Bermula Januari 2011, baru la me dan husband membuat persiapan sedikit demi sedikit. Bukan persiapan apa sangat pun, beli keperluan asas baby je. Mana la tahu kot-kot terbersalin awal ke kan, tak la kelam-kabut sangat nanti. Kalau nak cerita berkaitan barang baby ni, memang tak boleh nak stop. Mummy & daddy yang beria nak itu ini. Enjoice sangat usha barang baby. Tiap kali masuk shopping mall, dah takde dah nak pegi ladies department ke hape ke.. Terus ke bahagian baby... (",)
Sebelum ni, me hanya baca pasal baby + ibu mengandung dan yang sewaktu dengannya secara online saja. Tapi sekarang me dah start beli majalah. Lebih puas membaca. (",)
[ Majalah Pa&Ma - Januari 2011 ]
Sangat menarik isu keluaran Januari ni. Banyak link membeli-belah secara online diorang bagi.
Ada juga tips untuk meningkatkan tahap kesuburan bagi mereka yang inginkan anak. Cubalah, tak salah mencuba.
.
.
.
.
.
5 Cara Tingkat Kesuburan
1. Turunkan berat badan
Anda atau suami yang mengalami masalah kegemukan perlu menurunkan berat badan apabila merancang untuk hamil.
2. Rajin bersenam
Tingkatkan kekerapan melakukan aktiviti fizikal yang mudah seperti jogging, berenang dan lain-lain.
3. Hadkan pengambilan kafein
Produk makanan dan minuman mengandungi kafein perlu dikurangkan kerana kafein yang banyak dalam darah mengurangkan penghasilan hormon prolaktin.
4. Ambil makanan kaya mineral
Makanlah lebih banyak tiram, ikan sardin, udang, ayam dan daging tidak berlemak, keju, telur, beras merah dan sebagainya untuk meningkatkan penghasilan sperma.
5. Elak makanan proses
Makanan yang diproses mengandungi kurang vitamin dan mineral tetapi tinggi kalori yang berisiko mengganggu tahap kesuburan.
--------------------
*** Sentiasa berdoa agar baby dalam kandungan ini sihat dan dapat dilahirkan dengan selamat. InsyaAllah.
5 comments:
cayalah makcik! quinny buzz jom?!
kitaorg dah open tender, sapa nak sponsor? sila2 la bid ye..
pakcik dani: uhukkk~ tersedak dengo. nak tunggu org sponsor je la. kot-kot dapat merasa duit dr si pencacai exxonmobil.. ahakssss~
mat: sila buat wish list dan tepek dalam blog ni.. hahaha...
ala, tak beli pun lagi PaMa january. btw, lepas beranak pun, ko tak pandang dah ladies dept. tu nanti. baby dept is wayyy more tempting. hee
btw, burger or bebird?
xea: insyaAllah, boleh la jd calon menantu ko.. ngahaha~ tp daddy dia ni tak abes2 kata instinct dia mcm lain je... isnin dpn nk intai baby lg. ;p
Post a Comment
•♥•♥•♥•♥•♥• Thank You •♥•♥•♥•♥•♥•