Saturday 31 October 2009

Sehari d Terminal1

Lastweek KAMI pergi ke Terminal1.. Tujuan utama nak antar hp me yg lama p repair. Parking kali ni punye la tinggi, 8th floor.. Huhu... Sampai2 je tgk kat ground floor ada blood donation campaign, conducted by HTJ, Seremban. Ah-ha... Dulu nk derma tak lepas psl hemoglobin tak cukup, terpaksa jd peneman je... Trus KAMI dgn smgtnye p isi form utk derma darah.. Seb baik buku derma darah tu mmg sentiasa bawak dlm handbag yg gabak ni...




[Ala, gambar me tgh derma darah takde la...]


Okay, after isi form, kena timbang berat... 49kg.. okay, lepas (mmg berat badan tgh naek pun, sbb selera makan mcm hape je sejak akhir2 ni)...

Pastu p kaunter sblh plak, p check tahap kesihatan darah.. hahah.. mcm hape je ayat me ni kan.. The officer cucuk me punye jari, a drop of blood from my finger will be tested to ensure that my blood iron level is sufficient for me to donate. Dia titiskn darah me tu dlm botol yg ada air kaler light blue... Kalau darah tu turun, maknanya darah tu sehat & boleh derma.. Tp kalau darah tu turun jap, pastu naik balik or mmg tak turun langsung (terapung), maknanya kita takleh derma darah.. Sbb hemoglobin (kandungan protein & zat besi) tak cukup.. Sblm ni penah gak la 2-3 kali me tak bleh derma darah... Tapi this time, yessss.... Lepas... Darah me mendarat di dasar botol dgn chanteknye...

Next counter, kat counter ni dia amik blood pressure, suhu badan + interview.. Asked everything yg kita buat for passed few days... Ada makan ubat tak, sehat tak, penah buat seks rambang ke, family, bla bla bla.... Alhamdulillah, hari tu me mmg sehat... Takde amik ubat dlm masa yg terdekat... So, me da bleh derma darah... Yahuu, ya bedda beddooo.. BUT, my other half takleh join me... Sbb dia batuk... Tak digalakkan derma darah.. Sbb ada jangkitan kuman kan...



[BP me occay.. Me takut gak kalau rendah...]


At that time, takde sorg pempuan pun yg derma... Apalagi, dengan langkah anggun bergaya, me pun ambil the donation kit and proceed to a donor bed where my arm will be cleaned with an antiseptic, and the nurse (ye ke nurse, tibai la) will use a blood donation kit to draw blood from a vein in my arm.



[Ni la donation kit. Dlm tu, macam-macam ada... (",)] 


All medical equipment used for this test, as well as during the donation process, is sterile, used only once and then disposed. InsyaAllah, keselamatan penderma terjamin... (",)



[Jarumnye besar kan... Tp tak sakit pun.. Sbb da bius... Tyme bius tu je sakit sikit..] 

My other half kata "ish, laju nye darah u ni kuar... da penuh da beg..." Abis je my other half ni cakap, ada sorg nurse ni lari ke arah katil me... Aik, apsal dia ni... Kelam kabut je.. Rupa-rupanya darah me da terlalu penuh dalam beg tu... Mesti darah me tu tak sabar nak kuar tgk dunia kan... Heheh... Trus dia kata, takyah amik sample darah la.. Nnt dia amik dr beg darah tu je sbb da penuh sgt. Me senyum je.. She asked me to lay down for about 10 minutes...   

PASTU.... Dapat makan & minum free.... Donut ngn karipap yg sangat la sedap... Eh, lupa plak... Me dapat souvenir dr HTJ... 

Settle... KAMI pun meneruskan plan asal.. Pastu p makan + shopping... Hasil tangkapan haritu agak lumayan.. Ngeeee.... v(^o^)v  

Me senaraikan golongan individu yg boleh & tak boleh menderma:


Dilarang menderma
  1. Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.
  2. Pernah mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.
  3. Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).
  4. Pernah mengamalkan hubungan sejenis (homoseks).
  5. Pernah mengadakan hubungan seks dengan dua-dua jantina (biseksual).
  6. Pernah mengambil dadah secara suntikan.


Boleh menderma
  1. Berumur 18 hingga 65 tahun.
  2. Berat badan melebihi 45 kilogram.
  3. Tahap hemoglobin (kandungan protein dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
  4. Tidak menghidap penyakit kronik.
  5. Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
  6. Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
  7. Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.


Dilarang menderma sementara waktu
  1. Demam (apabila sakit atau demam, darah kita mengandungi banyak sel darah putih — yang boleh memberi kesan kepada penerima).
  2. Berat badan kurang 45 kilogram.
  3. Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah (perlu berehat sekurang-kurangnya seminggu selepas dos terakhir).
  4. Tidur kurang lima jam.
  5. Minum minuman beralkohol kurang dari 24 jam.
  6. Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
  7. Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.
  8. Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.
  9. Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.  

--------------------
*** Lepas selesai me derma darah, baru la ada 2-3 org perempuan yg derma jugak.. Yg lain tu teman pasangan masing2 je...

No comments:

Post a Comment

•♥•♥•♥•♥•♥• Thank You •♥•♥•♥•♥•♥•