Tuesday 11 December 2012

♥02 Resepi: Crème Caramel / Puding Caramel

Dah lama dah sebenarnya me buat crème caramel ni. Biasanya ramai yang panggil sebagai puding caramel. Beberapa bulan yang lepas. Tapi malas tak berkesempatan nak tulis kat blog. Dapat resepi ni dari application yg me beli kat henpon. Me suka hasilnya. Takde rasa / bau hanyir telur.

Caramel:
  • 100g Gula


Crème:
  • 250ml Susu
  • 250ml Krim
  • 1 tsp Esen Vanilla
  • 3 biji Telur
  • 2 biji Telur (kuning telur sahaja)
  • 60g Gula

Cara-caranya:
  1. Panaskan oven 140°C.
  2. Untuk caramel, cairkan gula sehingga perang.
  3. Masukkan caramel ke dalam bekas dan biarkan sejuk.
  4. Untuk crème, pukul telur, kuning telur dan gula.
  5. Panaskan sedikit campuran susu dan krim. Masukkan esen vanilla. Campurkan adunan ni dengan telur tadi sambil kacau perlahan.
  6. Tuang adunan dalam bekas caramel. Bakar dengan menggunakan kaedah bain-marie dengan menggunakan air panas (tuang air panas sehingga separuh bekas adunan).
  7. Bakar dalam oven dengan suhu 140°C selama 20-30 minit / sehingga masak. Kemudian sejukkan dalam fridge.

Bain-marie : Gunakan air panas.


Crème Caramel


--------------------
*** Sumber gambar adalah dari Google kerana tiada gambar diambil ketika kejadian. 

2 comments:

LanaBusyBee said...

tq weh share ni...aku asek buat tak jadi ja...sekali jadi, lupa resepi hahaha

Farah said...

dah cuba belum..?

Post a Comment

•♥•♥•♥•♥•♥• Thank You •♥•♥•♥•♥•♥•