Thursday 12 February 2015

♥06 Resepi: Cup Cake Farhah

Farhah ni kalau nak makan kena ikut mood dia. Kadang-kadang nak makan nasi putih SAHAJA. Kadang-kadang nak lauk je. Banyak sangat kadang-kadangnya.

Kalau tengah takde selera tu, jenuh la nak fikir apa nak bagi dia makan. Salah satu resepi yang sangat senang nak buat kalau tetiba dia mintak ialah cup cake ni. Senang sangat. Bahan pun simple je.


Bahan-bahan:
  • 50g butter
  • 40g gula caster (kalau suka manis, boleh tambah sket lagi)
  • 50g tepung kek / tepung naik sendiri (self-rising flour)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila (tak letak pun takpe)

Cara-caranya:
  1. Panaskan oven 180°C.
  2. Pukulkan butter dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan tepung, telur dan esen vanila ke dalam adunan. Pukul hingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas.
  5. Bakar sehingga masak. Bergantung pada saiz cawan kertas tu. Kalau kecil, 8 - 10 minit.Kalau saiz yang kitorg guna ni, 15 - 20 minit.





--------------------
***Boleh tambah chocolate chip/chocolate rice/pape je utk bagi cantik.

No comments:

Post a Comment

•♥•♥•♥•♥•♥• Thank You •♥•♥•♥•♥•♥•