Friday, 8 July 2011

♥01 Resepi: Strawberry Cheese Cake

Buat untuk menu minum petang. Dah lama sangat nak buat, tapi kerana ketiadaan mixer, pendam saje la keinginan tu. Sampai la suatu hari, husband me hadiahkan mixer. Yeay! Malam tu juga terus beli barang dan buat. Kelentung kelentang di dapur lebih kurang pukul 2 pagi. SEMANGAT!!!

So, di sini me akan kongsi resepi yang me guna.

Base:
  • 80g biskut ( me guna biskut Marie je aritu, next time guna oreo pulak... ritz pun sedap )
  • 50g butter ( boleh tambah kalau rasa-rasa tak cukup )

Cheese cake:
  • 250g cream cheese
  • 200g whipping cream
  • 150g plain yogurt
  • 6 sudu gula / 60g ( yang ni suka hati la nak berapa banyak )
  • 15g gelatin serbuk
  • 60ml air panas ( untuk cairkan gelatin )
  • syrup strawberry / blueberry

[ Me guna loyang springform 22cm. ]


Cara-caranya:
  1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk untuk dijadikan base. Sediakan loyang springform. Me guna saiz 22cm, kalau dapat yang 18cm pun cantik jugak sebab kek akan jadi lebih tinggi.
  2. Tuang butter ke dalam biskut dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan tekan-tekan hingga padat. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30min - 1jam.
  3. Cairkan gelatin dengan air panas dan kacau sehingga gelatin larut. Biarkan gelatin suam.
  4. Pukul cream cheese dan gula hingga nampak gebu. Masukkan yogurt dan whipping cream. Pukul hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Tuangkan sedikit syrup ( jangan masukkan banyak sangat sebab syrup tu pekat ). Tak perlu kacau sebati sebab nak hasil jadi seperti marble. Boleh tambah buah jika suka.
  6. Tuang ke dalam loyang biskut, dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2 - 3jam. 
  7. Potong dan hidangkan. ( potong guna pisau yang dah rendam dengan air panas, ala-ala mcm kat Secret Recipe gitu... ) 

[ Bila dah keluarkan dari loyang, macam ni la rupa kek tu... ]


Boleh letak jem atau strawberry filling atas kek untuk hiasan... ENJOICE!!!





--------------------
*** Yummmeh~

Wednesday, 6 July 2011

Wordless Wednesday ♥02

Monday, 4 July 2011

SugarPie HoneyBunch ♥02

Farhah turned 4 months old.

[ Saya ada dua ekor ulats panjang... ]


Love to smile and laugh.

Lots of saliva and lots of eating her fingers and fist.

She grabs things and tries to put into her mouth.

She can lie her face downward.


The best part is....................
Sejak umur dia 3 bulan, dia dah tak bangun mintak susu tengah-tengah malam buta. Tidur jam 12 mlm, bangun jam 6 atau 7 pagi. Kalau terlajak sebab ikut mummyDaddy tengok tv, dia tidur jam 2 pagi, bangun jam 8 pagi. Thank you honey~ v(^0^)v


And today, we brought her to the doctor for rashes near her neck. Agak teruk. Doktor kata sebab asyik berlipat je, tu yang ruam. Bak kata oni, 'double chin' begitu la jadinya.


--------------------
*** Dulu naik lebih 1 kg setiap bulan. Tapi bulan ni cuma setengah kilogram je. Erk~  Memang macam tu eh bila dah ligat ni?