Tuesday 11 January 2011

Kiwi oh Buah Kiwi.

Entri kali ni masih lagi nak cerita tips dari majalah Pa&Ma... (",)

[ Majalah Pa&Ma - Januari 2011 ]


Buah Kiwi, menyihatkan anda dan kandungan...

KENAPA??? BAGAIMANA???

1. Kekalkan Sistem Imuniti
Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel badan.

Kajian terbaru menunjukkan sumber vitamin C yang baik daripada buah kiwi sebenarnya membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain.


2. Tinggi asid folik
Kandungan asid folik yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali sebagai folate memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%

Sekiranya anda merancang untuk mengandung, dengan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.


3. Mengurangkan Sembelit
Buah kiwi mengandungi kandungan serat yang tinggi, di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin.

Serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan kanser usus.


4. Tidur nyenyak
Kajian telah menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.


5. Merendahkan Tekanan Darah
Dengan hanya satu hidangan, ia mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang. Potassium melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.


--------------------
*** Nak mintak hubby belikan buah kiwi sebakul, buat stok untuk dua bulan... (",) Boleh ye darlink~

5 comments:

Maknyer said...

teringat zaman xpandai-sangat dulu..makan kiwi dengan kulit..gatal tekak amat...

LanaBusyBee said...

tak leh jadi ni, aku pun nk jadi mak buyung ni, dh bosan org tnya "ko dah ngandung ke ruby?" aaaaaaaaa

Farah said...

pakcik: ko biar betol... x penah plak dengar org mkn buah kiwi ngn kulit.. patut la genius semacam je... hasil dr kulit kiwi rupanye... ;p

ruby: ayuh ruby.. chayoq chayoq. usaha lebih tahun ni, insyaAllah... mana la tau kot-kot Allah nak bg rezeki tahun ni.. (",)

Unknown said...

aduh.. camne bleh makan ngan kulit2 skali tu? nasib baik la makan durian tak sekali ngan kulit2.. wahaha..

makcik: alang2 dah gi tesco tu, beli la kiwi berbakul2.. agak2 tak cukup duit, swipe je, haha

Farah said...

dah beli dah kiwi td... siap soh lori 3 tan tolong antar ke rumah... (",)

Post a Comment

•♥•♥•♥•♥•♥• Thank You •♥•♥•♥•♥•♥•