]
Pagi yg tak berapa nak pagi, kami beraya ke rumah sepupu Ibu & Pak Andak kat Langat.. Kat taman apa ek, lupa jugak.. Har har har.. Kami tak dihidangkan dengan ketupat rendang, tapi PASTA.. Nyum nyum nyum... Sedap giler la.. Sehingga menjilat jari kaki.. Serius sedap~ Nasib baik dia memang dah masak banyak giler sebab tau kami memang kuat makan...

Petang, kami ke Banting... Ada kenduri kat Kathong, rumah sepupu Ibu & Pak Andak.. Dalam perjalanan ke Banting (rumah wan chik), kami singgah minum petang.. Me makan lempeng.. Perghh~ Lempeng kedai tu memang sedap + besar.. Me makan dua keping. Heheh.. Semua orang da abis makan,  me je yang tak habis-habis makan... Lempeng tu makan dengan sambal tumis.. Sedap.. Taktau naper lempeng tu rase sedap sangat.. Lempeng kelapa~

Kami sampai kat rumah Wan Chik dalam pkol 6 lebih.. Rehat-rehat.. Mandi.. Solat.. Bersiap ke rumah pengantin kat Kathong.. Meriah sungguh majlis tu... Malam pkol 10.30, kami balik semula ke rumah Pak Andak..


[Kenduri kat Kathong..]

Sampai-sampai je terus tgk match ManU vs Portsmouth.. Banyaknya encik pengadil bagi penalti.. Cehh~


[Ahad:29 November 2009]
Dah tak beraya ke mana-mana.. Dalam pkol 11 parents me & bala tenteranya dah balik ke Kota Tinggi.. Tinggal la me sendiri.. Diorang balik, me pun balik ke rumah sewa... Sedih. Sedih. Sedih.

Tamat.


--------------------
*** Dah dok rumah sewa, tiada lagi lambakan makanan seperti 2-3 hari lepas.. Kurus semula.. (",)

Wednesday 25 November 2009

Tak sedap.. Bluekk.

Ahai, dah 5 hari me tak post pape kat blog cabuk ni... 

21st Nov, kazen nikah.. Sebelum balik Mersing, p amik adik kat airport Senai dulu.. Pastu baru la berLIMA balik Mersing. Ibu abah dah balik dulu ngn keta me. So, me kena bawak WISH (sebab barang adik banyak sgt, tak muat naik keta me).. Da lama tak bawak WISH, best gak merempit di malam hari.. Huhuh~ 

22nd Nov, majlis bersanding... Pastu petang dalam pkol 6.30 trus gerak balik Seri Kembangan smula... Ngantuks~

Ni nak citer ni, petang tadi me p try masak nasi goreng kampung dengan perencah segera cap ADABI.. Tak sedap!!! Huwaaa.. Ingatkan dapatlah rasa macam yang Encik tu selalu masak... Kaciwa!!! Kaciwa!!! Jauh panggang dari api.. Cess. Memang tak sedap langsung la me masak nasi goreng kampung tu. nak amik gambar pun tak lalu.. Hahah. Bayangkan la tahap tak sedapnye tu...


[Kononnya nak masak mcm ni, tp jadi lain...]


--------------------
*** Tadi dah call Encik, ngadu masak tak sedap.. Encik da bagi resepi dia.. Esok nak try la... Tak sabar tunggu esok petang... Tq~

Friday 20 November 2009

Saya yang bermasalah

I've always had a problem to defecate...

According to the Mayo Clinic, the healthy rate of normal defecation is one bowel movement per day, less or more frequent movements probably indicate an unhealthy condition, such as lack of fiber or toxic constipation.

Makan. Makan. Makan... Tapi tak buang! Perut ni macam nak meletup dah... Dulu makan prune, okay la jap.. Pastu jadi balik..

Ada orang kata sbb kurang minum air, tp me da minum banyak da.. Tak buang jugak... Last-last aritu (berbulan-bulan yg lepas), me and Encik p Guardian, nampak satu produk ni, teh herba. Tetiba tingat plak nak cari FaberMax, puas cari, tapi takde... So, kami try la satu produk teh herba tu...

[NH Detoxlim: Natural Clenx Tea]


Me tak minum teh tu setiap hari, sbb me bukan nak kurus.. Kalau me banyak makan, baru la me minum... Seperti diduga, teh ni akan membuatkan anda membuang sehingga ke titisan terakhir.. Hahah... Macam berperang~

Occay, topic closed~

Cerita terbaru, me dan Encik sekarang suka makan CalciYum.. Konon-konon bleh buat kami lebih tinggi la ni... BEST!!! Kitorg dah try perisa vanilla, grape, manggo and strawberry... Latest update, kami dah cuba CalciYum berperisa baru iaitu ChocoBerry... Me suka perisa VANILLA.. Sangat sedap..

[2x Kalsium dari susu dalam setiap gram..]
Bukan ayat me, ayat dalam iklan k...

Mungkin sebab baca entri me yg me citer pasal Roller Coaster tu kan, Encik terasa hati... Terus dia bawak me p beli Roller Coaster, walaupun me kata stok kat rumah ada lagi.. Heheh.. Thanks Encik.. Dia belikan Roller Coaster perisa baru tu (takde la baru sangat, cuma me yang tak pernah cuba).. Rujuk entri Roller Coaster yg dimaksudkan penulis: klik sini~

[Roller Coaster: Samurai Curry & Ninja Hot Plate]

--------------------
*** Nak balik kampung.. Cousin me kawen...

Thursday 19 November 2009

According To You by Orianthi

According to you
I’m stupid,
I’m useless,
I can’t do anything right.
According to you
I’m difficult,
Hard to please,
Forever changing my mind.
I’m a mess in a dress,
Can’t show up on time,
Even if it would save my life.
According to you. According to you.

But according to him
I’m beautiful, 
Incredible,
He can’t get me out of his head.
According to him
I’m funny,
Irresistible,
Everything he ever wanted.
Everything is opposite,
I don’t feel like stopping it,
So baby tell me what I got to lose.
He’s into me for everything I’m not,
According to you.

According to you
I’m boring,
I’m moody,
You can’t take me any place.
According to you
I suck at telling jokes cause I always give it away.
I’m the girl with the worst attention span;
You’re the boy who puts up with it.
According to you. According to you.

But according to him
I’m beautiful,
Incredible,
He can’t get me out of his head.
According to him
I’m funny,
Irresistible,
Everything he ever wanted.
Everything is opposite,
I don’t feel like stopping it,
So baby tell me what I got to lose.
He’s into me for everything I’m not,
According to you.

I need to feel appreciated,
Like I’m not hated. oh no
Why can’t you see me through his eyes?
It’s too bad you’re making me dizz-ay

According to me
You’re stupid,
You’re useless,
You can’t do anything right.
But according to him
I’m beautiful,
Incredible,
He can’t get me out of his head.
According to him
I’m funny,
Irresistible,
Everything he ever wanted.
Everything is opposite,
I don’t feel like stopping it,
Baby tell me what I got to lose.
He’s into me for everything I’m not,
According to you.
According to you.

According to you
I’m stupid,
I’m useless,
I can’t do anything right




Owh, sebelum terlupa... U can watch her video clip at You Tube...
- Orianthi : According To You -


--------------------
*** I'm so so so into this song~ Suka suka suka... v(^o^)v Ada kisah disebalik lagu ni ke? Whatever it is, me sangat suka lagu ni~ wink wink wink... (*-*)  

Wednesday 18 November 2009

Hunny Madu @ Fly fm


Gile best la dengar Fly fm malam ni.. HunnyMadu accompanied by Jehan Miskin until 10.30pm, if I'm not mistaken la kan... Sangat kewl.. Jehan sporting! Tak sangka plak Jehan sangat sporting to do the Nobody dance... Hahah~

Lepas Jehan balik, diganti dengan Qi. Qi ni hero Blogger Boy... Me tak penah tengok pun citer tu.. Me tau pasal Qi ni pun sbb me penah tengok rancangan Destinasi Bajet... Dialah host rancangan tu.. Time tu dia guna nama Qusyairi Razali.

Me prefer Jehan.. Qi ni macam ntahpape je... Cakap pun macam nak taknak je.. Huish~


[@Fly FM with HunnyMadu]


Trus takde mood nak dengar radio. Gangguan btol la mamat nih... Sampaikan Hunny pun jadi takde idea nak cakap apa... Cess~ 


--------------------
*** Sing with me y'all... And you can see my heart beating. You can see it through my chest. And I'm terrified but I'm not leaving. Know that I must pass this test. So just pull the trigger. - Russian Roulette

Tuesday 17 November 2009

Kerana Lapar

Petang tadi p Jusco yg dekat dgn umah me ni.. Kecik je Jusco ni, boring je~ Tapi takpe la, me datang bukan nak shopping baju ke hape ke.. Cuma nak beli barang dapur je... Ececece... Macam rajin masak je bunyinya kan... (",)

[Hasil tangkapan yg tak seberapa..]


Tu hanya sebahagian dari barang-barang yg me beli tadi.. Tak kuasa plak nak kumpul sumer barang tu semata-mata untuk snap pixxies... Hahah~

Roller Coaster tu mmg favourite me kalau p shopping makanan sesorang. Kalau dgn Encik tu, takde plak beli. Beli makanan favourite dia je "DAHFA"... Cuba perhatikan tin sardin tu... Bukan Ayam Brand ok, cap JUSCO tu... Saje je try.. Ada dua jenis, satu ikan markarel & satu lagi ikan sardin. Haritu da try ikan markarel, arini try ikan sardin plak. Tadi da masak, me prefer ikan sardin..

Maggi Goreng Mamee Slrppp tu penting.. Untuk kegunaan ketika terdesak (sgt lapar tp malas masak).. (",) Tidak ketinggalan epal hijau.. Tadi cari Royal Gala, tapi takde plak.. So, capai je la mana yg ada...

Ha, sebelum terlupa biskut Hup Seng tu sangat seswai dijadikan makanan ringan ketika tgh surf tenet.. Me suka cap Hup Seng je.. Brand adik-beradik dia yg lain mcm Hwa Tai ke, me tak suka. Tak sedap! 


--------------------
*** Burb~ Alhamdulillah, sudah kenyang... v(^o^)v

Monday 16 November 2009

Penceritaan yang tergendala

Cerita me terbantut dek entry me yg ilang ketika dipublish.. Sebenarnya dalam entry yg ilang tu, me citer pasal produk penyahtoksin yg me guna...

Me guna Kinohimitsu - Health Pad

Sebenarnya dah lama me guna produk ni, tapi dah lama juga tak guna.. Ada faham ke kawan-kawan? Heheh.. (",)

These unique pads draw out and expel unnecessary toxins from the body, thus making the body feel stronger and more energetic after use. Macam hebat kan.. Memang hebat.. Heheh.. Macam iklan je..

Biasenya me akan tampal pad tu kat tapak kaki sebelum tidur. Sebelum me tampal pad tu, me akan bersihkan tapak kaki dengan Kinohimitsu - Exfoliating Foot Wipes. It will gently removes dean skin cells and foot odour. Enriched with wood vinegar & eucalyptus oil.

[Kinohimitsu: Health Pad & Exfoliating Foot Wipes]

Dan hasilnya memang la ---------------> YUCK! Kotor~ Tapi makin lama guna, makin bersih pad tu.. Nak menunjukkan toksin dalam badan kita sudah berkurangan la tu.

[Hasil: Kotor dan berlendir..]

--------------------
*** Me beli twin pack aritu dapat la Kinohimitsu - J'pan D'Tox Juice secara percuma. Walaupun KATAnya "It is a tasty fruit drink with Plum flavour", tapi ianya tak seindah diduga. Manis yang pahit... Tak sesedap Brands Inner Shine - Pati Prune.. v(^o^)v

Sunday 15 November 2009

Sengal lagi menyengalkan.

Sakit hati... Dah berjela taip, bila publish je, HILANG!!! Sengal.. Dasar %&^$#@...

Terus takde mood nak taip. Nanti la bila mood dah pulih, akan me taip semula semua benda yg me citer td...


--------------------
*** Geramnye la~

Saturday 14 November 2009

Ceritera tahun 2012

Siapa sudah menonton filem ini, sila angkat kening !! (",)


[2012: Posters]


2012 is an action film-disaster film based loosely on the 2012 phenomenon and directed by Roland Emmerich. Pelakon yg terlibat dalam movie ni ialah John Cusack, Amanda Peet, Danny Glover, Thandie Newton, Oliver Platt, Chiwetel Ejiofor, and Woody Harrelson. Kenal ke? Kalau tak kenal pun takpe... Takde masalah, bleh cari di Google[dot]com occay~

Encik Roland Emmerich ni memang suka terlibat (sbg director / producer / writter) dengan cerita-cerita yang mengarut ni...



Contohnya:-

  • 10,000 BC
  • The Day After Tomorrow
  • Das Arche Noah Prinzip (a.k.a The Noah's Ark Principle)
*sekadar menyebut beberapa cerita...

Cerita ni memang mengarut.. Tapi still p tgk juga kan... Maybe sebab semangat ingin tahu tu terlalu menebal...

Ia bermula apabila seorang scientist ni discovered that suhu bumi meningkat dengan mendadak after a huge solar flare erupts on the sun. Lepas tu mula la kajian secara besar-besaran dilakukan... Diorang start buat bahtera yang harga tiketnya 1 billion euro per person. GILA!!! Tapi semua ni dirahsiakan dari rakyat di seluruh dunia kecuali mereka-mereka yang punya pangkat yg tinggi dan duit yg bertimbun-timbun...

Efek-efek dalam citer ni ada juga yang nampak sangat la tak realistik. Tapi, masih boleh dikategorikan sebagai hebat... Budget pun bukan sikit-sikit, mencecah $200 million occay! Kalau nak tahu lebih detail, bleh la p baca kat ~ 2012 Movie ~


[2012: Bencana Alam]



[2012:Jackson Curtis menyelamatkan ahli keluarga]


Walaupun cerita ni merapu, tapi timbul sedikit kesedaran di hati me... Ye la, bumi sudah semakin tua.. Macam-macam peristiwa dah berlaku yang menunjukkan kita berada di akhir zaman.


INSAF~


--------------------

*** Meremang-remang bulu roma tengok kemusnahan alam... Ya Allah, berilah kami petunjuk agar kami sentiasa berada di landasan yang diredhai~

Cont... Mengisi perut, mencuci mata

Sambungan dari ~ Mengisi perut, mencuci mata ~ 


Occay.. Jom sambung~

Awal lagi kalau nak terus balik rumah, tak sampai pkol 10 pm lg ni... Apalagi...

'ka-ching!' 'ka-ching!' 'ka-ching!'


[Masjid Besi: apa nama masjid ni sebenarnya???]



Hahaha... Tu la activity yg paling best (selain makan occay!) yang boleh dibuat bila takde keja... 


--------------------
*** Nak tengok lagi? Sila tgk kat facebook ye...

Friday 13 November 2009

Mengisi perut, mencuci mata

@Alamanda, Putrajaya...

Plan: buy muvie tickets, dinner at Secret Recipe (craving for cheesecake) & menonton wayang. Unlucky, while waiting in queue to buy tix, they announce "Tiket untuk cerita 2012 jam 12.30 mlm, hanya tinggal seat berasingan. Untuk jam 1 pagi, hanya tinggal dua baris hadapan sahaja". What???!! :-( Dari penuh sesak dengan manusia, terus lengang.. Kosong.. Tau la me, rupa-rupanya yg reramai queue tu sumer nak tgk muvie 2012 tu... Hebat juga penangan citer ni. Tp sebenarnya kalau my other half tak citer, me taktau pun pasal citer ni.. Kasihan~

So, no muvie... Huwaaa.. Tp takpe, me bukan la tahap tingin sgt nak tgk muvie tu.. Sesaja je isi masa lapang. 

Yeay~ Masa untuk M.A.K.A.N !!!

Menu: Spaghetti Meatball + Oreo Cheese cake + Appletiser.

[Spaghetti Meatball]


[Oreo Cheese Cake]


[Appletiser]


Dah kenyang, p usha kasut untuk my other half plak.. Maklumlah kasut dia da kena rampok dengan perampok yang sengal masa bulan Ramadhan aritu... Tapi takde yang berkenan.. Haritu dah jumpa yg berkenan dihati tapi takde saiz, kena tempah la plak dulu... Tak kuase~

Jom balik~ Banyak kedai da tutup la... Booooooooring...


-------------------
*** Ada aktiviti lagi sebelum balik ke rumah... To be continue~

Thursday 12 November 2009

Suatu hari pada minggu yg dah lepas

Selepas selesai my other half solat Jumaat, he fetched me and we went to MidValley... 1st thing yg KAMI buat bila sampai ialah tgk muvie apa yg best nak tengok. Errr.. Apa ni? Sumer pun mcm tak berapa nak minat je. Me dun like Megan Fox. So, say no to *Jennifer's Body* occay... tik tok tik tok... Thinkin'....... until "Hey, kita tgk Phobia 2 la..."

Worait bebeh... Phobia 2 for two, ok... Wow, panggung penuh... Tinggal seat baris depan je + sepasang couple seat.. We chose couple seat, takpe la walaupun we need to pay extra...



[Phobia 2: I loike character mamat speckie tu..]



[Phobia 2: Ni kira hero & heroin for each part..]




Ada 5 citer berbeza dlm muvie ni...

  • Pasal sorg bdk ni yg phobia lepas dia secara tak sengaja terbunuh bapak dia sendiri.
  • Pasal sorg lelaki yg terpaksa dok kat hospital lepas operation kat bhgn kaki. Pastu dia di tempatkan sebilik dengan seorang lelaki tua yg koma. Part ni seram ada, kelakar pun ada..
  • Pasal penyeludupan dadah. Lelaki tu seludup dadah dgn cara soh orang yg dia tangkap telan dadah yg org jahat ni dah packing kecik-kecik. Pastu dadah tu pecah dalam perut mangsa-mangsa tu.. Then, mangsa-mangsa tu jadi zombie.
  • Pasal seorang wanita yg mengusahakan perniagaan menjual kereta terpakai. Tp pempuan tu tipu customer dia. Sebenarnye kereta yg dia jual tu semuanya kereta yang terlibat dengan kemalangan (termasuk la kemalangan maut).. Kereta berhantu..
  • Yang ni me paling suka. Dalam part yg terakhir ni diorg tengah berlakon sebuah cerita hantu. Dunnoe how to explain this part. Tp yg penting, memang best~

Phobia 2 ni ok. Part 1 until 4 tu, panggung senyap je... Tiba-tiba jerit... Senyap-Jerit-Senyap-Jerit...

Tapi bila masuk part yg ke-5 (terakhir) panggung jadi kecoh... Ketawa sampai kuar air mata la... Sampai lupa yang kitorg sebenarnye tgh tgk citer seram... BEST!


--------------------
*** Sampai citer dah habis pun penonton-penonton lain tak abes ketawa lagi bila terbayang part akhir tu...~ (",)

Monday 9 November 2009

Bukan setakat mendung, tp dah HUJAN

Sejuk... Sangat indah suasana ini bagi seseorang yang ingin menyambung tidur...

Hati me pun turut dilanda mendung...Kelabu asap je...~

Apa nak buat ni ye? Gimme idea...

Bilik sudah dikemas + toilet sudah dicuci + baju sudah dibasuh... Nak makan takde selera.. Ish, biar betol... Me takde selera makan??? Ke sebab malas nak cari makanan untuk dimakan? Hah, lebih kurang la tu.

Terpandang plak kat koleksi komik dalam bilik ni.. Apalagi, kasi snap pixxies sket...




[Sin Chan & Pakar Judo]
Tak lengkap sbb ada yg kat kampung.. 


My oyher half suka kumpul komik... Dalam banyak-banyak komik yg dia beli & baca, yang me layan cuma Sin Chan dan Pakar Judo.. Oleh yg demikian, komik-komik ni je yang me yang simpan... Selain suka kumpul komik, banyak jugak magazines yang dia beli.. Lenkali me snap pix mag plak ye.. Mags me tak susun sbb tiada ruang... Ada mag Chip, PC, Initial D & Digital Camera...

Nak citer pasal apa lagi ye???

Ahha, last month McD ada buat promotion Contour Glass Meal... There are seven glasses and we can get it FREE just by buying any large McValue Meal with a sundae. Tiada niat dihati untuk kumpul... Tapi disebabkan me TERpaksa p makan kat McD, alang-alang tu me collect la kan... Tp malangnya, me tak dapat color Purple and Sparkly Clear... Sedih giler.. Jadi, barangsiapa yang baik hati ada glass ni yg berwarna purple and sparkly clear, bleh la bagi me, occay....




[Contour Glass McD]
Tak lengkap.. Huwaa.. Tak dpt nak collect purple & sparkly clear...


--------------------
*** Me tengah makan dark chocolate with almonds...

B.O.L.A

Semalam tgk match Negeri Sembilan vs Kelantan.. Bukan tgk kat stadium pon, tgk kat tv je.. Tu pun tgk sket je sbb sblm tu kuar p dinner.. Bleh plak kedai tu pasang tv utk tukang masak je.. Kitorg yg makan ni, takde tv nak tengok.. Cess punye kedai.. Diorg kat dapur sorak bagai, kitorg yg makan ni diam je la (sambil dgr diorg menjerit)... Hangin je...

Best jugak tgk match ni... TAPI~ Tgk je la gambar bawah ni, mesti da tau keadaan stadium masa tu kan.. Tu yg tak best... Malas nak komen pepanjang... Sigh(-_-)




[Piala Malaysia 2009:Kelantan vs Negeri Sembilan]
Negeri Sembilan WON (3-1)



Chelsea vs Manchester United...



Disebabkan umah ni takde ASTRO, terpakse la me p cari kedai nak layan match ni. Da senaraikan macam-macam kedai dlm otak ni... Tinggal nak pilih  je...

Tetiba lebih kurang pkol 5.30pm, my other half call kata otw ke rumah me.. Dia datang semata-mata nak teman me tgk match ni kat BRAVOs... Dia tak sampai hati nak biar me layan bola sesorang.. Thanx encik...

Dia sokong M.U, me sokong Pasukan BIRU... Dok kat Bravos seawal pkol 10.45pm walaupun match sebenarnya start pkol 12.00am sbb takut penuh..


BERBALOI-BALOI...~


Yeay!!! Chelsea won... Manchester United lost... v(^o^)v



[Chelsea vs Man United: 1-0] 
Scorer and creator: John Terry and Frank Lampard celebrate~



Tapi referee malam ni agak mengecewakan... Tak paham btol la tgk ref tu.. Apa sebenarnya yang dia cuba lakukan... Sakiiit hati tgk ref tu.. Sungguh!


More info:-

click there --> Chelsea 1-0 Man United: Terry heads winner 

and there --> Fergie unhappy with ref after Chelsea defeat
  
and there too --> Chelsea have the edge in title battle



--------------------
*** Bila la dapat tgk match Chelsea live kat Stamford Bridge..?

Thursday 5 November 2009

Update, upgrade, up......

Tadaaaa... Me da setel tukar template blog ni.. Mula-mula cuma nak tukar dari 2 column ke 3 column je.. Da setel da.. Pastu tangan ni dok gatai search template... Pas setel tukar template, cari plak widget-widget or pape application yg seswai nak d tepek kat blog me ni. Jadi, apa yang korang tengok skang ni, tu la hasilnya yg tak seberapa...



[Template asal blog me: Thisaway Rose]


-------------------- 
*** Me tengah lapar ni... Yeay! Esok my other half, CUTI~