Kena induce dua kali. Yang pertama, doktor masukkan ubat dekat v-part. Lepas tu, sebab masih takde bukaan, induce kali kedua guna drip pulak.. Mak aih... Sakit wooo. Sakit yang teramat sangat.
Masuk bilik bersalin pukul 7.40am (Khamis), bersalin pukul 2.02am (Jumaat).
Sakit-sakit tu pun, tapi tak nangis la pulak. Gagah la konon. Padahal..... Hubby tau la macam mana mulut me pot pet pot pet pot pet~
Hari kelima, baby kena jaundice. Sebab dah balik kampung, pergi hospital kerajaan je. Lagipun, tu je yang dekat dengan rumah. Mak aih, rasa nak lempang je nurse kat situ. Kerek bukan main lagi. Patut la abah me kata tak payah la bersalin hospital tu. Dah la perli-perli me sebab bersalin hospital swasta. Membebel je makcik nurse tu. 'Buat apa bayar mahal-mahal'. 'Sama je beranaknya'. Hey, suka hati la nak beranak kat mana pun makcik. Saya bukan guna duit makcik pun!!! Huh~
Mula-mula kena tahan wad tu okay lagi, sebab setakat duduk bawah lampu je. Tapi dua lampu, atas dan bawah. Dah mula sedih dah tengok baby baring takde alas, takde bantal. Dah la wad tu sejuk tahap peti ais. Yang bongoknya hospital ni, wad baby dan ibu diasingkan. Serius BONGOK! Semua ibu dalam pantang, tidur duduk atas kerusi besi beralaskan lapik yg nipis tu je. Takde siapa nak balik wad untuk ibu. Tak sampai hati nak tinggal anak yang tengah menangis kesejukkan. Malam tu anak me kena drip, masuk air sebab jaundice makin teruk. Masa ni la tak berhenti me nangis. Kesiannya tengok baby. Dah la nangis sejuk tak hilang lagi, ditambah pulak nangis sakit. SEDIH!
Dalam tempoh tiga hari dua malam kat wad tu, me hanya tidur lebih kurang setengah jam je. Tak selasa, ditambah pulak dengan sakit bersalin yang tak hilang lagi, macam mana nak tidur duduk. Dua malam kat hospital tu, cukup la. SERIK!
[ Saaayang kamu! ]
--------------------
*** Tengah dukung baby sebenarnya tadi. Main-main dengan dia. Lepas tu terdetik di hati, 'Cepatnya masa berlalu... Dah hampir 4 bulan umur anak ibu sorang ni.'~
No comments:
Post a Comment
•♥•♥•♥•♥•♥• Thank You •♥•♥•♥•♥•♥•