Idea asal nak buat kek ni sebab tengok kat blog kawan me, LadySueRauf.
Me buat base supaya senang nak kuarkan dr bekas & lagi kukuh gitu.. :)
Bahan-bahan:
Base
- 80g - 100g biskut
- 50g butter - cairkan
Cheese cake
- 250g cream cheese
- 1/2 tin susu pekat manis
- 2 bungkus biskut cheese (salted)
- Susu segar
Cara-caranya:
- Me guna loyang springform. Senang nak keluarkan kek nanti.
- Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk.
- Tuang butter ke dalam biskut dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan tekan-tekan hingga padat. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30min - 1jam.
- Pukul cream cheese dengan susu pekat manis sehingga sebati (selalunya me tak guna semua susu pekat tu sbb kami tak suka manis).
- Tambahkan sedikit susu segar (dalam 4-5 sudu besar, tapi jgn smp adunan tu cair sangat)
- Celupkan biskut ke dalam susu dan susun dalam loyang yang dah ada base tadi.
- Kemudian tuangkan adunan cheese.
- Buat selang-seli (bikut-cheese-biskut-cheese-biskut-cheese) hingga semua adunan tadi habis.
- Simpan dalam peti sejuk hingga cheese tu mengeras.
- Makan dengan seronoknya.