Betul tak statement me tu? Sebelum dapat, bukan main bersemangat lagi kan. Tapi bila benda dah ada depan mata, bosan pula... Huhuh~
Me tak fokus topik ni dalam perhubungan sahaja. Untuk tontonan umum (U), tiada pengkhususan.. (",)
Contoh paling mudah, me sendiri.. Sebelum ada blog, nak ada blog.. Bila dah ada blog, pada mulanya sangat la rajin meng'update'.. Tapi cuba tengok sekarang... Dah nak 2 minggu dah dalam bulan Disember ni, me baru post entri yang ke-2. Heheh~
Mungkin sebab me takde buat sebarang aktiviti yang boleh me buat novel dalam blog me ni kan... Kasihannya tiada aktiviti... Dah dah, tak payah la nak kesian... Saya tidak perlukan simpati anda semua.. Hahah~
Aritu kan me ada cakap me nak pegi kenduri kazen kan.. Tp me tak update gambar.. Meh la me tepek sekeping ye... Tapi sekeping yang mempunyai berkeping-keping gambar... v(^o^)v
[Wedding Adda: Kazen sebelah abah...]
Sejak akhir-akhir ni banyak juga la kenduri kawan-kawan yg me tak dapat attend. Sedih tau. Bukan sengaja taknak datang, tapi terhalang dek kesibukan yang tak berapa nak sibuk tapi tetap menghalang me dari menghadiri sebarang majlis...
Dah agak lama tak tengok wayang... Rasa macam nak sangat tengok. Dah la tengah banyak muvie best.. Sabar-sabar...~ Haritu me timbang berat, taktau la mesin tu rosak ke me yang rosak.. Hahaha... Berat me dah mencecah angka baru la.. Angka yang tak pernah wujud dalam senarai berat badan me sejak dilahirkan... Me dilahirkan dengan berat badan sebanyak 3.6kg.. Paling berat dalam adik-beradik me tau..
--------------------
*** Okay la, me stop dulu ye.. Tengah basuh baju sebenarnya.. Dah setel da sebab washing machine dah berhenti berputar... v(^o^)v