Wednesday, 31 July 2013

WW ♥16 : Indahnya Ciptaan Allah SWT.


Tuesday, 30 July 2013

Halia Pala Mint.

September 2012, Farhah pernah kena tahan wad disebabkan batuk teruk. Lepas buat blood test, doktor kata Farhah dapat jangkitan (kuman) dari batuk orang dewasa. Kena makan antibiotik, ubat demam, ubat batuk, ubat selsema dan 'neb'.

Disember 2012, sekali lagi Farhah kena tahan wad sebab demam dah lebih seminggu beserta batuk. Kali ni kena buat xray. Doktor diagnose Farhah kena pneumonia. Kali ni kena makan antibiotik, ubat demam, ubat batuk, ubat selsema, 'neb' dan buat fisio. Dua kali sedut lendir / kahak. Sedih!!

Bermula la episod Farhah kena makan macam-macam ubat. Doktor suruh makan Singulair setiap malam sebelum tidur. Kalau selsema, kena makan Zyrtec.

Farhah belum DUA tahun pun lagi masa tu, dah kena makan macam-macam ubat.

Sejak Disember 2012, setiap bulan Farhah kena jumpa paed dia untuk follow-up. Setiap kali jumpa, mesti paed dia bekalkan Singulair. Bila me tanya tentang pengambilan Singulair bagi tempoh yang panjang, dia kata ubat tu paling selamat untuk long-term usage. Tiada steroid.

TAPI sebagai ibu, tak sampai hati nak biar anak bergantung pada ubat.

Me terbaca status seorang sahabat di FB, anak dia pun lebih kurang mcm Farhah. Bergantung pada ubat. Tapi sekarang anak dia dah okay. Tak perlu makan ubat. Serius excited nak tahu produk apa dia guna. Sahabat me ni merupakan seorang doktor.

Dia beritahu, dia gantikan ubat-ubat anak dia dengan gula-gula gabungan halia, buah pala dan mint. Dipendekkan cerita, me beli la 4 botol produk Halia, Pala, Mint (HPM) tu dari dia.


[ Ni la rupa HPM tu. ]

Dah hampir dua bulan guna produk ni. Bila ada tanda-tanda nak selsema, me cairkan 3 biji HPM ni dengan air suam, bagi Farhah minum. Alhamdulillah, usaha kali ni diperkenan Allah. Farhah sihat TANPA perlu makan Zyrtec. Tiada lagi nafas berbunyi ketika tidur malam. Farhah pun suka makan HPM ni sampai kena sembunyikan botol ni.

Hujung minggu lepas, kami adik-beradik balik kampung untuk berbuka bersama ibuAbah. Kebetulan anak along selsema, me bagi la anak dia makan sebiji HPM. Lepas tu along tanya, "Mana beli? Mikail dah tak selsema. Kalau beli lagi, belikan untuk along sekali ye."..

Me pun makan HPM juga untuk masalah yang dah berkurun tak berpenghujung ni. Rujuk entri Saya Yang Bermasalah. Alhamdulillah, dah selesai. Terus me terfikir, produk bagus dan selamat untuk anak-anak kecil. Kenapa me tak jual? Ye la, serasi dengan Farhah dan diri sendiri. Ini merupakan produk muslim.

Me pernah cuba makan supplement, tapi tak cukup disiplin. Mungkin sebab tu kurang berkesan. Makan ikut suka. Kalau ingat, baru makan. Mungkin sebab tu juga, gula-gula ni sesuai dgn me. Boleh makan bila suka. Takde pantang larang.

Serius! Semua ni pengalaman sendiri. Tak ada nak tipu-tipu. Bukan semata-mata untuk jual produk.

SRASEE ada 7 produk, boleh refer senarai produk.


--------------------
*** Harga?? Hanya RM9.50/botol (50 biji).

Friday, 26 July 2013

Sushi King.

Pertama kali me makan kat Sushi King ialah pada tahun 2007 di Sushi King Tesco Puchong. Dah bekerja, ada duit sendiri, boleh la pergi makan kat macam-macam kedai kan. Kalau tak, makan je nasi dengan telur masak kicap. Heheheh.

Sejak tu, bila teringin salmon je terus laju pergi Sushi King. Padahal dulu-dulu elok je tak makan salmon. POYO!!!

Sakae Sushi dan Sushi Zanmai? Ramai jugak kawan-kawan yang dah cuba tapi me belum lagi.

Kat Uptown Avenue Seremban 2 ada lebih kurang tiga kedai makanan Jepun, tapi tak pernah pergi pun. Balik-balik pergi Sushi King Aeon Seremban 2 je.


[ Sashimi & Tenpura Set + Salmon Carpaccio + Salmon Sushi ]


[ Salmon Carpaccio + Salmon Hanasushi + Salmon Sushi ]


[ Salmon Carpaccio ]


[ Salmon Hanasushi ]


[ Salmon Carpaccio lagi dan lagi... ]



Perasan tak? Semua salmon kan... Marvellous~

Salmon carpaccio dan salmon hanasushi tu kegemaran kami. Tapi baru-baru ni salmon hanasushi dah takde dalam menu. Tinggal la salmon carpaccio seorang diri.

Selain salmon, hubby me suka black pepper udon. Green tea ice cream pun sedap jugak.


--------------------
*** Dah terasa nak makan sushi pulak tengah-tengah malam ni.

Saturday, 20 July 2013

Seminggu Berpuasa.

Alhamdulillah, setakat ni hanya tiga hari terawal Ramadhan sahaja kami beli juadah berbuka di bazar. Itu pun sebab tak berkesempatan nak beli barang dapur.

Sejak ada Mydin di Era Square (dulu namanya Terminal 2) Seremban ni, makin mudah nak beli barang dapur. Ikan / ayam / udang / daging semuanya segar-segar. Harga pun okay. Kami tak rajin pergi pasar besar. Taktau la kenapa ye.. Hmmmm.

Nah, koleksi menu berbuka puasa setakat ini (yg ada gambar je la ye)...

[ Ni menu wajib setiap kali Ramadhan. Hub's fav. ]

Kali ni buat popia sayur + daging hancur goreng kari. Untuk kulit popia, me guna jenama KG pastri. 50 keping untuk dua hari, sekali makan 25 keping.


[ Sardine roll. ]

Ni sebab me teringin sangat nak makan sardin dalam tin tu. Dah lama sangat tak makan sardin tin. Untuk sardin dalam tin, kami suka jenama Marina.


[ Spaghetti special by hubby. ]

Yang ni husband yg teringin nak masak, bukannya teringin nak makan. Heheheheh. Sesiapa yang kenal dia, mesti tau hobi dia ialah memasak. Dia sangat sangat sangat suka memasak. Dia tak suka masak ikut resepi. Dia campak je semua yang dia nak. Yang penting hasilnya yummylicious.


[ Crepe with minced meat + mushroom puree. ]

Husband me taknak me buat lempeng biasa. So, me decided untuk buat crepe guna resepi Mille Crepe cuma tak masukkan gula je. Untuk inti dia, husband me buat puree guna shitake mushroom. Lepas tu dia goreng daging hancur kari. Sapu puree atas crepe, tambah daging, lipat, tabur coriander. Ngap. Ngap. Nyumms~


[ Lamb chop. ]

Kalau dah menu ala western, guaranty bukan me yang masak! Heheheh. Lamb chop dengan mashed potato, salsa and carrot. Pergh! Memang malatops uolls...


--------------------
*** Terima kasih ya Allah, kurniakan suami yang sangat tidak berkira dalam menguruskan rumah tangga.

Wednesday, 17 July 2013

WW ♥15 : Farhah Punya.


Friday, 12 July 2013

Kulit Sensitif.

Me mempunyai suami yang memiliki kulit sensitif. Dari suami menurun ke anak.

Mula-mula me takde la ambil tahu sangat tentang kulit sensitif ni. Me guna je semua sabun, losyen dan syampu yang telah dihadiahkan sempena kelahiran Farhah.

Pureen, Anakku dan Johnson's Baby.

Tapi, makin lama me perasan kulit Farhah jadi kering dan berbintik-bintik. Bukan ruam tau. Kulit jadi kasar. Dia pun mula la nak menggaru je kerjanya. Habis luka-luka. Sedih~

Biasa bagi ibu bapa baru (ke me dan husband je?) , terus bawa jumpa doktor. Dan, iye... Kulit Sensitif. Mild eczema.

Kami ambil keputusan untuk tukar set mandian dan penjagaan kulit Farhah.

Selamat datang produk organik!

Mahal? Biar keluar duit lebih sikit. Janji anak sihat. ☺☺☺
[ Trial Pack. ]


Kami beli set percubaan ni, memang puas hati. Sejak tu, kami guna produk ni je. Farhah pun dah tak menggaru masa tidur.

Untuk jimatkan sabun, me masukkan sabun + sedikit air ke dalam foam dispenser. Budak-budak memang suka main buih...


------------------------
*** Dah semakin banyak produk organik di pasaran. Tinggal nak pilih je. ☺ Gambar dari Google.

Thursday, 11 July 2013

Vaksin atau Tidak?!

Me baru lepas baca tentang vaksin.

Bagi ibu bapa yang masih ragu-ragu nak bagi vaksin atau tidak untuk anak-anak, boleh la baca penerangan ringkas oleh Dr Zahilah Filzah di blog Dr Halina tentang  Vaccinations.


[ Semakin ramai ibu bapa yang melihat vaksin sebagai sesuatu yang memudaratkan. Anda? ]


--------------------
*** Dr Zahilah Filzah merupakan seorang paediatrician. Gambar dari Google.

Wednesday, 10 July 2013

WW ♥14 : Salam Ramadhan.


Thursday, 4 July 2013

Astro-PVR, Activated.

Kami suami isteri selalu berebut nak tgk rancangan kegemaran masing-masing. TAPI, bukan kami berdua je, kami berebut dengan anak berumur dua tahun sekali...

Husband nak tengok rancangan memasak. Anak nak tengok Disney Junior. Mereka berdua ni memang tak reti nak beralah. Tak macam mommy Farhah yang pasrah tak dapat tgk F1, tennis, match Chelsea, movie, drama korea, bla bla bla... Heheheheh.. ☺☺☺


Jalan penyelesaian?



Damage = RM50 (upah pemasangan sahaja)... Tiada bayaran bulanan.

Promosi untuk pengguna yang ada Super Pack; katanya~

Bagi pengguna astro yg takde Super Pack, cas pemasangan RM150 dan RM10 untuk bulanan.

500GB storage provided for over 290 hours of SD and up to 100 hours of HD recording.


Ingatkan dapat decoder macam dlm pamphlet tu...




--------------------
*** Finally, dapat jugak me tengok "what to expect when you're expecting". Tu pun sbb boleh record. Kesian~

Wednesday, 3 July 2013

WW ♥13 : First Crochet Project.


Tuesday, 2 July 2013

Dadu.

Me ada buat dadu dari kain felt. Tapi me ganti dot dot kat dadu tu dengan bentuk bintang, bulat, segiempat, segitiga dan love.
Dalam dadu tu me isi dengan polyester dan tambahkan plastik. So, bila baby renyukkan dadu tu, ada la bunyi plastik.

Ala-ala, bunyi plastik macam dalam soft toy Lamaze yg ulat tu...

Jahit bentuk-bentuk tu pada kain felt segiempat sama guna jahitan kia. Lepas tu cantum untuk hasilkan bentuk dadu guna jahitan insang pari.


--------------------
*** Kalau nak senang, tak payah buat jahitan kia, buat jelujur halus je...

Monday, 1 July 2013

Aksesori Kain Felt.

Sebelum mula crochet, me terlebih dahulu suka buat aksesori menggunakan kain felt.

Bagi yang follow me di Instagram, mungkin perasan tentang hobi me guna kain felt ni kan.

Me cuma buat soft toy, hair clip dan headband je. Macam biasa, semua untuk Farhah je. Lukis, gunting, jahit. Siap! Senang kan.

Tapi hobi me ni terhenti gara-gara gunting tumpul. Nak beli gunting je makan masa 3 - 4 bulan. Heheheheh.




--------------------
*** Sekarang dah ada gunting, bila nak mula balik?