Monday, 30 November 2009

Indahnya Beraya di Desa

This year, kami sambut Aidiladha kat rumah Andak di Ampang... Sbb WAN ada kat sana.. Bak kata ibu, "Kat mana ada WAN, kat situ kami hinggap. Macam semut cari gula..".

Tahun ni meriah jugak la, walaupun kami takde baju baru.. Guna baju Aidilfitri je..

[Jumaat: 27 November 2009]
Kami beraya ke rumah Kakak Mak Andak kat Klang.. Nama spesifik tempat tu telah hilang dari memori la.. Huhuh.. 1st time pegi rumah tu...


[Bila Ibu & Abah jumpe mainan...]

Pastu, menjelang tengahari kami ke rumah sepupu Ibu & Pak Andak.. Kat area Klang gak.. Nama spesifik tempat tu pun dah lupa.. Heheh.. Me banyak makan semut kot.. Kaum perempuan sampai2 je terus makan, yg lelaki p solat Jumaat...

Petang skit, dalam pkol 3 kami meneruskan ekspedisi beraya ke rumah Pak Uda di Taman Melawati.. Heheh.. Makanan yg dihidangkan memang MALATOPss la.. Makan tak hengat dunia. Rendang ayam sedap.. Kuah kacang pun sedap.. Kek yang Yani buat juga sedap..


[Si Bulu yg gemok!!!]

Menjelang maghrib, baru la kami balik semula ke rumah Andak..


[Sabtu: 28 November 2009]
Pagi yg tak berapa nak pagi, kami beraya ke rumah sepupu Ibu & Pak Andak kat Langat.. Kat taman apa ek, lupa jugak.. Har har har.. Kami tak dihidangkan dengan ketupat rendang, tapi PASTA.. Nyum nyum nyum... Sedap giler la.. Sehingga menjilat jari kaki.. Serius sedap~ Nasib baik dia memang dah masak banyak giler sebab tau kami memang kuat makan...

Petang, kami ke Banting... Ada kenduri kat Kathong, rumah sepupu Ibu & Pak Andak.. Dalam perjalanan ke Banting (rumah wan chik), kami singgah minum petang.. Me makan lempeng.. Perghh~ Lempeng kedai tu memang sedap + besar.. Me makan dua keping. Heheh.. Semua orang da abis makan,  me je yang tak habis-habis makan... Lempeng tu makan dengan sambal tumis.. Sedap.. Taktau naper lempeng tu rase sedap sangat.. Lempeng kelapa~

Kami sampai kat rumah Wan Chik dalam pkol 6 lebih.. Rehat-rehat.. Mandi.. Solat.. Bersiap ke rumah pengantin kat Kathong.. Meriah sungguh majlis tu... Malam pkol 10.30, kami balik semula ke rumah Pak Andak..


[Kenduri kat Kathong..]

Sampai-sampai je terus tgk match ManU vs Portsmouth.. Banyaknya encik pengadil bagi penalti.. Cehh~


[Ahad:29 November 2009]
Dah tak beraya ke mana-mana.. Dalam pkol 11 parents me & bala tenteranya dah balik ke Kota Tinggi.. Tinggal la me sendiri.. Diorang balik, me pun balik ke rumah sewa... Sedih. Sedih. Sedih.

Tamat.


--------------------
*** Dah dok rumah sewa, tiada lagi lambakan makanan seperti 2-3 hari lepas.. Kurus semula.. (",)

No comments:

Post a Comment

•♥•♥•♥•♥•♥• Thank You •♥•♥•♥•♥•♥•