Thursday, 25 November 2010

Yang Buncit Itu Seksi

Buncit bukan sebarang buncit.. Ini buncit sbb ada 'si kecik'... v(^_^)v

Sejak awal pregnant, me mmg agak suka membaca apa-apa yang berkaitan dengan keadaan me sekarang ni. baca pasal perkembangan bayi. Pasal apa yang org mengandung boleh atau perlu buat & jangan buat...

Kalau me agak confuse, me tanya kawan-kawan je.. Lebih mudah dapat jawapan seperti yang dikehendaki. Terima kasih pada semua yang rajin bagi pendapat dan tips untuk me. (",)

Untuk perut me yang seksi ni, me guna losyen jenama PALMER'S. Tiap kali lepas mandi dan sebelum tidur, me akan minta husband tolong sapukan. Bukan tak boleh sapu sendiri, saje je nak manja-manja... Me pilih PALMER'S sbb sebelum ni me memang pernah guna krim dia untuk hilangkan bekas / parut jerawat kat muka.. Memang berkesan dan sesuai dengan kulit me.

[PALMER'S Cocoa Butter - widely recommended for stretch marks, during and after pregnancy <-- diorg yg tulis, bukan me...]

Pastu sejak pregnant ni, bibir me senang kering. Kalau banyak muntah atau kurang minum air, cepat je merekah bibir ni. Me dah cuba pakai lip balm, tak okay jugak... Last-last, me cuba Vaseline. Yezza... Berkesan.

[Me beli yang saiz kecik je...]

Setakat ni, tu je dua produk yang me guna.... v(^_^)v


--------------------
*** Nanti me update pasal pemakanan plak ye...

No comments:

Post a Comment

•♥•♥•♥•♥•♥• Thank You •♥•♥•♥•♥•♥•