Wednesday 17 March 2010

Berita duka lagi.

Harini, me dapat berita sedih lagi.. Seorang lagi kawan me kehilangan tunang tersayang kerana terlibat dlm kemalangan maut. Takziah buat Hana & keluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan Allah..


--------------------
*** Lidah kelu untuk berkata-kata..

Saturday 13 March 2010

Takziah...

Tghari tadi bukak facebook, tgk wall penuh dgn ucapan takziah... Tanya la member2, kenapa. Apa citer.

Takziah untuk Salinda di atas pemergian tunangnya yang terlibat dalam sebuah kemalangan  maut (info ni pun dapat dr kawan je)...

Ya Allah, berilah kekuatan kepada sahabatku dan ahli keluarganya. Semoga arwah di tempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. InsyaAllah.


--------------------
*** Hari ni sangat sedih tiap kali buka wall facebook... Sepatutnya majlis mereka akan dilangsungkan pada Jun 2010 ni.. Kebetulan pula, kejadian berlaku pada ulang tahun kelahiran arwah yg ke-26 tahun (12 Mac 2010).

Monday 1 March 2010

Februari yang .........

Harini dah masuk bulan Mac. Maknanya bulan lepas me cuma update dua story je kan. Hahah. Teruknya la saya ni..

Occay, meh me update story utk Februari 2010..

  1. Me design kad kawen. Buat yg simple-simple je. Dah siap design, tinggal nak buat map je. Abah pesan, buat map tu biar simple. Mudah org nak paham.
  2. P kenduri kawen sepupu ibu punye anak kat Kampung Baru. Erm, me punya dua pupu la ye?? Ye la kot. Konfius jap... Pastu ibu abah ajak p Nilai 3. Andak + mak Andak + Nana pun join. Beli tikar kayu yg chantek. Pastu p beli bunga telur utk me & barang2 untuk Nadia tunang. Pastu p makan kat Restoran BBN.
  3. Me p beli barang-barang utk buat hantaran. Maklumlah, semuanya me buat sendiri. Handmade ye tuan-tuan & puan-puan. Pegi beli sorang2, last2 taktau nak decide.. Hahah. Ntahpape je. Tapi agak jimat juga la me berbelanja. Oh ye, me beli souvenir skali utk tetamu. So, setel tentang hiasan hantaran + souvenir.
  4. Bila dah ada barang-barang, skang buat deco hantaran plak. Nak fikir idea je dah makan masa satu hari. Ye ke? Tak sampai kot. Ada la sejam dua je rasanya. Test buat untuk 1 hantaran dulu, mintak pendapat housemate, diorang kata cantek. Taktau la, diorang nak amik hati me je ke, or memang btol2 cantek.. Huhuhu.. Memang chantek la rasanya... ;p
  5. Disebabkan 3 individu dalam rumah sewa ni akan berkahwin pada tarikh yg sama, so memang kecoh la rumah ni. Semua sibuk buat preparation masing-masing. Me tukang bagi idea (sbb diorang kata idea aku menarik). Ngahaha~ Hnsssssss. Hnsssssss.
  6. Hari Khamis (25 Feb 2010), ibu call bgtau nenek saudara me yg kat Banting meninggal dunia lebih kurang jam 4 ptg, kalau tak silap la. Innalilah~ Me p Banting on the next day.
  7. Sabtu (27 Feb 2010), me and Fuad p JB lawat pakcik me. Ibu abah & adik2 me gerak lewat sikit dr Banting. Pakcik me tak berapa sihat. Memula ada batu dalam hempedu. Dah vakum keluar. Pastu pankreas plak bengkak. Hati ada nanah. Semalam (28 Feb 2010), doktor kata nak operate tgk organ mana lagi yg ada nanah sbb nanah yg diorg kuarkan dari hati tu terlalu sikit berbanding masa diorang scan. Lagipun, doktor pakar kata diorg nak cari punca kenapa pakcik me tak elok lagi lepas buang nanah tu. Lepas kuar ICU, pakcik me demam semula. Ni kena masuk ICU semula. Semalam tgk pakcik me pun, mcm makin lemah je. Kesian tengok dia. Semoga ayah Teh cepat sihat ye~ InsyaAllah...
  8. Celebrate birthday Taufiq yg ke-19 (27 Feb 2010).
  9. Ahad (28 Feb 2010) sebelum p tgk ayah Teh kat hospital, me + Ibu + Abah + Fuad + Nadia p tempah mak andam. Agak lewat kot me tempah mak andam, fully booked tu. Dah penat nak menapak dr satu kedai ke kedai lain. Nasib baik dah setel. Me try baju skali. Memula nak kaler merah, skali kat kedai tu tgk ada 1 kaler ni sangat chantek designnya. Lgpun jarang nampak pengantin buat kaler ni. Ala-ala lain dr yg lain la kononnya.. Heheh.. Pelamin pun setel. Alhamdulillah, dapat pelamin yg me & Fuad suka... =D

 
[Ini bukan pelamin saya.]


 [Ini pun bukan pelamin saya.]


 [Masih bukan pelamin saya.]


--------------------
*** Next mission, balik kg Fuad plak.. Nak tempah pelamin + baju...