Wednesday, 21 December 2011

Wordless Wednesday ♥04 : Stride-to-Ride

Tuesday, 20 December 2011

SugarPie HoneyBunch ♥04

Dah besar dah Farhah. Next month dah masuk 10 bulan.

♥ Gigi takde lagi. (fuhhhhhh~ masih boleh bf dgn aman...) (",)

♥ Suka panjat sana sini. Tergolek, terlentang.

♥ Dah mula masukkan tangan dalam akuarium, main air... Adeh~ Jangan ditangkap pulak ikan-ikan tu nanti ye.

♥ Suka cakar dan cubit orang.. Badan dan tangan mommy dah luka-luka dah ni. Saman kang baru tau. Mommy ambik semua duit tabung buat ganti rugi ye Farhah.. (",)

♥ Suka dengar lagu Upin & Ipin. Kalau tengah main, terus pandang tv dan ketawa sendiri. Tapi lagu je la, pastu tak layan dah citer Upin & Ipin tu.

♥ Suka tengok orang main badminton dan tenis kat tv. Melopong mulut. Tapi tak lama lepas tu, gudbye... Dia nak main panjat-panjat semula...

♥ Habis koleksi Ferrari mommy.. Awak tarik dan terbalikkan garaj kereta-kereta tu. Lepas tu awak sepah-sepahkan kereta tu kan.

♥ Rajin bersembang walaupun tak difahami..

♥ Kalau nampak budak-budak kecik, dia pandang sambil senyum dan panggil-panggil budak tu.



[ Tengok tu. Habis tunggang-langgang kereta dan garaj... ]



[ Saya juga rajin tolong mommy kemas rumah... ]



--------------------
*** Malam ni daddy dah janji nak bawak Farhah & mommy pergi shopping... Yeay!!!