Wednesday, 29 June 2011

Wordless Wednesday ♥01

Monday, 27 June 2011

Asyik Nak Senang.

Suami saya suka makan sup ayam. Hari-hari dia mintak sup ayam...

Heh. Takde la tiap hari. Baru tiga kali dia mintak. Best jugak makan nasi berlaukkan sup ayam tak ketinggalan sambal kicap. Ringkas !!!

Rumah kami memang jarang beli ikan. Sebab me suka ayam. Kalau ikan, me suka ikan yang besar-besar je. Lagipun, me tak kenal ikan... Huh~ Menyayat hati sungguh la kan. Tapi yang bestnya husband me expert. Ala,  kat pasar kan ada nama ikan. Apa nak susah-susah hafal. Bazir memori je.. v(^0^)v


[ Nama saya ikan kembung. Yang ni pun kalau tengok depan mata, tak kenal. Teruknya! ]



--------------------
*** Tak dan amik gambar, licin sudah sup itu~

Saturday, 25 June 2011

Pahit Manis.

Kena bersalin secara paksa adalah sangat menyakitkan. Masa tu baru minggu ke-37. Tiada tanda nak bersalin pun. Tapi doktor dah beri tarikh 3 Mac. Me dah pernah cerita sebelum ni dalam entri OnHerWay.

Kena induce dua kali. Yang pertama, doktor masukkan ubat dekat v-part. Lepas tu, sebab masih takde bukaan, induce kali kedua guna drip pulak.. Mak aih... Sakit wooo. Sakit yang teramat sangat.

Masuk bilik bersalin pukul 7.40am (Khamis), bersalin pukul 2.02am (Jumaat).

Sakit-sakit tu pun, tapi tak nangis la pulak. Gagah la konon. Padahal..... Hubby tau la macam mana mulut me pot pet pot pet pot pet~

Hari kelima, baby kena jaundice. Sebab dah balik kampung, pergi hospital kerajaan je. Lagipun, tu je yang dekat dengan rumah. Mak aih, rasa nak lempang je nurse kat situ. Kerek bukan main lagi. Patut la abah me kata tak payah la bersalin hospital tu. Dah la perli-perli me sebab bersalin hospital swasta. Membebel je makcik nurse tu. 'Buat apa bayar mahal-mahal'. 'Sama je beranaknya'. Hey, suka hati la nak beranak kat mana pun makcik. Saya bukan guna duit makcik pun!!! Huh~

Mula-mula kena tahan wad tu okay lagi, sebab setakat duduk bawah lampu je. Tapi dua lampu, atas dan bawah. Dah mula sedih dah tengok baby baring takde alas, takde bantal. Dah la wad tu sejuk tahap peti ais. Yang bongoknya hospital ni, wad baby dan ibu diasingkan. Serius BONGOK! Semua ibu dalam pantang, tidur duduk atas kerusi besi beralaskan lapik yg nipis tu je. Takde siapa nak balik wad untuk ibu. Tak sampai hati nak tinggal anak yang tengah menangis kesejukkan. Malam tu anak me kena drip, masuk air sebab jaundice makin teruk. Masa ni la tak berhenti me nangis. Kesiannya tengok baby. Dah la nangis sejuk tak hilang lagi, ditambah pulak nangis sakit. SEDIH!

Dalam tempoh tiga hari dua malam kat wad tu, me hanya tidur lebih kurang setengah jam je. Tak selasa, ditambah pulak dengan sakit bersalin yang tak hilang lagi, macam mana nak tidur duduk. Dua malam kat hospital tu, cukup la. SERIK!

[ Saaayang kamu! ]



--------------------
*** Tengah dukung baby sebenarnya tadi. Main-main dengan dia. Lepas tu terdetik di hati, 'Cepatnya masa berlalu... Dah hampir 4 bulan umur anak ibu sorang ni.'~

Thursday, 23 June 2011

What's In Your Fridge?

As of today, memang tengah tak banyak stok makanan.. Mood nak masak pun tak berapa best sejak akhir-akhir ni.

1. Do you cook for your family?
A Yes
B No

2. How do you mostly decide on what dishes to cook everyday?
A I have dishes/ recipes that I just rotate every week or month
B Decide based on what I already have in the fridge/ kitchen on that day
C Decide by asking my husband what he want to eat

3. What do you always stock in your fridge or in your kitchen – this refers to items you must have and will definitely buy/ restock if you run out of it? (Raw/ Fresh Ingredients)
A Chicken
B Fish
C Prawns
D Beef
E Sausages
F Fishballs / fish cake
G Taufu
H Eggs

4. What do you always stock in your fridge or in your kitchen – this refers to items you must have and will definitely buy/ restock if you run out of it? (Dry Ingredients)
A Chilies – Dry or fresh
B Onions – Big or Small
C Garlic
D Ginger
E Tumeric
F Belacan
G Mushroom
H Dry Shrimp
I Ikan Bilis

5. What do you always stock in your fridge or in your kitchen – this refers to items you must have and will definitely buy/ restock if you run out of it? (Vegetables)
A Carrot
B Tomatoes
C Cucumber
D Potatoes
E Cabbage
F Cauliflower
G Mustard
H Celery
I Salted Vegetables

6. What do you always stock in your fridge or in your kitchen – this refers to items you must have and will definitely buy/ restock if you run out of it? (Other Ingredients)
A Lemongrass
B Curry leaves
C Pandan leaves
D Asam Jawa (fresh or paste)
E Coconut Milk
F Tempoyak
G Budu
H Fermented beancurd
I Mayonnaise

7. Do you make chili paste yourself at home?
A Yes
B No

8. How often do you make this chili paste?
A Almost everyday
B 3 - 4 times a week
C 1 – 2 times a week
D Once in 2 weeks
E Once in 3 weeks
F Once a month
G Less often than once a month
H I do not make chili paste myself at home


--------------------
*** If you get the same email like this, what would you answer? Share with me!!

Wednesday, 22 June 2011

Terlupa.

Wordless Wednesday.... Semua orang pun buat entri WW nih.. First entri WW yang me tengok adalah kat blog Xeea, mungkin sebab me pun jarang-jarang kemaskini blog apatah lagi baca blog orang kan.

Me pernah fikir nak buat, tapi asyik terlupa je. Maybe next time la ye me join blogger lain buat entri WW...


--------------------
*** Rabu depan, mungkin...

Mood For Foodies.

Sekarang ni me tengah in the mood for foodies yang sedap-sedap.

1. Seoul Garden

[0oooh, dah lama tak makan kat situ. Rindu sama daging kambing yang sedap itu. Abaikan muka tembam orang tengah tunggu hari nak bersalin tu ye.]


2. Sup gear box 

[Tiba-tiba rasa nak balik kampung pekena sup gearbox dekat kedai yang abah bawak dulu.]


3. Durian Pancake 

[Haruslah pergi MidValley sebab nak makan durian pancake dekat SweetChat.]


4. Ikan bawal masak merah
.......... Tidak lain tidak bukan, mesti la kena balik kampung. Masakan ibu tetap yang terbaik.


5. Nasi goreng kampung encikF

[ouhhhh. Terliur dibuatnya. Bertakung dah ni.]


6. Ikan bakar.
.......... 0ooooh, yang ini kena tunggu encikF bawak pergi kampung Alai. Sedap katanya.


--------------------
*** Cukup la dulu. Lapar dibuatnya.

Saturday, 18 June 2011

Dah Buang.

Sebelum ni memang me dah siapkan entri pasal pengalaman me bersalin. Tapi dah lama sangat duduk dalam draf tu. Rasa malas pulak nak publish. DELETE....~


--------------------
*** Dia tak banyak ragam. Alhamdulillah...